BAB 33

203 18 5
                                    

ESHAAL bangun dari katilnya lalu perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah bilik air.  Dadanya terasa kejang dan sangat sakit sehingga ingin melangkah pun susah baginya.  Ini kali pertama dia rasa sakit sebegini sehingga seluruh tubuhnya menggigil.  Airmatanya jatuh sendiri tanpa sempat dikawal oleh Eshaal. 

Saat tubuhnya rasa ingin tumbang,  Eshaal segera menahan tangannya pada kabinet berdekatan.  Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali kerana pandangannya yang tiba-tiba kabur.  Eshaal melihat samar-samar telefon rumah bersebelahan dengan katilnya.  Dia perlu hubungi seseorang. 

Eshaal cuba melangkah dan melepaskan tangannya dari kabinet.  Pap!  Tanpa sempat Eshaal berbuat apa-apa tubuhnya jatuh menghempap lantai.  Airmata Eshaal mengalir deras. 

"Sa... kit."

NIALL memegang erat palang katil yang didiami oleh Eshaal.  Dia mengeluh berat sejak tadi, sejak 8 jam lepas gadis itu masih tidak sedarkan diri.  Bagaimana?  Bagaimana dia mahu pastikan yang gadis itu baik-baik sahaja?

Tanpa dia sedari,  airmatanya jatuh sendiri mula-mula sedikit dan kemudian tidal henti-henti.  Tangannya mengesat airmata sendiri.  Kenapa dia perlu sedih begini?  Kenapa dia perlu rasa sakit begini. 

"Shaal...  aku harap kau sedar dan terus tersenyum," kata Niall perlahan.  "Aku mahu terus bersama kau tapi..." Niall menangis teresak-esak.  Dia menundukkan kepalanya sambil kedua belah tangannya berpegang pada palang katil milik Eshaal. 

"Masa untuk kita bersama dah semakin ke penghujungnya, kan?.  Jadi tolong sedar dan...  dan kali ini aku tak akan lepaskan peluang yang ada," kata Niall sambil menatap wajah Eshaal yang pucat lesi.  Gadis itu memerlukan topeng oksigen untuk bernafas. 

Jika boleh dia mahu membelai gadis itu.  Dia mahu memegang tangan Eshaal untuk menyalurkan kekuatan pada gadis itu namun...  namun dia tidak mampu melakukan perkara itu.  Dia bukan siapa-siapa yang ada ikatan kepada gadis itu. 

Sebenarnya ada konflik lain tapi saya buat keputusan untuk tak tambah jadi makin simplelah story ni♥

Harapnya masih ada yang setia sampai penghujung cerita😘

Love Forever Where stories live. Discover now