BAB 39

206 18 0
                                    

"ESHAAL dah sedar." Niall kaku di tempat dia berdiri.  Dia memandang Dr Nik lama.  Doktor wanita lewat 30-an itu merenung Niall yang seakan-akan masih terkejut dengan berita yang dikhabarkan.  Doktor muda itu masih berdiri tegak. 

"Dr Niall....  Cik Eshaal dah sedar," ulang Dr Nik supaya berita gembira itu sampai kepada jejaka itu.  Siapa sahaja di hospital swasta itu yang tidak tahu kisah antara Dr Niall dan Cik Eshaal yang hampir setiap hari menjadi bualan mulut warga hospital itu. 

Tanpa bersuara kaki Niall melangkah sendiri menuju ke CCU yang menempatkan Eshaal.  Keadaan sekelilingnya sudah dia tidak ambil tahu yang penting dia dapat melihat wajah Eshaal. 

Niall berhenti dua meter dari katil yang menempatkan Eshaal.  Gadis itu sedang diperiksa oleh doktor yang bertugas ditemani oleh dua orang jururawat.  Eshaal masih lagi terbaring lemah namun mata gadis itu sudah tidak terpejam lagi dan Eshaal memberi respon kepada doktor yang merawatnya. 

Niall mendekati katil Eshaal sebaik sahaja doktor dan jururawat yang merawat Eshaal itu mula berlalu ke bahagian pengurusan. 

"Shaal..." panggil Niall perlahan. 

Eshaal menoleh ke sisinya memandang Niall.  Dia menghadiahkan senyuman kepada Niall melalui topeng oksigen yang dia pakai. 

"Syukurlah kau dah sedar," ucap Niall sambil mengelap matanya sendiri.  Sungguh airmata yang mengalir waktu ini adalah airmata gembira kerana gadis yang dia cintai itu mula sedarkan diri. 

Semoga floradaniella menjadi seorang penulis yang rajin dan berjaya.  Aminnn♥

Love Forever Where stories live. Discover now