🍁 - 10

74.3K 3K 189
                                    

Di dalam hujan yang lebat membasahi bumi kedengaran suara gadis sedang menangis dan penuh dengan kesedihan di dalam hidupnya . Hanya dengan menangis sahaja gadis itu dapat melepaskan bebanannya walaupun sedikit .

Ayra Husna yang kesejukan kerana bajunya habis basah disirami air hujan yang lebat . Dia duduk dengan berpeluk tubuh di sebuah busstop yang kecil tanpa hala tuju . Dia hanya sehelai sepinggang . Tiada duit , kad pengenalan mahupun telefon bimbit .

Tangisannya semakin kedengaran walaupun halus . Tersedu-sedu dia menangis kerana hatinya amat sakit apabila dihina oleh perempuan yang dia tidak pernah kenal .

"A...aku dekat mana ni ? Ya Allah tolonglah hambaMu ini . Lindungilah aku Ya Allah"

Ayra Husna hanya mampu merintih dan berdoa meminta pertolongan daripada yang Maha Esa .

"Mak ayah Ayra takut . Ayra nak mak dengan ayah . Ayra taknak tinggal dengan encik Zack . Kenapa mak dengan ayah tinggalkan Ayra . Ayra dah tak de sapa-sapa dah sekarang"

Ayra Husna menggenggam kedua belah tangannya lalu disatukan . Air mata yang semakin deras mengalir dibiarkan . Hari yang sudah lewat malam . Bahaya jika anak dara keluar pada waktu begini .

Tiba-tiba kedengaran suara seperti wanita tua sedang memanggil .

"Nak oh nak , buat apa dekat sini bahaya"

Seorang wanita tua dan suaminya berdiri di hadapan Ayra Husna . Kedua-dua orang tua itu kelihatan baik dan dia cuba untuk menolong Ayra Husna .

"Sa...saya"

Tiba-tiba tubuh kecil itu jatuh pengsan . Kedua-dua orang tua itu agak panik . Mereka memapah Ayra Husna masuk ke dalam kereta . Dia membawa Ayra Husna pulang ke rumahnya . Mereka berniat baik untuk menolong Ayra Husna .

Rumah mereka tidak lah sebesar dan semewah rumah agam Zack Marquez . Tapi rumah itu cukup untuk melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan . Rumah mereka hanya rumah biasa tapi cukup kemas dan cantik .

 Rumah mereka hanya rumah biasa tapi cukup kemas dan cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🌹🌹🌹

Ayra Husna tersedar dari pengsannya setelah beberapa jam tidak sedarkan diri . Dia berasa pelik kerana berada di dalam bilik yang agak cantik dan kemas . Dia tahu itu bukan bilik yang dia duduki semasa berada di rumah Zack Marquez .

Dia menggosok matanya berkali-kali untuk melihat keadaan bilik itu dengan jelas . Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik yang dibuka dari luar .

"Assalamuaikum , ha nak dah bangun pun"

Kedengaran suara lembut wanita tua yang telah menyelamatkannya pada malam itu .

"Waalaikumsalam , sa...saya dekat mana ni ? Puan si...siapa ?"

Ayra Husna yang terbaring di atas katil itu terus bangun dan berdiri di hadapan wanita tua itu .

"Jangan takut nak . Anak sekarang ni ada dekat rumah nenek . Nama nenek Hanani , nenek tinggal dengan semua nenek . Tapi anak boleh panggil nenek Nek Nani"

little girl & MAFIA Where stories live. Discover now