C 52

20.6K 817 55
                                    

Ratio Swiss Garden

Seorang gadis setia menunggu tetamunya. Sekejap jari-jemarinya membetulkan shawl keknis yang digayakan menutup auratnya.

Saat ini dia tidak dapat duduk dengan senang. Matanya sekejap-sekejap melilau memandang ke arah pinth restoran itu.

Sekejap-sekejap matanya memandang ke arah skrin telefon pintarnya yang bernyala.

"Ehem"

Sedang asyik dia termenung, suara itu mematikan lamunannya bersama roh yang sudah berterbangan keluar dari jasadnya.

"Oh. Duduklah" pelawanya.

Wanita elegant itu menarik kerusi di hadapannya. Seseorang yang sudah lama berpisah daripadanya. Walaupun mereka ditakdirkan dilahirkan bersama-sama dalam satu kandungan.

Nureen meletakkan rayban di atas meja. Kakinya yang berada di bawah meja disilangkan.

Matanya tajam memandang gadis di hadapannya. Sepertinya sangat benci imej manusia itu masuk ke dalam retina matanya.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" soal Nureen kasar.

"Seben-sebenarnya"

Jari-jemari Nurain bersentuhan akibat rasa takut yang dihadapinya

"Straight to the point please. Aku bukan macam kau goyang kaki semua benda dapat. Aku banyak benda nak buat. And you just wasting my time" hambur Nureen.

Geram. Dia malas mahu berlama-lama di situ. Boleh bernanah mata serta telinganya.

"Esok hari jadi mama boleh tak Nureen datang?" soal Nurain gagap.

Aura yang mengelilingi Nureen amat menakutkan dirinya. Dilihat adik kembarnya itu sudah bertukar menjadi seorang yang lebih hebat berbanding dengan dirinya.

Nureen sinis memandang Nurain.

"Kau nak suruh aku datang event tu? Huh" Nureen bangun dan mengambil raybannya.

"Jemput aku bila you guys nak buat majlis pengebumian dia nanti. Sekarang aku tak ada hati nak jumpa dia" kata Nureen dan berlalu pergi meninggalkan Nurain berseorangan di situ.

Nurain mengeluh.

Nureen segera memandu keretanya untuk pulang ke rumah.

Drit drit

Handsfree dicapai lalu disangkut pada cuping telinga.

Mya is calling...

"Beb?"

"What's it?"

"You should come to your mom's house"

"What are you there?"

"Yes. Your mom called me just not. But you should come and see it"

"On my way"

Talian diputuskan oleh Mya.

Suara yang dilontarkan oleh Mya pula amat sukar ditafsir oleh Nureen. Dia terus membuat pusingan-U dan menuju ke rumah mamanya.

Meanwhile

"Pulangkan balik Nureen dekat aku" tutur Puan Sri Sarah kasar.

"Dia sendiri yang tak nak jumpa kau" balas Puan Sri Wardah selamba.

"Tu sebab kau yang racun fikiran anak aku" tuduhnya.

Padahal Nureen sendiri yang tidak mahu menerima kembali keluarga itu.

Mya di sebelah hanya mendengar.

'Habislah kalau Mya datang kejap lagi ni'

"Eh kau dengar baik-baik. Kau sebagai seorang ibu yang gagal jalankan tanggungjawab kau ke atas dia. Dan kau tak layak digelar mama oleh dia. Jadi jangan minta benda yang mustahil. Dia menderita disebabkan kau. Aku tak racun fikiran dia tapi dia yang ubah diri dia. I just support her. Sokong apa yang dia nak dan sokong apa yang mahu lakukan. Aku tak kesah habiskan duit berjuta untuk Reen asalkan dia bahagia" sembur Puan Sri Wardah.

Sekali lagi wanita itu terpaksa menelan kenyataan itu bulat-bulat.

"Argh semuanya berpunca disebabkan kau"

Prang

Cawan berisi air yang baru dihidangkan oleh Mya terus dibaling. Namun nasib baik tidak mengenai Puan Sri Wardah.

"Stop it" arah suara itu.

Mereka berpaling.

Nureen melangkah masuk ke ruang tamu.

"Don't you dare to hurt my mom" tengking Nureen.

Puan Sri Sara terpaku. Terkejut anaknya menengkingnya.

"No she's not your mother. I'm your real mother" lawan Puan Sri Wardah sambil memegang lengan Nureen.

Tapi pantas dia menepisnya kasar.

"No you're not my mother. You're just a stranger and I don't want to meet you again" sembur Nureen.

Mya sudah tidak senang duduk. Takut-takut perkara lain yang terjadi pula.

"Keluar" halau Nureen.

"Reen calm down" pujuk Mya.

"Nureen anak mama. Please comeback to me Nureen"

Tubuh anaknya cuba dipeluk. Segera Nureen menolak Puan Sri Sara menjauhinya dan membuatkan wanita itu terduduk semula di atas kerusi.

"Mama" jerit suara itu.

Nureen menoleh.

Nurain dan Naufal mendapatkan ibu mereka. Dalam pada masa yang sama Mikael juga tiba selepas mendapat panggilan daripada Mya.

"Ni baru betul anak-anak yang kau sanjung dan sayang. Bagaikan menatang minyak yang penuh. Bukannya aku. Ingat betul-betul muka ni. Muka yang kau cukup benci dulu. Badan ni badan yang kau selalu pukul. Ingat baik-baik" tengking Nureen bersama dengan air matanya.

"Reen stop it" kata Mikael cuba menenangkan isterinya yang sudah berada di luar kawalan.

Puan Sri Sara yang mendengar itu sudah mendiamkan diri buat sementara waktu. Kemudian dia bangun lalu melangkah ke arah Nureen.

"Kau memang patut mati dari dulu"

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now