•01

307 37 1
                                    

12 tahun kemudian,

“Chae gyung, sudah sampai masanya untuk kita bawa Se-yeong ke lautan. Dia sudah besar sekarang. Dia tidak boleh selama-lamanya tinggal dalam kolam kecil ini. Air ini tidak mampu menampung oksigen yang dia perlukan.” Sen Tzu memula bicara.

Sudah agak lama sebenarnya mereka memikirkan tentang melepaskan Se-yeong ke laut. Tapi Chae gyung enggan. Bagaimana kalau nelayan berjaya menangkapnya?

Bagaimana kalau orang kampung nampak? Se-yeong masih budak lagi. Dia tidak tahu apa-apa. Macam mana dia mahu sara kehidupannya seorang diri di lautan.

“Saya rasa belum sampai masanya lagi. Se-yeong masih budak mama. Saya risaukan keselamatannya. Dalam laut tu, kita tak tahu bahaya jenis apa yang ada. Macam mana kalau Se-yeong tertangkap oleh nelayan? Saya risau mama.”

Kedengaran bergetar nada suara Chae gyung menuturkan baris-baris perkataan yang keluar dari mulutnya.

Mama melepas keluhan.

“Mummy, se-yeong takkan apa-apa. Lagipun laut itu bukankah dunia se-yeong yang sebenar? Se-yeong pasti akan rasa lebih selesa dan tenang di sana” Se-yeong mencelah. Mengukir senyuman manis di bibirnya yang munggil. Oh, manis sekali!

Chae gyung berpaling mendapatkan Se-yeong.

“Mummy tahu itu memang dunia kamu, kamu memang layak di sana. Cuma, Cuma mummy risau. Kamu tidak berada dalam jagaan mummy, dari pandangan mummy atau kakak kamu Se-jeong.”

“Mummy, apa yang nenek sen tzu katakan itu memang benar. Se-yeong mungkin sudah tidak boleh tinggal lagi dengan kita daratan, di dalam kolam kecil ini."

"Bukan ekornya saja yang memerlukan air, keseluruhan tubuhnya juga. Se-yeong mungkin boleh lemah kalau dia terus berada dalam keadaan begini.” Se-jeong cuba memulihkan keadaan. Meredakan ego yang mengusai ibunya.

Sen tzu mengangguk tanda setuju dengan kata-kata se-jeong.

Chae gyung menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya perlahan.

“Mummy, apa kata kalau kakak  temankan Se-yeong dalam air buat seketika bagi memastikan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Macam mana?”

Se-yeong memberikan cadangan.

Chae gyung mengangkat kepalanya.

“Betul tu mummy, Se-jeong boleh pergi dengan adik!” Se-jeong mengiakan cadangan adik kembarnya itu.

“Rasanya, itu cadangan yang bagus.” Sen tzu juga setuju dengan cadangan cucunya itu.

Nampaknya, semua sudah sebulat suara.

Chae gyung mengeluh seketika. Sesungguhnya, berat baginya untuk melepaskan anaknya yang seorang itu. Inilah yang paling ditakutinya.

Bahaya ada dimana-mana sahaja, kita tak tahu apa yang bakal jadi. Malang tidak berbau, sebab itu kita mesti sentiasa berhati-hati.

Namun, bila difikirkan semula, mungkin dia perlu berfikiran lebih terbuka dan rasional. Ini untuk kebaikan Se-jeong dan Se-yeong juga. Dia terlalu mengikut kehendak hati.

Sampaikan, kepentingan anak-anaknya juga dia lupa. Bukan apa, dia Cuma risaukan keselamatan nyawa anaknya.

“Baiklah. Mummy setuju.” Dengan hati yang berat, Chae gyung bersetuju untuk melepaskan se-yeong ke lautan.

. . . . . .

Berita tentang kehadiran Puteri Se-yeong ke laut sudah diketahui oleh seluruh kerajaan duyung di segenap penjuru lautan. Berita ini tersebar dengan cepat di serata lautan sekaligus mencetuskan kontroversi tentang pertukaran takhta dan tuhan lautan yang baru.

Permaisuri Tuanku Maharajalellah Chen Xiao sudah mengetahui perkara ini terlebih dahulu daripada ahli nujum istana dan dia sudah bersedia dengan segala kelengkapan untuk memastikan Puteri Se-yeong selamat di lautan.

Namun, mengikut ramalan ahli nujum istana. Akan terjadi satu tragedi yang bakal menimpa keluarga Se-yeong yang berkaki di darat.

Mereka akan mendapati tubuh badan Se-yeong yang salah, terdampar di batu-batu tebing laut selepas berlakunya ombak besar membadai pantai Kampung Cheotnun.

Mereka akan menganggap bahawa Se-yeong sudah mati dan akan berpindah dari kampung tersebut. Sebaliknya, se-yeong masih selamat di lautan dan tidak mengetahui akan perkara tersebut.

Permaisuri Tuanku Maharajalellah Chen Xiao pada mulanya sedikit terkilan dengan apa yang bakal menimpa keluarga manusia Se-yeong, namun, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Mungkin itulah yang terbaik buat Se-yeong.

Memutuskan hubungan dengan manusia, bermakna se-yeong tidak akan sesekali memunculkan diri di daratan lagi. Kerana, sudah tiada apa-apa yang tinggal buatnya di sana. Sebaliknya, dia perlu membawa diri dan mulakan hidup baru.

Dan ianya akan bermula di sini, di Kerajaan Lautan Sze Chawn. Sebagai pewaris takhta dan tuhan segala lautan, Se-yeong perlu dilatih mulai usianya sebegini muda.

Dengan semua kuasa mutlak yang ada pada dirinya, jikalau digilap sudah pasti Se-yeong akan menjadi pemerintah yang paling berkuasa dan kuat.

Ya, Permaisuri Tuanku Maharajalellah Chen Xiao sudah merencanakannya siap-siap. Satu hari nanti, bila tiba masanya,dia akan menceritakan semula perkara yang sebenar kepada Se-yeong mengenai keluarga manusianya.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now