🍁 - 3

75K 4.3K 391
                                    

"Ayra !! Mana kau ni pekak badak punya budak"

Awal-awal pagi mak Leha sudah terjerit-jerit seperti orang gila memanggil Ayra Husna sambil bercekak pinggang .

"Ye makcik Ayra datang sini"

Ayra Husna bergegas mendapatkan mak Leha . Dia takut jika dia tidak mendengar kata-kata mak Leha , dia akan didera .

"Kau ambil duit ni lepastu kau pergi kedai pak Mail belikan aku biskut coklat tu . Lepas beli je kau balik cepat . Kalau ada orang tanya kenapa lebam-lebam tu , kau kata je kau jatuh . Kalau aku tahu kau cakap aku dera kau memang siap kau aku kerjakan"

Mak Leha yang sedang duduk bagaikan permaisuri di atas sofa itu membaling duit tersebut pada Ayra Husna . Ugutan yang diberi cukup membuatkan Ayra Husna berasa takut .

Ayra Husna mengambil duit yang terjatuh di atas lantai tersebut . Usai memakai shawl berwarna hitam dia terus pergi ke kedai dengan berjalan kaki .

Kelihatan tubuh kecil dan pendek Ayra Husna sedang berjalan di tepi sawah . Hanya jalan itu lah yang membawanya ke kedai pak Mail . Sambil berjalan dia menghirup udara yang segar dari sawah padi yang terbentang luas itu .

                              🍃🍃🍃

"Apa kita nak buat dekat kampung yang ada sawah padi ni Zack ?"

Danny yang kebingungan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu memandang wajah kacak dan dingin Zack Marquez dengan penuh tanda tanya .

"Kita datang sini sebab nak melawat kawan papa aku . Tapi aku lupa mana rumah dia . Entah-entah kita silap jalan kot"

Zack Marquez yang berada di tempat duduk sebelah pemandu hanya menjawab pertanyaan Danny dengan muka selamba . Walaupun kata-katanya itu cukup menyakitkan hati Danny .

Mana tak nya , dah 2 jam perjalanan dan rupanya mereka pergi tanpa hala tuju . Kasihan pada Danny sebab dia yang memandu . Zack hanya duduk disebelah sahaja dengan muka dinginnya tu .

"Tak guna punya kawan . Kau ingat aku tak penat ke drive jauh-jauh ni . Ke kau sengaja nak dera aku ha"

Api kemarahan Danny sudah membara namun itu tidak memberi apa-apa kesan pada Zack Marquez .

"Diam lah , biar aku call papa aku . Suruh dia share location . Bising betul lah mulut kau macam mulut tempayan"

Zack Marquez memandang Danny sambil tersenyum sinis pada rakan karibnya itu . Danny hanya berani dengan Zack Marquez apabila di luar waktu kerja sahaja . Apabila dalam waktu kerja , Zack Marquez terus berubah jadi seorang yang kejam dan dingin .

"Ha cepat sikit . Punggung aku dah naik kematu dah ni"

Rungut Danny sambil mengusap punggungnya di depan Zack untuk meraih simpati . Tapi Zack hanya memberi satu tumbukan pada punggungnya yang leper itu .

"Aku keluar kejap cari line . Line kat kampung ni tak berapa nak okay sangat .

Setelah menumbuk punggung Danny , Zack terus keluar untuk mencari line . Danny hanya memandang Zack sambil mengusap punggungnya .

"Tak guna punya jantan . Sedap dia je nak tumbuk punggung aku ni . Dah la aset berharga aku . Nasib baiklah kau boss aku , kalau tak memang aku balas balik"

Terserlah kemarahan Danny tapi dia cuba menahan daripada meletus . Kalau nak dibandingkan dengan api kemarahan Zack , memang tak tertanding dengan dia .

        
                                  🍃🍃🍃

Zack Marquez yang keluar daripada kereta Lamborghini berusaha mencari line untuk menelefon papanya .

little girl & MAFIA Where stories live. Discover now