•07

273 24 13
                                    


“Baiklah, masanya sudah tiba. Tuan Puteri akan menjumpai dan melihat pelbagai jenis keindahan lautan lagi sepanjang perjalanan kita”

Sebaik sahaja mendengar Jun Myeon menuturkan kata-katanya itu, mata Se-yeong sudah bersinar-sinar. Dia berasa teruja pula apabila Jun Myeon menyebut ‘keindahan lautan’. 

Apa agaknya ya? Hatinya sudah berdendang riang.

“Mari Tuan Puteri”

Dengan itu, beratus-ratus ekor duyung mulai berenang mengiringi Puteri Se-yeong dan Jun Myeon yang mendahului perjalanan. Dengan iringan suara merdu yang terbit dari setiap libasan ekor Se-yeong mulai menunjukkan kekuasaannya.

Semua makhluk lautan yang ada juga turut berenang mendapatkan puteri Se-yeong lalu mengiringinya menuju ke destinasi. Paling mengejutkan mereka semua, baik duyung mahupun spesis hidupan laut yang lain ialah pembunuh bersiri di lautan yang terkenal dengan keganasannya juga turut bertukar lemah akan kehadiran puteri Se-yeong ke lautan.

Siapa lagi kalau bukan jerung.

Se-yeong hanya mendiamkan diri saja. Rasa seram dan ngilu dengan saiz ikan jerung yang begitu besar dan giginya yang begitu tajam. Sudahlah rapat dengannya.

Sempat dia berbisik kepada Jun Myeon.
“Adakah dia tidak berbahaya?”

Jun Myeon berkira-kira untuk berkata-kata. Mahunya dia kena telan hidup-hidup dengan ikan jerung ini jika dia tersalah cakap.

“Jun Myeon?” Se-yeong hairan dengan kebisuan Jun Myeon dan juga duyung-duyung yang lain.

“Ini semua, adalah disebabkan kuasa yang Tuan Puteri miliki. Suara merdu yang lahir daripada setiap libasan ekor Tuan Puteri memboleh Tuan Puteri berkomunikasi dengan apa sahaja jenis makhlut lautan yang ada.”

“Kenapa? Kamu tidak boleh berkomunikasi dengan makhluk-makhluk lautan yang lain?”

“Tidak tuan puteri. Hanya tuan puteri sahaja yang mampu melakukkannya. Bahkan, Permaisuri Tuanku Maharajalelah chen Xiao juga tidak ada kuasa seperti tuan puteri.”

“Nenek saya juga tidak boleh? Kenapa tidak? Bukankah dia tuhan lautan?”

“Tuan Puteri, setiap waris yang akan menggantikan takhta tuhan lautan akan lahir dengan kuasa yang berbeza di mana ianya bukan kuasa yang biasa-biasa. Kuasanya tidak sama seperti duyung-duyung kerajaan Sze Chawn yang biasa seperti kami semua ini.”

“Jadi, kamu juga ada kuasa? Apakah kelebihan kamu?”

“Patik dan duyung-duyung biasa yang lain hanya ada kelebihan dalam mempertahankan diri. Kami tidak ada kuasa yang luar biasa. Kuasa bimasakti yang kami miliki hanya bertujuan untuk melindungi diri saja. Tidak lebih daripada itu.”

Maklum Jun Myeon yang tidak jemu-jemu dengan kemusykilan Puteri Se-yeong.

“Nampaknya, banyak yang perlu saya pelajari. Seperti yang kamu katakan, setiap waris akan dilahirkan dengan kuasa yang berbeza. Saya sendiri juga tidak mengetahuinya. Nenek pasti sudah mempersiapkan segala-galanya.”

Jun Myeon hanya membalas dengan senyuman.

Perjalanan mereka semakin lama semakin jauh. Dengan keajaiban yang sedikit demi sedikit muncul disebabkan kehadiran se-yeong sebagai Tuan Puteri. Keindahan lautan yang tiada siapa pernah lihat dan alami kini muncul menghiasi pandangan.

Sotong yang berlampu. Obor-obor yang pelbagai bentuk, jenis dan rupa. Serta jenis-jenis cahaya yang mereka pancarkan.

Batu karang yang kelihatan aneh tapi cantik. Seperti harta karun lautan. Siapa sangka, rumput juga mampu tumbuh didalam laut. Ini kerana, laut dikawasan itu lebih masin daripada biasa dan cahaya matahari yang terang memasuki air laut merupakan salah satu faktor yang menyebabkan rumput boleh tumbuh. Proses fotosintesis dapat berjalan dengan lancar.

Oh, siapa sangka...Kerang-kerang dan tiram yang melekat pada tubuh badan paus menyimpan banyak mutiara. Ada pelbagai warna pula itu. Cuma, Se-yeong tidak begitu berkenan dengan mutiara yang berwarna hitam. Tidak begitu cantik. Kilauannya juga agak kurang sedikit.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Setiap minit, setiap saat, Se-yeong tidak henti-henti  mengagumi apa yang dilihatnya di depan mata. Semuanya sungguh indah. Benar-benar menggamit perasaannya.

Sampaikan dia tidak mampu bertahan lagi daripada berenang bebas menyaksikan khazanah lautan.
Jun Myeon membiarkan saja, dengan adanya Jerung yang mengawasi setiap pergerakan Se-yeong..tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya dalam keadaan terkawal. Dia memerhatikan saja gelagat Se-yeong yang begitu teruja sejak dari tadi lagi.

Sekejap-sekejap Se-yeong melambai-lambai ke arahnya. Kemudian datang mendapatkannya. Oh, telatahnya sungguh mencuit hati.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now