Hayazikajirangtae: KEMATIAN MATAHARI

216 12 2
                                    


Pagi lagi aku sudah layan permainan video di komputer. Sedang enak melayan, dentuman kuat mula tempias terkena bumi sehingga keadaan bumi bergegar.

Sangkaku mungkin ini gempa bumi. Fenomena semula jadi yang biasa berlaku di negara kami. Aku tidak ambil serius.

Dentuman kuat lagi tercetus membuatkan tetikus jatuh ke lantai. Permainan video terganggu dan aku pasrah. Aku berhenti bermain.

Aku membuka internet melalui telefon. Dari atas hingga bawah, kecoh mengatakan satu kecelakaan bakal berlaku. Aku membuka artikel itu.

'NASA meramalkan bahawa Matahari mencapai tahap mati dan menghasilkan lohong hitam. Matahari didapati akan berkembang dan berkemungkinan memakan planet terdekat. Manusia diminta berpindah ke planet lain untuk meneruskan hidup.'

Aku berhenti membaca. Aku tahu matahari pasti akan mati kerana telah tercatat di dalam Al-Quran sebelum para-para ilmuan menemuinya. Takkanlah dalam masa terdekat?

Aku berlari keluar dari rumah. Keadaan sekeliling aku lihat. Jelas keadaan bumi semakin gelap. Suhu juga semakin menurun.Takkanlah secepat ini?

Aku perasaan seorang pakcik di sebelahku. Dia juga sama berdiri dan mendongak langit. Aku menegurnya.

"Pakcik, situasi makin teruk. Kenapa pakcik masih tenang?" