BAB 38

193 18 2
                                    

NIALL merenung wajah Eshaal yang sedang lena itu.  Sudah hampir tiga hari gadis itu tidak sedarkan diri walaupun sudah melepasi tahap kritikal.  Matanya dialih ke tangan Eshaal yang berada di sisi katil.  Ingin sahaja dia mengusap tangan itu untuk salurkan kekuatan. 

Tubir matanya mula panas dan perlahan-lahan airmatanya mengalir.  "Kau boleh tidur tapi.... tolong jangan tidur lama sangat ya?" pinta Niall sambil matanya merenung wajah Eshaal yang tenang itu. 

Dia menundukkan kepalanya sendiri.  "Aku tak tahu apa yang akan jadi pada dunia aku kalau pun pergi dari hidup aku," kata Niall perlahan. 

"Kau dah kenal aku lama, kan?  Cuma aku yang tak cam aku.  Aku tak tahu pun yang kau... kaulah gadis yang aku selamatkan dulu.  Takdir kita dah lama tertulis, kan?" Niall bercakap sendiri sambil memandang wajah Eshaal.  Airmatanya dilap sendiri. 

"Sekarang aku tahu kenapa aku menangis dulu sewaktu tengok badan bermandikan darah. Kau takdir aku dan aku takdir kau.  Aku cinta kau Shaal," ucap Niall perlahan.  Biarpun tidak didengari oleh Eshaal tetapi dia sudah berasa sedikit lega kerana perasaan terungkap. 

"Aku hanya mampu berharap yang kau akan sedar dan...  aku tak akan sia-siakan peluang yang ada," sambung Niall lagi.

Semoga Floradaniella menjadi seorang penulis yang rajin dan berjaya!  Aminnn♥

Love Forever Where stories live. Discover now