BAB 3

292 23 1
                                    

"BANYAKNYA aunty masak," ujar Eshaal sebaik sahaja mengambil tempat duduk di meja makan itu. Pakchoi goreng sos tiram, stim ayam, ikan kerapu goreng dan sambal belacan.

"Aunty masak lebihlah sikit memandangkan nak ajak Eshaal makan sekali," balas Puan Nurina sambil tersenyum bahagia.

"Terima kasih aunty susah-susah je," kata Eshaal segan. Sudahlah dia baru sahaja beberapa bulan mengenali wanita itu. Sekarang wanita itu mengajaknya makan di rumah pula.

"Tak adanya susah-susah. Nanti kalau nampak aunty datang sini. Eshaal datang je rumah ni. Bolehlah teman aunty dekat sini," pelawa Puan Nurina tanpa memikirkan pemilik rumah itu.

Niall mengangkat keningnya mendengar ucapan mamanya. Suka-suki je mamanya mempelawa wanita asing itu datang ke rumahnya.

"Sedapnya masakan aunty," puji Eshaal setelah sepinggan nasinya habis.

"Biasa-biasa je Eshaal. Kamu pun pandai masak kalah aunty yang tua ni," seloroh Puan Nurina sambil mencuit bahu Eshaal di sisinya.

"Eshaal cuci ya pinggan mangkuk ni," pelawa Eshaal sambil mengutip pinggan mangkuk yang sudah licin.

"Alah susahkan kamu je," kata Puan Nurina.

"Tak susah pun aunty." Eshaal membalas sopan lalu pinggan mangkuk yang dikutip itu dibawa ke singki. Pinggan mangkuk yang ada di dalam singki juga dicuci untuk meringankan tugas Puan Nurina.

"Kenapa kau rapat dengan mama aku?" Tersentak Eshaal apabila mendengar soalan dari belakangnya. Dia kaku sendiri lalu memandang Niall yang kini berada di sebelahnya.

"Aunty selalu tegur saya jadi kami mula rapat," balas Eshaal sebaik mungkin. Namun dia perasan riak kurang senang terpamir pada wajah Niall.

"Kau ada niat buruk pada mama aku? Kau nak gunakan mama aku? Sebab duit?" soal Niall bertubi-tubi kerana curiga akan gadis muda yang rapat dengan wanita separuh abad seperti mamanya.

Eshaal tersenyum memandang Niall lalu dia menyusun pinggan terakhirnya di rak pinggan bersebelahan dengan singki. Dia diamkan diri sengaja tidak menjawab soalan Niall lalu langkahnya diatur keluar dari dapur rumah itu.

Semoga FloraDaniella jadi penulis berjaya. Aminnn🤍

Instagram: floradaniella_

Love Forever Where stories live. Discover now