①∼SEKOLAH

7K 441 17
                                    


Seorang perempuan berambut putih bersih paras pinggang memeluk lutut seorang lelaki dewasa yang dikenali sebagai ayahandanya. Muka merayu habis!

"Tolonglah ayahanda... Anakanda pun nak pergi sekolah."

Ayahandanya mengeluh. Pelipisnya diurut perlahan dengan jari telunjuk dan ibu jarinya. Pening kepala dia dengan kerenah anaknya sorang ni. Ni baru seorang! Kalau 5? Mahu meletup otaknya nanti!

"Bukannya ayahanda tak kasi. Tapi anakanda yang tak mahu masuk ke sekolah diraja." Balas si ayah.

"Anakanda tak mahu sekolah di sekolah diraja. Bosan! Protokol ketat sangat! Anakanda mahu bersekolah di sekolah biasa. Bolehlah ayahanda..."

Perempuan berambut putih itu masih merayu. Entah sampai bila nak merayu pun tak tahulah. Yang penting aku nak masuk sekolah biasa juga!

Bondanya pula hanya menggelengkan kepala melihat teletah anakandanya itu dengan suaminya. Dua² kepala batu. Kalau bukan aku yang mencelah, sampai tahun depan tak habis.

"Benarkan sajalah kakanda... Kesian pulak adinda tengok Vyldia ni."

Ayahanda memandang Vyldia. Vyldia memandang ayahanda. Dua² tak mahu mengalah. Ni bukan kepala batu dah ni, kepala berlian dah ni!

Vyldia membuat muka meminta simpati. Mata Puss In Boots on! Please berkesan!!

Raja Van mengeluh. Kalau lawan dengan anakandanya ni takkan pernah menang. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia merayu.

"Baiklah... Kalau itu yang anakanda minta."

Akhirnya ayahanda mengalah. Yess!!! 

Sudah 3 hari Vyldia merayu pada ayahandanya. Ianya tak sia²!!

"Yey! Terima kasih ayahanda!"

Vyldia mencium pipi Raja Van sekilas lalu beransur ke pipi ibundanya pula. Finally!! Aku boleh pergi akademi!!

Terus dia berlari ke arah ruang dapur istana dengan hati yang riang. Bagaikan nak terbang ke awan!

Raja Van hanya menggeleng melihat telatah Vyldia. Dah besar panjang tapi masih perangai macam budak².

"Tengoklah perangai anakanda adinda tu..." Kata Raja Van kepada isterinya.

"Anak adinda anak kakanda juga kan?" Balas Permaisuri Wyldia dengan senyuman.

Biarpun perangai Vyldia sebegitu, mereka tak pernah menyesal mempunyai anak seperti Vyldia. Vyldia adalah pembawa bahagia dalam istana ni.

Aku berlari laju ke arah ruang dapur istana. Senyuman tak lekang dari bibir aku. Aku gembira sangat ni!! Rasa macam nak menjerit je!!

Tiba saja di ruang dapur terus tangan aku membelit leher seorang gadis yang tengah mencuci pinggan mangkuk.

"Oh mak kau!"

Latah perempuan itu terkejut. Aku pula hanya ketawa kecil. Comel nampak minah ni melatah.

"Vyldia! Terkejut aku."

Walaupun aku seorang puteri, tetapi  semua orang dalam istana ni tidak memanggil aku puteri dan menggunakan bahasa istana kecuali dengan ayahanda atas permintaan aku jugak. Aku tak suka puteri² ni, so girly! Yek!!

"Erna! Ayahanda bagi aku sekolah kat sekolah biasa!"

Aku menjerit kegembiraan. Mata Erna membulat mendengar berita baik ini. See! Dia pun terkejut!

Warrior In Silent [C.O]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora