•03

218 26 1
                                    

Orang kampung cheotnun berpusu-pusu ke persisiran pantai sebaik sahaja berita tentang kejadian aneh yang berlaku pada air laut itu tersebar. Laju saja mulut-mulut orang kampung menperkatakan tentangnya sampaikan berita ini diketahui oleh Maharaja Shih Huang Ti.

Dayang-dayang istana yang menyampaikan berita itu pada panglima tentera daerah Li Xao. Kemudian, barulah disampaikan kepada Maharaja Shih Huang Ti melalui gabenor.

“Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?”

“Pelik sungguh!”

“Mungkinkah air tu dah beracun?”

“Ini mungkin sumpahan!”

“Eh, kamu jangan nak merepek lah!”

Tidak henti-henti mulut penduduk kampung choetnun itu bercakap sesama sendiri akan kejadian aneh yang menimpa kampung mereka itu. Kecoh sungguh!

Malahan, Maharaja Shih Huang Ti juga turut serta dalam perbualan penduduk-penduduk kampung itu. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat baginda sekarang ini. Bukan fantasi, tapi realiti.

Kilauan yang terpantul dari permukaan air laut itu benar-benar kelihatan seperti debu-debu berlian, intan, emas atau permata yang bertaburan di merata-rata dan mengelipkan sinarnya.

Sungguh menggamit pemandangan. Warna air laut yang jelas kelihatan pelik itu menambahkan lagi keindahan dan keserian pemandangan laut di pantai Cheotnun.  Pelik bin ajaib betul.

Rata-rata penduduk kampung Choetnun semuanya berkumpul di persisiran pantai Cheotnun sambil tidak henti-henti mulut mereka bergosip, mengomel, dan entah apa lagilah yang mereka hebohkan.

Malah, mereka tidak berganjak sedikit pun dari situ sejak dari pagi lagi. Ditambah dengan cuaca yang redup, angin yang tidak henti-henti menghentam tubuh, memang lama lagilah mereka disitu.

Seperti jalan-jalan di pekan sambil mencuci mata melihat barang jualan dan makanan yang di dagangkan.

Bertelur sebiji, kecoh satu kampung. Itulah lumrah kehidupan manusia yang bergelar orang kampung.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now