PROLOG- KELAHIRAN

11.1K 539 27
                                    


Uwek...Uwek...

Tangisan seorang bayi perempuan memenuhi setiap pelusuk istana kepunyaan Raja Vandelion. Suasana sunyi malam digantikan dengan tangisan bayi yang baru sahaja mengenali dunia.

Raja Vandelion atau nama singkatannya, Raja Van menggendong puteri sulungnya yang menangis di dalam dukungannya. Kesan darah akibat baru dilahirkan jelas kelihatan pada tubuh bayi itu.

Terukir senyuman bahagia di bibir tuanya. Matanya mula bergelinangan dengan air mata. Akhirnya... Dia sudah menjadi seorang ayah.

Isterinya iaitu Permaisuri Wylda hanya memandang ke arah suaminya dan juga anak tunggalnya itu bersama senyuman yang lemah.

Keadaanya sangat lemah selepas melahirkan anaknya itu. Dia bertaruh nyawa untuk melahirkan seorang bayi ke dunia ni. Separuh daripada tenaganya telah habis digunakan.

Raja Van memandang ke arah healer istana yang menyambut bayinya itu tadi. Healer itu turut tersenyum melihat rajanya dan permaisurinya akhirnya mempunyai pewaris.

"Sati... Apakah kuasa puteri beta ini?"

"Tunggu sekejap tuanku..."

Healer yang bernama Sati itu menilik tubuh Puteri yang ada dalam dukungan raja. Tangannya lincah menilik tapak tangan sang puteri yang hanya sebesar 3 jarinya.

"Ampun tuanku. Patik tak dapat mengenal pasti kuasa yang dimiliki oleh tuan puteri."

Wajah Raja Van jelas kelihatan terkejut. Begitu juga dengan Permaisuri Wyldia yang turut mendengar perbualan suaminya dan healer istana.

"Adakah maksud kamu bahawa puteri beta tidak mempunyai sebarang kuasa?"

"Tidak tuanku. Tuan puteri mempunyai kuasa. Tetapi patik tidak dapat mengenal pasti apa kuasanya tuanku. Tetapi patik yakin tuanku. Kuasa yang berada dalam tubuh badan tuan puteri sangat kuat tuanku."

Raja Van mengangguk faham. Hatinya lega apabila mendengar kata² Sati. Bagaimanakah anakandanya bakal hidup jika dia tidak mempunyai kuasa?

"Baiklah. Kamu boleh pergi sekarang. Terima kasih atas jasa kamu." Ujar Raja Van.

"Patik hanya menjalankan tugas tuanku. Patik minta diri dahulu."

Sati pun melangkah keluar dari bilik Raja dan Permaisuri. Hanya tinggal Raja Van, Permaisuri Wyldia dan puteri mereka yang belum diberikan sebarang nama. Bayi itu yang tadinya menangis telah terdiam dengan ibu jari di dalam mulut. Matanya juga sudah terbuka dan terarah kepada ayahandanya.

Raja duduk di birai katil bersebelahan dengan isterinya yang masih lemah selepas bertarung nyawa. Dukungan puterinya direndahkan sedikit supaya memudahkan isterinya melihat wajah anakanda mereka.

Permaisuri tersenyum bahagia melihat anaknya. Air matanya mengalir menyusuri pipinya yang dipenuhi manik² peluh. Kegembiraan yang tak dapat diluahkan melalui kata².

" Comelnya anak bonda. Kakanda. Apakah nama puteri kita?"

Permaisuri menyoal. Tangannya terketar² mencapai kepala anaknya lalu dielusnya lembut.

"Kakanda pun belum memilih nama untuknya lagi adinda. Kenapa? Adinda sudah ada nama?"

Raja Van memandang permaisurinya yang tak lepas memerhati puteri mereka.

"Apa kata kita namakannya Vyldia? Nama gabungan kakanda dan adinda. Bagaimana?" Cadang sang permaisuri.

"Vyldia Vandelion. Kakanda sukakan nama tu. Jadi nama untuk puteri beta ini adalah Vyldia."

Vyldia yang menghisap jarinya mula tersenyum dan ketawa menampakkan mulutnya yang belum lagi ditumbuhi sebarang gigi susu.

Seakan² dia suka akan namanya yang diberi oleh ayahandanya. Permaisuri dan Raja tersenyum melihat Vyldia ketawa.

"Kakanda.Kakanda sedar tak bahawa rambut anakanda berwarna putih?"

Raja Van mengangguk. Sejak Sati menghulurkan Vyldia kepadanya selepas memandikannya bayi perempuan itu, dia telah sedar tentang rambut puterinya yang unik itu.

"Kakanda sedar adinda. Begitu juga dengan tanda kuasanya. Sangat aneh. Kakanda tak pernah melihatnya sebelum ni. Sati khabarkan bahawa kuasa anakanda tidak dapat dikenal pasti."

Permaisuri mengeluh kecil. Terfikir akan anakandanya yang tidak dikenal pasti. Mungkin ianya merbahaya.

Raja Van yang mendengar keluhan permaisurinya pantas memeluk bahu isterinya dengan satu tangan. Bahu isterinya diusap perlahan.

"Jangan risau adinda. Kakanda pasti. Cepat atau lambat. Kita akan tahu juga kuasa Vyldia. Kita cuma perlu tunggu."

Raja Van tersenyum manis memujuk Permaisuri Wyldia. Permaisuri juga turut membalasnya.

"Adinda... Apa kata kalau kita minta bonda adinda mengajarnya menggunakan kuasa? Bonda kan mahir dalam bab mengajar ni?"

Raja Van memberi rancangan. Mungkin ianya boleh membantu Vyldia kelak apabila dia sudah besar.

"Adinda setuju. Tapi...Biarlah bonda tinggal di sini dan ajar Vyldia di istana. Adinda tak sanggup mahu berpisah dengan Vyldia."

"Baiklah kalau macam tu yang adinda mahu. Kakanda ikutkan saja."

Mereka tersenyum manis ke arah Vyldia yang mula kuyu. Mengantuk mungkin.

Tanpa disedari...

Ada yang memerhatikan mereka melalui sebiji  bebola krystal.

"Nampaknya... Dia sudah lahir. Aku kena hapuskan dia!!" Suara garau miliknya mula bergema di dalam ruangan itu.

Wajahnya lansung tiada riak gembira. Pintu bilik itu dihempas just akibat rasa marah yang membuak². Aku takkan benarkan kau musnahkan rancangan aku!

xxxxxxxxto be continuexxxxxxx

My first story about fantasy...

Hope you like it...😊✌

Warrior In Silent [C.O]Where stories live. Discover now