C 03

26.4K 1K 1
                                    

Beauty House Studio

"Oit kau termenung apa Miss Reen oi" tegur Mya.

"Tak ada apa la" balasnya sambil menyelak helaian majalah hiburan di hadapannya.

"Nanti lunch tempat biasa tau. Aku ada event dekat luar ni" kata Mya lalu mencapai beg tangannya.

Nureen hanya mengangguk.

'Haish ingat mamat semalam tu spoil betul mood aku. Erghhh'

Nureen terus menutup majalahnya lalu mencapai kunci kereta di atas meja soleknya.

"Manager" panggilnya.

"Yes Miss Reen?"

"I'm going out kalau ada apa-apa call terus" pesannya.

"Baik Miss"

Nureen terus membetulkan wedges-nya lalu masuk ke dalam kereta.

Kemudian kereta itu mula meninggalkan perkarangan studio itu.

DCT Holdings

"Bro amacam dengan awek yang langgar kereta kau tu?" Soal Syahmie selepas mereka keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Entah la. Dia pun sekarang ni hilang tanpa jejak" tutur Mikael.

"Eh by the way kan—" Mikael memberhentikan langkahnya begitu juga dengan Syahmie.

"Apa?" Soal rakannya itu.

"Bonda aku tu nak jodohkan aku dengan anak aunty Wardah" kata Mikael.

"What seriously are you getting married?" Soal Syahmie terkejut.

Mikael menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut ada staff yang terdengar perbualan mereka.

"Kau ni perlahan sikit boleh tak" marah Mikael lalu masuk ke dalam lif.

"Sorry bro" tutur Syahmie lalu tersengih.

"Kejap lagi teman aku meeting dekat luar" ujar Mikael.

"Beres bos"

Ting

Mereka terus keluar dari lif dan bersiap untuk meeting seterusnya.

Begitulah rutin harian mereka pada hari biasa. Manakala pada hujung minggu mereka akan menghabiskan masa dengan aktiviti riadah.

12:00

Signature Restaurant

Selepas penat berjalan di sekitar mall itu, Nureen terus masuk ke sebuah restoran di situ. Tempat yang menjadi kegemarannya bersama Mya Adeliya untuk makan tengah hari jika mempunyai kerja di luar studio.

Nureen meletakkan beg tangannya di atas meja lalu mengeluarkan telefon pintarnya

Mya

Mana?

Sementara menunggu kawannya itu membalas mesej dia, dia membuka akaun sosial medianya.

Post baru di Instagram itu discroll sehingga ke bawah.

Beberapa minit kemudian, dia melihat jam tangan Fossil miliknya.

'Mana la budak ni. Ws tak reply. Haish'

CHANGED✔Where stories live. Discover now