C 33

19K 800 24
                                    

Prang

Nureen terkejut melihat bingkai gambarnya yang jatuh dan pecah secara tiba-tiba.

'Ada benda tak elok berlaku ke?'

Mikael memandu keretanya membelah jalan raya.

"WHAT?"

Mikael terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

"Saya rasa ini perkara yang Puan Nureen cuba sembunyikan" tuturnya.

"Saya tiada rumusan yang jelas mengenai perkara itu. Tetapi nampaknya Naufal dan Puan Sri Sara cuba untuk mendapatkan kembali Nureen setelah Nurain pulang. Beberapa kali saya suruh Taufiq intip pergerakan Puan Nureen dan saya dapati memang mereka ada berjumpa dan Nureen pernah memberi cek kepada abangnya sendiri tetapi ditolak oleh Naufal. Dan minggu lalu sebelum Tengku ke Belgium, Jeff ada berjumpa juga dengan Naufal untuk berunding tetapi nampaknya Puan Nureen tidak mahu kembali"

Mikael seperti hilang kata-kata.

Tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang.

Meminta penjelasan isterinya?

Akhirnya akan menimbulkan bait-bait pergaduhan sahaja.

9:30 P.M

Mikael masuk ke dalam rumah. Keadaan sunyi sepi.

Tetapi Taufiq memaklumkan bahawa Nureen tidak ke mana-mana.

Mikael berhenti di hadapan bilik isterinya.

Ada satu perasaan yang menyuruhkan melakukan perkara itu.

Tanpa mengetuk pintu, dia terus membuka pintu.

Terlihat Nureen yang merenung ke luar sliding door.

"What is it?" Nureen bersuara.

Mikael melangkah menghampiri tubuh wanita yang sedang berdiri itu.

"I need your explaination Nureen Qairina"

Nureen memejamkan matanya lalu menoleh ke arah Mikael.

"You wa—"

Mikael sangat kecewa.

"You was adapted by Puan Sri Wardah?" sambungnya.

PAP

Nureen terkejut. Seperti ada batu yang menghempapnya.

"H-How did—"

"No answer me first and don't ask me how did I know this" tegas Mikael.

Dia kini benar-benar kecewa, marah dan sakit hati.

"Yes it's true. Apa lagi yang you cari pasal I?" soal Nureen seperti marah.

Dia tidak menyangka Mikael menyiasat mengenai latar belakangnya.

"Why you tipu?" soal Mikael.

Keadaan mereka semakin tegang.

"I'm liar? Yes I am. Why? You malu? Malu dapat isteri daripada keluarga yang pada mulanya tak sama taraf dengan you? Or you malu sebab I ni hanya anak pungut dan dijadikan anak angkat kepada seorang wanita yang berstatus tinggi. And you rasa tertipu" soal Nureen bertalu-talu.

Mikael terdiam.

"Why you rasa jijik ke kahwin dengan I yang hanya anak angkat ni? I tahu since dari dulu lagi yang keturunan you pentingkan status. That's why I rasa jijik to be with you. Sebab family I sendiri buang I sebab I ni pembawa sial dan disebabkan I family hidup dalam kemiskinan. Apatah lagi you bila dapat tahu I ni anak angkat" kata Nureen.

"Family you buang you?" soal Mikael.

Nureen kembali membuang pandangannya ke luar.

"Yes. Doktor yang rawat mama tadi kakak kembar I. Anak kesayangan diaorang. Just sebab dia sakit je semua perhatian hanya tertumpu kepada dia. I diabaikan. Sampai la satu masa company ada problem. Kitaorang jadi miskin. And diaorang sanggup bagi nenek I jaga kembar I dan sementara I dihalau keluar. That time lelaki tu sempat kata 'aku haramkan kau berbintikan aku'. Then ada seorang insan ni jumpa I dekat tepi jalan. Bawa I balik and jadikan I sebagai anak dia. Masa tu Jeff dah ada dengan mama. Mama terus tukar nama belakang I bila I cerita perkara tu. Kami berdua membesar dengan kasih sayang dia. I tutup masa silam I sebab I tahu I tak layak dimiliki sesiapa pun. I jadi model pun sebab I nak tunjukkan dekat diaorang, anak yang mereka buang ni lah dah mampu hidup sendiri"

"Tapi I don't know what happen after 9 years dia nak kutip anak-anak dia balik. Malangnya I tak mengaku pun diaorang tu as my mom and my dad"

"Nureen Qairina you should meet them" potong Mikael.

Nureen berdiri menghadap Mikael.

"What? Apa yang diaorang buat dulu dah cukup tinggalkan luka yang dalam. Everyday I dipukul, ditendang, ditampar. Of course you takkan faham sebab you dibesarkan dengan penuh kasih sayang dengan keluarga yang senang. Jadi sampai mati pun I takkan mengaku diaorang tu orang tua kandung I"

Pang

Nureen memegang pipinya.

"I tak ada seorang isteri yang tak reti nak hormat ibu bapa kandung dia" tutur Mikael lalu keluar dari bilik itu.

BAM

Kuat kedengaran pintu bilik itu dihempas.

Nureen memejamkan matanya dan setitik demi setitik air matanya mengalir.

Ini bukan yang diharapkan. Segala-galanya hancur musnah. Hidupnya musnah.

Mahu mengharapkan semuanya mimpi tetapi ianya reality yang harus ditempuhi.

Perjalanan hidupnya terlampau dipenuhi dengan onak dan duri.

Lama-kelamaan Nureen tertidur bersama tangisnnya yang sering menemaninya dahulu sehingga kini.

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now