3~TERBONGKAR

5.8K 401 31
                                    

Dah genap seminggu aku bersekolah kat sini. Jujur aku cakap, aku lebih suka bersekolah dekat akademi ni berbanding sekolah diraja.

Sekolah diraja terlalu banyak orang² yang sombong. Semua nak menunjuk dekat orang yang lebih rendah pangkatnya dari mereka. Ingat diorang tu bagus sangat kot.

Lagipun kumpulan kitaorang dah jadi queenka baru sekolah tu dan geng Alex kekal jadi Kingka akedemi ni. Biasalah. Group Alex memang popular.

Beratur pelajar² perempuan nak berkenalan dengan diorang. Kadang² tu, sampai kitaorang pun kena tolak ketepi.

Tibanya waktu rehat, kami semua berpusus² keluar dari kelas untuk makan. Sekarang ni dah jadi rutin harian aku untuk makan dengan yang lain. Kat kantin of course.

Sebelum ni aku asyik makan dengan ayahanda dan bonda je. Kalau dekat sekolah diraja aku akan makan sesorang sebab tak ada orang yang nak kawan dengan aku yang tak ada kuasa ni.

Tengah kami semua makan,ada pulak 8 ekor beruk datang menghilangkan selera makan aku. Nampaknya aku kena makan bila balik istana nantilah ye?

"Hai."

Geng Alex mula memaparkan riak wajah menyampah. Memang diorang kenal The Ladies ni. Geng yang paling gedik dekat akademi ni. Bukan setakat gedik, busuk hati pula tu.

Seorang dari pada mereka memeluk lengan Alex. Alex mula menunjukkan riak wajah tak selesa.

Kan aku dah kata. Tak ada siapa pun yang suka The Ladies ni.

"Oh! Hai korang. Dengar kata korang dah jadi queenka sekarang ni menggantikan kitaorang. Mesti sebab si rambut putih ni kan?"

"Haahlah. Kau pakai apa eh nak jampikan semua orang dalam sekolah ni untuk sukakan kau?"

Sabar Vyl. Buat tak tahu je. Anggap je yang diorang tu halimunan. Mee goreng yang aku pesan tadi aku masukkan dalam mulut tanpa hiraukan kumpulan The Ladies.

"Woi! Aku tanya ni cakaplah!"

Salah seorang dari mereka menolak kepala aku kasar. Suka hati je nak sentuh kepala aku.

Ikut suka akulah nak jawab ke tak. Mulut aku. Bukannya mulut kau.

The Ladies mula mendesak aku.
Aku bukan macam korang ok nak jampi serapah bagai. Lagipun aku tak hairanlah dengan tittle Queenka ni.

"Yang kau nak paksa kawan kitaorang apasal?! Kau siapa nak paksa dia?"

Tyra mula naik angin, baru dia nak bangun, The Ladies yang lain dah pegang dia dan yang lain terlebih dahulu.

Geng Alex mahu menolong tapi The Ladies lagi kuat dan lagi berpengaruh dari diorang.

Maklumlah diorang tu top 10 dalam akedemi ni. Dan salah seorang dari The Ladies adalah anak kepada pengetua akademi.

2 orang dari The Ladies menahan aku dengan pegang tangan aku.

"Aku tanya kan?! Bisu ka apa?! Aku paling pantang orang tak hiraukan aku!"

Dia menumbuk perut aku sekuat hati. Darah segar keluar dari mulut aku. Apa masalah diorang ni!

"Cukup Emely!" Tegah Alex.

"Awak diam, Alex! Jangan masuk campur urusan saya!" Balas Emely. Ditengking Alex kembali.

Suasana kantin mula dihiasi dengan bisikan pelajar lain. Mereka hanya melihat pergaduhan kami dari jauh.

"Kau tu dah lah lemah! Tak ada kuasa! Miskin! Lepastu berlagak pulak! Mesti mak ayah kau tak ajar kau cara nak beradab kan? Ntah² kau tu anak luar nikah sebab tu kau tak ada kuasa!"

Warrior In Silent [C.O]Where stories live. Discover now