C 05

23.6K 1.1K 5
                                    

Orange Oriental

Mikael keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam restoran mewah itu.

Dia mengambil tempat di ruang yang agak private.

Jam tangannya dikerling.

'Haish mana la minah ni'

"Order Tengku?" Tegur seorang pelayan lelaki.

"As usual" katanya lalu pelayan tersebut hanya mengangguk.

Beberapa minit kemudian, kerusi di hadapannya ditarik.

"You're late" kata Mikael.

"Sorry" ucap Nureen sepatah. Rayban masih belum ditanggalkan. Risau pula ada yang memerhati.

"So lepas I bayar ganti rugi kereta kesayangan you tu. I harap kita takkan berjumpa dekat mana-mana lagi" kata Nureen.

"As you wish" tutur Mikael.

Tiba-tiba seorang pelayan datang lalu meletakkan minuman yang dipesan oleh Mikael.

Nureen mengalihkan pandanganya.

"Would you like to order miss?"

"No need" tolak Nureen. Selepas itu pelayan itu mula beredar.

Nureen segera mengeluarkan sekeping sampul surat lalu dihulurkan kepada Mikael.

"Nah 3K" tutur Nureen.

Mikael membuka sedikit sampul surat tersebut.

"Nasib cukup. By the way your name?" Soal Mikael.

"You don't need to know. Let's not meet again Mr whatever your name is" kata Nureen lalu beredar dari situ.

Mikael hanya tersenyum sinis.

'Aku tak boleh jamin'

Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Kau dah cari maklumat pasal perempuan tu belum "

"She's a model"

"Ouh I see. Just that?"

"Yea"

"Sokay"

Mikael terus mematikan panggilan tersebut.

Nureen POV

Aku terus masuk ke dalam kereta. Rayban ditanggalkan.

"Haish melayang 3K aku semata-mata untuk kereta mamat tu. Sedangkan banyak benda lagi aku boleh guna dengan duit tu" bebelku sendirian sambil menghidupkan enjin kereta.

Kereta itu mula meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Butik

Nureen mencampak beg tangannya di atas sofa.

Dahinya dipicit.

"Miss Reen ni baju cik untuk malam ni. Puan Sri yang pesan tadi" kata salah seorang pekerja di butik itu.

Nureen hanya memejamkan matanya.

"Hah okay. Letak je dekat situ dulu" arahnya.

"Baik" balas pekerja butik itu.

"Aduh sakitnya kepala aku sebab mamat tu"kata Nureen sendirian.

"Hah sakit? Mamat mana pula ni weyh. Woii"

Tiba-tiba dia disergah oleh Mya yang baru sahaja pulang dari studio.

"Ya Allah" ucap Nureen.

"Eii makcik ni. Terkejut aku je. Nasib aku tak ada sakit jantung tahu" marah Nureen.

"Ala sorry la. By the way, mamat mana kau cakap ni?" Soal Mya ingin tahu.

"Argh mamat mana-mana je la" balas Nureen tidak mahu memanjangkan cerita.

Beg tangannya terus dicapai lalu naik ke pejabatnya.

Mya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah kenapa dia hari? Pergi ke bulan ke apa? Asyik nak marah jer" kata Mya membuat kesimpulan sendiri.

Mya terus mengejar rakannya itu ke pejabat di tingkat atas.

Skip

Night

Nureen bersiap dari studio dengan dress yang dipilih oleh Puan Sri Wardah.

Beg tangannya dicapai. Telefon pintarnya dihidupkan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.

Mama

Royal Elizabeth Hotel

Enjin keretanya terus dihidupkan dan menuju terus ke tempat yang diarahkan oleh Puan Sri Wardah.

'Mama ni mesti ada je akal dia. Tiba-tiba je ni ajak pergi dinner persatuan dia. Haish'

Nureen menggelengkan kepalanya.

Mikael POV

Aku dan Mukhlis masuk ke dalam kereta Vellfire yang dipandu oleh Pak Abu.

Aku duduk di sebelah Bonda manakala Mukhlis di seat belakang.

"Bonda sebenarnya ada tujuan apa sampai nak bawa along dengan angah ni?" Soalku.

Mukhlis di belakang hanya mengangguk tanda menyokong dengan penyataan aku sebentar tadi.

"Nanti bila dah sampai kamu tahu sendiri la" jawab Bonda ringkas.

Royal Elizabeth Hotel

Penyambut tetamu mengiringi Nureen sehingga ke rooftop garden di mana acara itu diadakan.

Sebaik sahaja melipasi gerbang utama, dia terus mencari mamanya, Puan Sri Wardah.

Meanwhile

"Wardah"

Wanita itu berpaling.

"Hamisah"

Puan Sri Wardah sedikit teruja melihat kenalannya itu. Di sampingnya, terdapat dua jejaka kacak yang setia menemaninya.

"Reen mana?" Soal Tengku Hamisah.

Dua beradik itu sudah berbalas pandangan sesama mereka.

"Mama"

Puan Sri Wardah cuba mencari dari mana datangnya suara itu. Dia memandang ke sisinya.

"Datang pun. Mama ingat sesat tadi" seloroh Puan Sri Wardah.

"Ramai sangat dekat depan. Sesak" balas gadis itu tanpa melihat sekelilingnya terdapat orang lain.

"Ouh yea. Kenalkan Mikael dan Mukhlis" kata Tengku Hamisah.

Serentak itu, anak mata Nureen dan Mikael bertembung.

'Apa yang mamat ni buat dekat sini? Oh hell'

'We meet again Nureen'

TBC

CHANGED✔Where stories live. Discover now