First Mission

3.6K 273 8
                                    

Aku menyusun semua fail Alex mengikut turutan tarikh di kabinet failnya...

Alex pula Dari pagi tadi menilik beberapa buah fail yang berselerak di atas meja kerjanya...

Mesti susahkan ada pangkat tinggi ni?

Aku melangkah mendekati Alex setelah selesai menyusun failnya...

"Ada benda aku boleh tolong?"

Aku menyoal Alex yang masih x melarikan pandangannya Dari fail...

"Buatkan aku kopi kejap..."

Aku melangkah ke arah dapur dan mula membancuh kopi untuk Alex kemudian dibawa ke Alex...

"Banyak ka kerja? Nk aku tolong?"

Aku mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Alex...

"Betul kau nk tolong?"

Aku mengangguk...

Alex bangun Dari kerusinya dan melangkah ke Arah aku...

Badan aku disandarkan pada kerusi dan mukanya di rapatkan dengan muka aku...

"Y--yah! A--apa kau buat ni?!"

Aku sedaya upaya Cuba untuk menolak Alex Dari terus mendekati aku...

"Tadi kau kata nk tolong kan? Aku nk suruh kau tolonglah ni.. "

Muka aku dan Alex hanya beberapa inchi jaraknya...

Muka aku dah merah padam...

Klak!

Pintu bilik dibuka secara tiba²...

"Ale-- eh?"

Kawan Alex ,Clarion terpaku...

Di sebelahnya pula Tyra yang turut terkejut...

Muka aku makin memerah...

Aku menolak Alex jauh Dari aku sejauh mungkin...

Terus aku berlari ke arah Tyra dan menyorok di belakangnya...

Muka merah jangan Tanya...

"Kenapa? Mengacau ja..."

Kata Alex dingin sebelum kembali duduk di tempatnya...

"Amboi...  Tuanku panggil korang berdua... Katanya ada misi.."

Misi?

"Hmm..."

Alex mengemas mejanya yang penuh dengan fail dan kertas²...

"Sorry kacau 'kerja' korang tadi..."

Alex hanya diam dan menarik tangan aku ke bilik tuanku...

Aku Yang terkejut hanya mengikut langkahnya...

Pintu bilik tuanku di ketuk...

"Masuk!"

Pintu dikuak dan terpaparlah tuanku yang sedang menilik sebuah kertas dengan muka yang lansung x ada secalit senyuman...

"Tuanku panggil kami?"

Tuanku mengalihkan pandangannya ke arah kami...

"Alex... Tiara... Duduk.."

Kami mengambil tempat di atas kerusi berhadapan dengan tuanku...

Hanya meja kerja tuanku sahaja menjadi penghalang antara kami...

Kertas yang ditiliknya tadi diletakkan di atas meja dan dihalakan ke arah kami...

"Misi korang... Tempat di Earthea Kingdom... Ancaman... Wyvern..."

Aku tersentak...

Wyvern?

Aku menilik gambar yang dilekatkan pada kertas itu...

Ianya...

Sama dengan naga yang ada dalam mimpi aku...

"Korang akan bertolak malam ni dan akan sampai kemungkinan tengahari esok... Terus ke istana mereka dan kau tahu APA nk buatkan Alex?"

Alex yang Dari taxi menatap kertas itu mengangguk...

"Bagus... Korang pack barang korang dan bersedia malam ni..."

Alex bangun diikuti dengan aku...

"Baik tuanku..."

Kami sama² menunduk dan keluar dari bilik kerja tuanku...

"Kau pergi pack barang malam ni jugak kita akan jalankan misi tu..."

Aku mengangguk dan berlalu ke bilik aku...

Pintu bilik aku kuak dari luar...

Dan APA yang aku nampak...

Livia,Tyra,Erna dan Emilda tengah tersengih² macam kerang busuk memandang aku membuatkan aku sedikit hairan...

"Kenapa?"

Mereka masih tersenyum tapi aku tahu...

Ada udang di sebalik Mee Goreng mamak...

"Uuu~ X sangka... Ada jugak orang yang boleh cairkan hati beku Alex tu~"

Pipi aku membahang bila dapat tangkap APA Yang dikatakan oleh Tyra...

"Yah! Jangan lah bagitau diorang! Semua tu salah faham ja!"

Lengan Tyra aku tumbuk perlahan...

"Hahaha... Ya lah tu..."

Aku mengembungkan pipi...

Aku bangun dan mula mengeluarkan beberapa helai baju Dari almari dan masukkannya ke adalam beg galas...

"Kau nk pergi mana Tiara?"

Aku x membalas malah hanya menjeling tajam ke arah mereka...

"Eh! Lek lah! J--janganlah marah..."

Aku mengecilkan mata dan sambung packing barang aku...

"Ala~ sorry lah~ kitaorang gurau ja~"

Bahu aku dipeluk oleh Emilda...

Aku masih x membuka mulut...

"Ala~ OK fine... Dia nk merajuk sangat kan?"

Badan aku dibaringkan di atas katil dan mula sesi geletek menggeletek...

Terus terhambur keluar tawa aku...

"Yah! Hahaha! Berhenti! Ahahaha! Gelilah! Berhentilah! Hahaha"

Air mata mula terkumpul di tubir mata aku...

Lamanya aku x rasa kebahagian macam ni...

Bersambung...

Hmmm~

X ada apa² untuk dikatakan...

See ya!😘

Warrior In Silent [C.O]Where stories live. Discover now