BAB 31

230 17 0
                                    

"AKU dah check dan lihat keadaan kau sekarang.  Kau rasa makin lemah sekarang, kan?  Rasa penat dan sakit dada selalu?" soal Niall sambil mencatat pada file rawatan milik Eshaal. 

Eshaal anggukkan kepalanya. 

Niall mengeluh perlahan.  "Kalau demam atau rasa nak pitam atau dada kau terlampau sakit tolong bagitahu keluarga kau dengan segera supaya kau dihantar ke hospital.  Mungkin selepas ini keadaan kau makin teruk dan waktu tu kau tak boleh tinggal di rumah lagi dan perlu dirawat di hospital untuk pemerhatian doktor," terang Niall sambil memandang wajah Eshaal yang kosong. 

"Kalau saya dah tak nak mahu masuk hospital?" soal Eshaal. 

"Selagi nyawa dikandung badan kita perlu berusaha.  Selagi ada jalan untuk kau hidup kita perlu cuba." Niall berkata tegas. 

Eshaal terdiam. 

"Kenapa putus asa?  Sedangkan selama ini kau sangat mahu untuk hidup.  Ini bukan pembedahan kali pertama tapi kali ketiga.  Pembedahan pertama kau dan kedua berjaya kenapa tak mahu cuba yang ketiga?" soal Niall lembut namun berbaur desakan bagi Eshaal. 

"Sebab peluang saya untuk hidup tu tipis.  Lagipun hanya saya yang tanggung rasa sakit selepas pembedahan.  Dua bulan tak dapat buat apa-apa dan perlukan bantuan orang lain.  Saya tak nak menyusahkan orang lain lagi," terang Eshaal tenang.  Ikutkan hati dia mahu menghalau Niall pergi kerana tidak henti-henti memujuknya namun dia biarkan saja lelaki itu terus mendesaknya. 

"Kau nak lihat dunia dengan aku selagi waktu masih ada ni?" soal Niall sambil merenung Eshaal. 

"Maksud awak?" soal Eshaal sambil mengangkat keningnya. 

"Aku nak jadi peneman kau sampai kau pergi.  Boleh?" soal Niall lembut dan memujuk.  Mata mereka saling bersabung buat beberapa ketika. 

"Jadi kawan?" soal Eshaal menginginkan kepastian. 

"Ya kawan."

Semoga FloraDaniella menjadi seorang penulis yang berjaya.  Aminnn♥♥

Instagram: floradaniella_

Love Forever Where stories live. Discover now