C 44

20.8K 776 13
                                    

Nureen turun ke bawah sebaik sahaja selesai membersihkan diri.

"Aduh aduh pedih"

Suara itu menarik perhatiannya untuk berjalan ke arah dapur.

"You buat apa?" soal Nureen sebaik sahaja melihat Mikael berdiri di singki.

"You're awake. Wait"

Mikael cuba membasuh matanya di terkena sabun ketika dia mahu mencuci pinggan.

Nureen menghampiri lelaki itu.

"Let me see" tutur Nureen. Kesian melihat Mikael dengan keadaan itu.

Kain kecil di dalam laci diambil lalu dibasahkan dengan sedikit air.

Mikael membongkok sedikit untuk memudahkan kerja Nureen.

Nureen mengelap buih-buih yang terdapat di sekitar mata Mikael.

"What are you doing sampai sabun pun naik dekat muka ni?" soal Nureen selepas selesai membantu Mikael.

"Doing the dishes of course" balas Mikael.

Nureen membasuh tangannya.

"Sit. I will serve you" arah Mikael.

"I tak ada selera la nak makan. Asyik muntah je. Bukannya kenyang pun" adu Nureen.

Itulah yang dilaluinya selama seminggu semasa Mikael membawa diri ke Sabah atau kata lain kerana urusan kerja.

Mikael kemudian memaksa Nureen duduk di atas kerusi.

"Tak sejuk ke pakai macam ni?" soal Mikael sambil tangannya menuangkan bubur ke dalam mangkuk.

Sempat dilihat pemakaian Nureen atas bawah. Isterinya itu hanya memakai t-shirt v-neck berwarna mint dan juga short pants berwarna hitam.

Nureen hanya menggeleng lalu mencapai gelas yang sudah terisi dengan air masak dan pastinya milik Mikael.

"Here you go" kata Mikael lalu duduk di hadapan Nureen.

Nureen menelan payah air liurnya.

Semangkuk bubur dan wajah Mikael dipandang bersilih ganti.

"Kenapa bubur?" soal Nureen.

"Mama yang suruh" balas Mikael selamba.

Nureen mengacau bubur itu dengan sudu.

"I want to do media release tomorrow. Are you okay with it? And I looked into your schedule and there is empty slot for the whole day tomorrow" terang Mikael sambil melihat ke arah skrin telefon pintarnya.

"Suit yourself" balas Nureen seperti tidak kesah mengenai perkara itu.

Sebaik sahaja mendengar jawapan isterinya, Mikael terus meletakkan telefonnya ke tepi.

Hal ini tidak boleh ditangguh lagi. By hook or by crook mereka perlu duduk berbincang mengenai sejauh mana rumah tangga mereka mampu bertahan.

Dia tidak mengharap lebih daripada Nureen seperti apa yang ada pada pasangan lain. Cukup Nureen boleh membuka hatinya dan menerima dirinya sebagai suami. Tidak lebih daripada itu.

"We need to talk" kata Mikael. Nada suaranya sudah berbeza.

Nureen terus mengangkat wajahnya dan bertentang mata dengan Mikael.

"Yea you first" kata Nureen lalu meletakkan sudunya.

"Sampai bila kita nak macam ni?" soal Mikael. Dia cuba dan belajar untuk memahami serta mendekati insan di hadapannya ini.

Tetapi nampaknya Nureen sendiri yang ingin menjauhinya.

"I tak harap lebih daripada you. Just cukup untuk respect me as your husband. Not only in front of public" kata Mikael.

"And I never halang you untuk buat apa yang you nak but this time sorry Reen. I will control you until your heart accept me as your husband. A father to our child" tegas Mikael.

Kalau selama ini dia benarkan Nureen untuk bebas menjalani rutin harian tetapi kini tidak lagi. Jika perlu Nureen mungkin akan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang model.

"You cuba ugut I or what?" balas Nureen.

"No. Ni satu-satunya cara untuk mulakan balik dan betulkan rumah tangga kita. Kalau I perlu buat you quit your job I will do it for our future"

"No you can't" bentak Nureen.

"I will if you cabar I Reen. I don't want to hurt you. I takut you trauma. Cukup baik I tak paksa you jumpa family you and ask for their forgiveness" ugut Mikael.

Nureen memandang tajam lelaki itu.

"Choose which one. Take it or leave it. Don't be selfish Reen think about our kid. Think wisely. Finish your meal" pesan Mikael sebelum beredar naik ke bilik meninggalkan Nureen bersendirian di dapur.

Nureen memejamkan matanya. Air matanya cuba ditahan dari mengalir turun. Tetapi dia gagal. Butir-butir jernih itu jatuh berguguran di mukanya.

Mikael masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil. Mukanya diraup kasar.

'Ya Allah apa yang aku dah buat ni. Forgive me Reen. I terpaksa buat semua ni untuk kebahagiaan kita. Buang ego you jauh-jauh. Please Reen'

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now