C 37

20.7K 800 5
                                    

Mikael memandang wajah tidak bermaya isterinya yang masih lagi tidak sedarkan diri.

Sudah dua beg air dimasukkan ke dalam badannya.

Dia tidak sangka ketika Nureen dalam keadaan seperti ini dia pergi jauh daripada wanita ini yang mungkin memerlukannya.

Meanwhile

Old Town

Jeff memandang perempuan yang duduk di hadapannya.

"So ada apa Cik Nurain nak jumpa saya?" soal Jeff.

"Sebenarnya mama saya nak sangat Nureen—"

"Back to your family?" potong Jeff.

Nurain mengangguk.

"Itu takkan terjadi" balas Jeff dengan yakin.

Kerana itu ialah hakikat yang mereka sekeluarga perlu terima.

"Walaupun dengan apa cara sekalipun yang Naufal buat untuk kembalikan Nureen Qairina itu takkan berlaku. As you can see even Mikael dah tahu tentang latar belakang dia. And you guys just need to stay away from her" kata Jeff.

"Saya tahu abang saya dah cuba macam-macam cara tapi hati adik saya dah keras dan amat susah untuk terima kami kembali" kata Nurain.

"Jangan terkejut when I tell you this, kemalangan mama Wardah mungkin ada kena-mengena dengan your brother. If it true, and Reen knows about this I'm pretty sure she will put Naufal into the prison" ujar Jeff.

Baru sahaja beberapa hari yang lalu kawannya yang bekerja di ibu pejabat polis, menelefonnya dan memaklumkan kemalangan itu mungkin disebabkan  perbuatan sabotaj.

Nurain yang mendengarnya amat terkejut.

"Takkan. Along takkan buat macam tu" tegas Nurain membela si abang.

"Tu kata awak. Bukan Reen. Saya boleh nampak kenapa awak dengan Reen berbeza. As now she is my sister for years. Dia dah buang awak semua dan awak semua dah buang dia takkan nak kutip balik. Dia bukan kertas yang boleh dikitar semula Cik Nurain" sinis Jeff.

Nurain menunduk dan terdiam.

Terasa hatinya seperti ditikam dengan setiap kata-kata yang dilontarkan oleh Jeff.

"If you guys want money for exchange just name it. We can give no I mean Reen will give it to you guys. Remember she is not your father's daughter anymore. Her name is Nureen Qairina binti Tan Sri Shazly not Tan Sri Yusry. Well I need to go" kata Jeff buat kali terakhir memberi peringatan kepada keluarga itu bahawa Nureen bukan lagi sebahagian daripada mereka.

Kini Nurain benar-benar terasa dengan ayat Jeff.

Westland Hospital

Terdapat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas katil.

Sudah seharian Nureen tidak sedarkan diri.

Tiada sesiapa pun yang kelihatan di dalam wad itu untuk menemani Nureen.

Mikael pulang sebentar untuk membersihkan dirinya.

Perlahan-lahan kelopak mata Nureen bergerak. Akhirnya matanya terbuka.

Fikirannya cuba memproses maklumat yang ditangkap oleh matanya.

Dia menoleh ke sisi. Tekaknya terasa haus.

Disebabkan keadaannya yang masih lemah dia tidak mampu untuk bangun.

Tangan kanannya cuba mencapai segelas air yang terletak di atas meja berhampiran katilnya. Namun, tidak berjaya.

Dia mengeluh buat seketika. Tetapi terdapat tangan lain yang membantunya.

"Nak air?"

Nureen mendongak.

Figura Mikael jelas menangkap retina matanya.

Lelaki yang sudah seminggu menghilangkan diri tanpa khabar berita dan kini muncul di hadapannya ketika dia berada dalam keadaan begini.

Mikael mengangkat sedikit kepala Nureen agar memudahkan wanita itu menghilangkan rasa hausnya.

Selepas itu, Nureen terus memalingkan wajahnya ke luar tingkap.

Tidak mahu dia bertentang mata dengan lelaki itu.

Walaupun hatinya kosong tetapi perasaan marah itu membuak-buak di dalam dirinya.

Mikael mengeluh sedikit.

"You know what. You're pregnant. Two weeks already" tutur Mikael.

Sebaik sahaja berita itu sampai ke telinganya terus menoleh melihat Mikael.

Masih berada dalam dunia khayalannya sendiri. Seperti tidak percaya apa yang baru sahaja disampaikan.

Dalam keadaan mereka berdua yang berada di hujung tanduk datang pula sesuatu yang mungkin merumitkan keadaan atau membaiki hubungan mereka berdua ini.

"Don't you notice the change? Mya told me you kept throwing up lately. Headache. But I know you're too busy with your work. No time to take care of yourself. Maybe you should rest for several weeks" cadang Mikael.

Nureen mengalihkan pandangannya.

"Mind your own" tutur Nureen.

"Okay let's discuss about this later. You should get some rest" kata Mikael mengalah.

Dalam keadaan ini sememangnya ego Nureen berada di tahap paling tinggi. Jadi demi kebaikan dia dan Nureen, dia perlu mengalah. Lagi-lagi bila isterinya itu dalam fasa permulaan.

Dalam hal ini dia perlu fikir secara rasional agar tidak membuatkan keadaan Nureen terjejas.

Dan mungkin akan ada sinar kebahagiaan buat mereka dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Ya sinar harapan serta kebahagiaan yang dapat membantu memulihkan mereka semula. Masa itu perlahan-lahan cinta berputik dan kasih sayang terbina.

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now