•02

258 31 4
                                    

Kira-kira sejam lagi matahari akan terbit. Suasana subuh di kampung Choetnun itu benar-benar sungguh menenangkan dan aman terasa.

Bunyi deruan ombak yang singgah di persisiran pantai dan angin yang bertiup lembut menyentuh tubuh, lenggangan pokok kelapa yang menemani sungguh mengejukkan hati.

Dalam pada itu, Se-yeong sudah tidak sabar untuk masuk ke dalam laut. Semalaman dia tidak tidur memikirkan lautan. Berenang dengan ikan-ikan yang lain, menyelam sambil minum air masin, menyentuh batu karang yang berwarna-warni dan perlbagai bentu,corak dan rupa.

Bagaimana agaknya rupa batu karang?

Se-jeong pernah menceritakan padanya serba sedikit tentang benda-benda yang hidup dilautan, seperti sotong. Katanya, ada sotong yang berlampu dan bercahaya. Sungguh cantik! Dan ada juga obor-obor. Dimana rupanya seperti payung. Payung? Oh, dia benar-benar tidak sabar.

Se-jeong dan neneknya Sen Tzu memeriksa barang kelengkapan yang perlu digunakan untuk membawa se-yeong ke persisiran pantai. Mereka perlu membawa Se-yeong ke pantai sebelum nelayan-nelayan turun ke lautan untuk memancing ikan. Harap-harap bukan Se-yeonglah yang dipancing.

Sekiranya tidak, usaha mereka pasti akan sia-sia. Ekor Se-yeong terlalu bersinar, ini boleh menarik perhatian orang-orang kampung yang lalu disitu nanti. Jadi, mereka perlu cepat.

“Semuanya sudah siap?” Soal Chae gyung yang baru sahaja selesai keluar memantau keadaan dan situasi di tepi pantai sekiranya ada orang. Semuanya selamat,mereka perlu segera.

“Sudah mummy.” Se-jeong menjawab sopan.

Tenang hati si ibu mendengar jawapan itu. Chae gyung membalas dengan senyuman di bibir.

“Baiklah, kita mesti cepat. Kita akan kesuntukan masa.”

Maklum Sen tzu.

Chae gyung menghamparkan kain selebar-lebarnya. Lalu, mereka mengangkat dan memindahkan Se-yeong ke atasnya.

Ekor se-yeong dibalut kemas agar tidak kelihatan. Separuh tubhnya di tutup dengan bahagian yang lebih.
Sebaik sahaja sudah memastikan Se-yeong tidak kelihatan dala keadaan seperti itu, mereka melangkah keluar menuruni tangga rumah dengan sedikit berhati-hati.

Chae gyung menggendong Se-yeong dengan sekuatnya sambil gundah dan risau melanda hati. Jantungnya seperti mahu berhenti berdegup sebaik sahaja kakinya menyentuh tanah.

Namun, lantas perasaannya itu dibuang. Jika dia terus melayannya, mereka mungkin boleh tertangkap. Tanpa berlengah lagi, Chae gyung berlari sedaya dan sepantas yang mampu menuju ke persisiran pantai diikuti Se-jeong dan Sen tzu yang sentiasa mengawal dan mengawasi kawasan yang mereka lalui.

Chae gyung berlari dan mencari tempat yang sesuai untuk menurunkan Se-yeong dimana tiada siapa yang akan nampak. Mereka membawa Se-yeong hampir ke hujung kampung, dimana terdapat banyak batu-batu besar di persisiran pantainya.

Tanpa banyak kata, Chae gyung menurunkan Se-yeong dan dengan pantas membuka bungkusan kain yang menutup separuh tubuh badan se-yeong dan ekornya dengan bantuan Se-jeong.

Dengan terbukanya sedikit demi sedikit kain yang menutupi tubuh badan se-yeong, sebak menguasi Chae gyung. Dia kini kehilangan seorang anak dari pandangannya, dari jagaannya. Air mata mulai bertakung. Tapi ditahan Cuma.

“Cepat, bawa se-yeong ke dalam air.” Arah Sen Tzu. Takut akan kelihatan. Matahari sudah agak kelihatan ketika ini. Tidak lama lagi, banyak kapal-kapal dan sampan yang akan lalu-lalang.

Se-yeong menatap wajah ibunya seketika, kelihatan sedih terpancar padanya. Se-yeong tahu itu.

“Mummy, Se-yeong takkan apa-apa. Tiada perkara buruk atau mana-mana bahaya yang akan datang. Ye?” Se-yeong memujuk ibunya.

Chae gyung tersenyum Cuma lalu menggendong Se-yeong menuju ke air. Dengan perlahan, Chae gyung melepaskan Se-yeong kedalam air.

