•04

240 22 8
                                    

Debaran di hati Chae gyung tidak pernah reda walau sesaat pun. Risau. Ya, itu yang dideritainya sekarang ini.

Kehadiran Se-yeong ke dalam laut telah mencetuskan fenomena yang mampu mengundang bahaya dan mengancam nyawanya.

Orang kampung sudah mulai mengesyaki macam-macam. Malahan, baginda Maharaja Shih Huang Ti juga turut mencemar duli bagi menyaksikan fenomena air laut yang aneh itu.

Bagaimana kalau baginda meminta ahli nujum istana untuk mengkaji rahsia disebalik fenomena air laut itu?

Bagaimana kalau mereka tahu bahawa Se-yeong angkara semua ini? Adakah penduduk kampung akan mengesyaki fenomena yang terjadi ini disebabkan oleh Duyung?

Oh! Hatinya tidak mampu bertenang. Degupan jantungnya semakin lama semakin laju.

Dia tidak mampu membuang pandang langsung ke tepi pantai. Dengan melihat orang kampung yang sedang mengerumuni persisiran pantai, mendengar bicara-bicara yang keluar daripada mulut orang kampung, itu menambahkan lagi kerisauannya.

Chae gyung jadi tidak keruan. Mundar-mandir saja dia dari tadi. Binggung! Memikirkan keselamatan Se-yeong.

“Mummy, bawa bertenang. Se-yeong takkan apa-apa. Tidak mungkin dia akan tunjukkan dirinya di hadapan manusia. Dia tahu itu bahaya.”

Pujuk Se-jeong yang juga turut risau melihat gerak-geri ibunya yang resah tidak tentu pasal.

Chae gyung memgang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya sambil melepaskan nafas kasar.

“Macam mana mummy nak tenang, adik kamu ada dalam laut tu. Macam mana kalau dia tertangkap? Macam mana kalau orang kampung anggap yang, yang semua ni sebab ikan duyung? Hah? Kalau ada orang nampak adik kamu macam mana?”

“Dia masih budak lagi! Dia hanya tahu berseronok saja! Kamu berdua baru berusia 10 tahun.”

Laju Chae gyung menuturkan kata-katanya. Risau yang teramat. Berutubi-tubi persoalan yang terungkap dari bibirnya.

Sen tzu memerhatikan sahaja gelagat anak perempuannya itu. Tidak tahu mahu kata apa lagi, semuanya tidak jalan.

“Sudahlah tu chae gyung. Kamu tak perlu risau sampai macam tu. Kamu macam orang gila, tau!?”

“Mama, macam mana saya tak risau, anak saya sekarang ni dalam bahaya! Macam mana kalau jadi apa-apa? Kalau saya yang susah tidak mengapa, tapi kalau mereka cuba mengapa-apakan Se-yeong?”

Chae gyung seperti mahu menangis.

Sen tzu hanya menggelengkan kepala.

Lantas Se-jeong mendapatkan ibunya lalu memeluknya. Menangkan sedikit kerisauan yang melanda ibunya ketika ini.

“Mummy, se-jeong tau mummy risau. Se-jeong pun risau, nenek juga. Kita semua risaukan se-yeong. Tapi mummy tak perlulah sampai macam ni. Baik, esok se-jeong pergi jumpa se-yeong dekat laut. Tengok keadaan dia macam mana, dan bagitahu dia apa yang dia patut buat dan tak”

“Mummy boleh bagitahu semuanya pada se-jeong, nanti se-jeong akan sampaikan pada se-yeong. Supaya mummy boleh rasa lega sedikit. Ya?”

Se-jeong memandang tepat ke arah ibunya. Ada sinar harapan yang penat dibaja, harap akan keluar pucuknya.
Chae gyung diam seketika. Dia mengeluh seketika sebelum menjawab.

“Be, betul ni? Kamu boleh pergi cari adik kamu dan sampaikan semuanya yang mummy nak katakan pada se-yeong?” soal Chae gyung sambil menyapu lembut kepala Se-jeong.

Se-jeong tersenyum. Syukurlah kalau ibunya sudah mulai berlembut hati dan mudah untuk dibawa berbincang.

“Ya mummy.”

Chae gyung masih berkira-kira untuk berkata-kata.

“Mummy, mummy masih ragu-ragu ke? Mummy, dengar sini, sudah-sudahlah berfikiran yang bukan-bukan. Mummy Cuma terlalu memikirkannya, itu yang mengganggu ketenteraman jiwa mummy.”

“Ya, mummy tahu. Mummy minta maaf sayang. Mummy Cuma, Cuma terlalu sayangkan kamu berdua adik-beradik. Mummy risaukan keselamatan kamu. Lebih-lebih lagi adik kamu.”

“Ini adalah yang terbaik untuk kamu dan anak-anak kamu. Kalau terus-terusan Se-yeong tinggal di darat bersama kita...dengan kolam yang ada sekarang ini. Se-yeong hanya akan mati dengan sia-sia. Kamu kena ingat, ini bukan dunia dia.”

“Bukankah kamu kata, Se-yeong itu tuan puteri di lautan. Jadi, sudah tentu Se-yeong mempunyai kuasa magis yang mampu mempertahankan dirinya dari bahaya. Bukankah satu kemestian bagi kerabat diraja duyung untuk memiliki kuasa di lautan. Kerana mereka tuhan lautan. Seperti yang dikatakan mendiang suami kamu, Sowon.”

“Sudahkah kamu lupa?” Sen tzu mencelah. Menyedarkan Chae gyung yang karam dalam melayan perasaan sendiri.

Kata-kata itu bagaikan menyimbah air ke api yang sedang marak. Sekaligus meredakan debaran di dadanya. Ya, itu benar.

Mendiang suaminya pernah menceritakannya dahulu. Hanya kerabat diraja ikan duyung sahaja yang memiliki kuasa sakti.

“Namun, Se-yeong masih budak. Mungkin, dia tidak tahu menggunakan kuasanya. Lagipun, kita tidak pernah mengatakan perkara ini kepadanya.”

Se-jeong menghembus nafas.

“Kuasanya akan keluar dengan sendiri jika dia dalam keadaan yang terdesak. Mummy jangan risaulah.”

Chae gyung hanya diam membisu. Oh, Se-jeong tidak suka ini.

Perbincangan mereka selalu tergantung disebabkan sikap ibunya yang terlalu mementingkan pendapat sendiri. Dia mungkin masih budak, jadi ibunya tidak begitu memperduli akan bicaranya.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now