BAB 25

213 18 0
                                    

"MAMA nak pergi mana tu?" soal Niall kepada mamanya yang membawa beg kertas dengan jenama terkemuka di tangan. 

"Nak pergi rumah Eshaal kejap," balas Puan Nurina lalu segera menyarungkan selipar Niall dan melangkah keluar dari kondominium itu.  Setiap tingkah mamanya itu Niall perhatikan sambil menggelengkan kepalanya. 

SEJAM selepas itu pintu rumah Niall dibuka dari luar oleh Puan Nurina.  Niall yang berada di kitchen bar memerhatikan mamanya.  Wajah mamanya nampak sedih mesti fikirkan Eshaal.  Masa Eshaal masuk hospital pun dua tiga kali mamanya datang melawat. 

"Mama sedihlah Niall... " adu Puan Nurina lalu mengambil tempat duduk di depan kitchen bar itu. 

"Kenapa nak sedih? " soal Niall sambil mengangkat keningnya. 

"Selama lima tahun mama kenal Eshaal dia tak pernah pun tunjuk yang dia sakit. " Niall kaku seketika mendengar luahan mamanya. 

"Mama kenal Eshaal dah lima tahun? " soal Niall tidak percaya. 

"Iyalah!  Kamu tak sedar ke sejak lima tahun lepas mama asyik datang rumah kamu alang-alang nak jumpa Eshaal tapi mungkin lepas ni mama dah tak datang sangat dah rumah ni biar kamu pula yang jenguk mama dekat rumah kita! " kata Puan Nurina sambil menjeling ke arah anaknya yang langsung tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga mereka. 

"Lamanya mama kenal Eshaal kenapa Niall tak pernah perasan pun selama ni? " soal Niall separa berbisik. 

"Bukan kamu tak perasan tapi kamu tak mahu endahkan apa-apa yang ada di sekeliling kamu, " kata Puan Nurina lalu mengeluh perlahan. 

"Tak apalah.  Lagipun dia bukan siapa-siapa bagi Niall, " kata Niall perlahan.  Puan Nurina menghadiahkan jelingan kepada anaknya itu. 

ESHAAL mencapai coklat bar di atas rak lalu memasukkannya ke dalam bakul milik mini mart di tingkat bawah bangunan kondominium yang dia diami.  Dia beralih ke arah peti sejuk sekotak besar susu segar dia capai. 

"Eshaal... " Eshaal segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya.  Senyuman ringkas dia berikan kepada Niall yang juga sedang memilih air di peti sejuk sebelahnya. 

"Baru balik kerja ke? " soal Eshaal ramah. 

"Ya baru je sampai.  Sihat? " soal Niall sambil merenung wajah pucat milik Eshaal. 

"Macam biasalah, " balas Eshaal lalu berlalu ke arah kaunter pembayaran.  Niall membontoti langkah Eshaal.  Sempat juga Niall menjeling ke arah makanan yang kurang sihat yang dibeli oleh Eshaal. 

Semoga FloraDaniella menjadi seorang penulis yang berjaya.  Aminnn❤❤

Instagram: floradaniella_

Love Forever Where stories live. Discover now