Sebaik sahaja ekor dan tubuh badan se-yeong menyentuh air laut, jelas sekali warna air laut tersebut bertukar dengan sekelip mata. Terkejut juga mereka melihatnya. Tapi, se-yeong lagi terkejut dan teruja.

“Mummy!” Terpancar senyuman dibibir Se-yeong. Gembira. Ya, itu yang dirasainya sekarang ini.

Warna air laut kini agak keungu-unguan, sedikit kehijau-hijauan, dan kebiru-biruan. Dengan berkilat dan berkelip-kelip seperti bintang permukaannya, sungguh cantik!

Melihat senyuman yang terukir di bibir Se-yeong. Rasa risau dan gundah yang wujud dalam hatinya tadi hilang serta-merta.
Chae gyung rasa, rasa tenang bila melihat Se-yeong tersenyum gembira. Tidak pernah dia lihat Se-yeong tersenyum seperti ini. Tentu dia sangat bahagia.

“pergilah, mummy..Mummy rasa tak ada apa yang perlu mummy risaukan tentang bahaya di lautan. Laut juga melindungi kamu, sayangkan kamu. Lihatlah ini. Lagipun, kamu itu puteri duyung.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata ibunya, Se-yeong seakan-akan tergamam. Tidak percaya pun ada. Puteri? Dia puteri duyung? Ini bermakna, ayahnya juga dulu seorang putera mahkota duyung!

“Hah? Puteri? Puteri duyung?” Se-jeong juga seakan terkejut tapi gembira.

“Ye, ayah kamu dulu ialah seorang putera mahkota. Jadi, ini bermakna, kamu berdua adalah puteri mahkota.” Maklum Chae gyung dengan bangga sambil memegang tangan se-jeong dan Se-yeong.

Se-yeong sangat gembira mendengarnya. Mahu sahaja dia menjerit dan berkung-fu bagi meluahkan ekspresi kegembiraan. Seronok ya jadi manusia, boleh banyak gerak.

“Kamu mesti pergi sekarang. Matahari sudah mulai menyinarkan cahayanya.” Beritahu Chae gyung.

Se-yeong angguk tanda mengerti dengan kata-kata ibunya. Lantas dia menarik tangan kakaknya untuk menyelam dan berenang bersama. Tapi langkah itu dihalang oleh ibu mereka.

“Tidak perlu. Se-yeong, kamu berenang sahaja berseorangan. Nanti baru kakak kamu temankan kamu. Pergilah merasai dunia kamu yang sebenar. Lihatnya denga mata kamu sendiri, rasainya dengan tubuh kamu sendiri.”

“tapi, bukankah mummy mahu se-jeong melihat sama ada bahaya atau tidak didalam sana?” soal Se-jeong.

Dia teringin sangat mahu berenang di lautan dengan adiknya. Se-yeong nampak begitu cantik sekali di dalam air, lebih-lebih cantik sangat. Dia mahu melihat Se-yeong mengibaskan ekornya!

“Ya, itu dulu. Tapi sekarang mummy dah tukar fikiran. Se-yeong takkan apa-apa. Laut juga menerima Se-yeong dengan baik seperti yang kita lihat bukan?” Senyuman tidak pernah luntur diwajah Chae gyung.

Dia, dia rasa agak tenang sebenarnya. Dia yakin dan dapat rasakan, yang Se-yeong akan baik-baik sahaja di lautan. Lagipun, bukankah suaminya mempunyai keluarga duyung di lautan? Pasti mereka akan mencari Se-yeong dan berjumpa dengannya.

“Pergilah.”

“Mmm!” Itu sahaja jawapan dari Se-yeong.

Perlahan-lahan dia menggoyangkan ekornya. Oh, terasa seronok sekali. Dia tidak pernah dapat menggoyangkan ekornya seperti itu pun sepanjang dalam kolam di rumah. Ruangnya kini makin sempit sebab dia semakin membesar.
Mereka perasan satu benda. Se-yeong juga.

“Mummy, Se-jeong, nenek, dengar tak?” soal Se-yeong teruja.

Chae gyung hanya mampu tertawa diiringi Sen Tzu.

“Ya, kami dengar!” beritahu Se-jeong.
Ekornya mengeluarkan bunyi yang sangat merdu apabila dia berenang.
Setelah itu, Se-yeong dengan perlahannya hilang dari pandangan mata mereka. Sedikit demi sedikit, kabur dan kemudiannya pergi.

Se-yeong tentunya bahagia sekarang ini, dia dapat merasai dan hidup dalam dunianya yang sebenar. Dia kini bebas. Senyuman yang terukir dibibirnya jelas menggambarkan yang dia benar-benar rasa seronok dan bahagia.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now