•Prolog II

443 47 10
                                    

Hujan masih turun dengan lebatnya. Degungan bunyi panahan petir jelas kedengaran. Angin yang masuk dari celah-celah rumah kayu penduduk Kampung Cheotnun menunjukkan tiada tanda-tanda hujan mahu reda.

Seriau rasa melihat lautan yang berombak besar dan bergelora bagaikan raksaksa. Sungguh ganas percikan air yang terhasil di lautan, meskipun di persisiran pantai.

Namun, dibalik setiap lapisan air yang bergelora, disetiap celahan buih-buih di lautan..makhluk misteri yang paling indah di bumi bergelut dalam arus yang deras, membahayakan nyawa dan maruah, berani menimbulkan diri di atas permukaan air membuktikan kewujudan mereka.

Dengan ekor yang sangat kuat menandingi ekor ikan paus, sekali libasan mampu mematahkan segala jenis tulang yang ada pada semua jenis makhluk. Kelajuan renang yang setara dengan ikan lumba-lumba, dan kebijaksanaan dalam menyamar dan bersembunyi setaraf ikan pari.

Duyung-duyung di lautan kini berenang datang ke persisiran pantai Kampung Cheotnun tanpa kompromi. Tiada seekor pun yang tertinggal. Ada yang berenang dari benua antartika, dimana mengambil masa selama 3 bulan untuk sampai ke sini.

Daripada barat daya, satu-satunya spesis duyung yang berkulit hitam, berambut keriting macam pokok duit-duit, namun sifat kesetiaan dan ketekunan dalam melakukan pekerjaan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana spesis duyung dari serata dunia daripada generasi terdahulu sehinggalah sekarang.

Kini, muncullah spesis-spesis duyung yang paling indah di lautan alam semesta yang pernah wujud di bumi ini. Kecantikkan mereka memang tidak dapat dinafikan. Ekor mereka meninggalkan kesan debu pari-pari yang berkilau-kilau ketika mereka berenang mengipaskan ekor.

Satu-satunya spesis duyung yang berketurunan raja di lautan dan memerintah sekalian lautan! Duyung-duyung kerajaan Lautan Sze Chawn. Spesis duyung-duyung yang lahir di kerajaan Sze Chawn sahaja yang memilik kuasa bimasakti, di mana mampu mengawal air, mengawal arus di lautan, dan kuasa-kuasa lain untuk mempertahankan diri.

Sekalian duyung dari setiap pelusuk dan penjuru dunia muncul di pantai Kampung Choetnun. Ini kerana, lahirnya pewaris takhta bagi Kerajaan Lautan Sze Chawn, sekaligus merangkul gelaran Permaisuri Tuanku Maharajalellah Se-Yeong. Tuhan segala lautan!

Mereka hadir bagi memberkati dan menghormati kelahiran Puteri Se-Yeong.

Rata-rata duyung yang datang duduk bertafakur di atas batu-batu yang ada di persisiran pantai. Tindakan ini sangat berbahaya. Mereka mungkin boleh tertangkap oleh makhluk bernama manusia di daratan. Dan air mata mereka pasti akan menjadi sasaran utama. Ini kerana, air mata duyung boleh mengubah kehidupan seseorang itu daripada hodoh kepada cantik, yang miskin boleh menjadi kaya dan sebagainya.

Air mata duyung ibarat kuasa sihir paling kuat di dunia yang pernah wujud. Hanya campurkan setitis air mata duyung ke dalam segelas air masin, kemudian perahkan sedikit air bunga lily dan campurkan dengan biji anggur yang ditumbuk lumat. Lalu dibiarkan selama tiga hari dan sebatian tadi akan bertukar menjadi Intan.

Bukan sekadar Intan perhiasan, tetapi Intan yang mempunyai kuasa magis! Mintaklah apa saja dengan Intan itu, katakan apa saja yang diingini, pasti akan tertunai dan terlaksana dengan sepantas kerdipan mata.

Namun, cuaca dan suasana yang menggerunkan ini membuatkan makhluk berkaki itu tidak berani menjejakkan kaki ke persisiran pantai ini.

Duyung-duyung juga tidak akan dapat dikesan atau dilihat dengan tepat kerana hujan yung turun dengan lebat mengaburi penglihatan manusia.

“Puteri Se-yeong sudah selamat dilahirkan”

“Dengar khabar dia bukan duyung biasa-biasa”

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now