②∼ KAWAN BARU

6.4K 432 14
                                    

Uniform seragam sekolah aku sarungkan ke tubuh. Blazer yang dibekalkan juga aku sarung diatas baju kemeja aku. Rambut putih aku yang mengurai panjang mencecah pinggang aku ikat menjadi ekor kuda. Beg galas di atas katil aku sandang di belakang badan.

Yey! First day sekolah! First time aku tengok ada orang yang excited nak pergi sekolah macam dia ni.

Tetiba pintu bilik aku diketuk beberapa kali dari sebelah luar. Pantas aku menerpa ke arah pintu bilik. Sebaik sahaja pintu itu dikuak, susuk tubuh Erna yang turut mengenakan uniform akedemi kelihatan.


"Wau! Cantiknya kau." Puji Erna. Tubuh aku yang dibaluti pakaian akedemi aku belek. Biasa je.

"Mengarutlah kau ni. Jomlah! Aku tak sabar dah ni!"

Tangan Erna aku gapai lalu ditarik gadis molek itu ke ruang santapan. Kelam kabut dia cuba menyamai langkah aku. Takut nanti jatuh tersembam buat malu je.

"Selamat pagi ayahanda! Selamat pagi bonda!" Sapa aku sebaik sahaja tiba di ruang santapan. Pipi mereka aku cium sekilas.

"Pagi Vyl. Eh! Erna. Marilah makan sekali."

Ajak King Vandelion. Erna yang berdiri sebelah aku mula malu² kucing. Ehh! Silap! Malu² harimau!

"Tak apa ke tuanku?"

Tanpa sebarang amaran terus aku menarik tangan Erna untuk duduk di sebelah aku. Duk tanya² pula.

"Duduk jelah."

Erna pun duduk elok² di sebelah aku.

"Erna. Tolong tengok²kan Vyl ni untuk beta ya?"

Aik?? Ingat aku ni budak kecil ke nak kena tengok² bagai ni! Aku dah 16 tahun lah! Aku mencebik sendirian.

"Baiklah tuanku."

Erna menurut perintah. Yelah. Mana boleh lawan cakap permaisuri. Aku pun tak berani nak lawan cakap bonda.

Aku bangun dari kerusi selepas pinggan yang tadinya diisi dengan makanan telah licin aku kerjakan.

"Vyl pergi dulu ayahanda bonda."

Aku mencium tangan dan pipi mereka. Erna yang turut usai bersarapan turut menggalas begnya.

"Patik minta diri dulu tuanku."

Erna menunduk dan melangkah ke arah aku yang sudah menantinya di depan pintu ruang santapan.

Kami mula berlalu ke sekolah dengan berjalan kaki. Erna memang selalu jalan kaki ke sekolah padahal boleh je kalau dia nak orang istana hantarkan.


Katanya boleh turunkan berat badan.Tengoklah badan dia. Macam ranting kayu dah aku tengok.


Jadi tak hairanlah kalau ramai gila lelaki yang sukakan dia ni.

Sampai sahaja di sekolah semua pelajar pandang aku dengan pandangan pelik membuatkan aku tak selesa dan membuatkan aku mendekatkan diri dengan Erna.

Warrior In Silent [C.O]Where stories live. Discover now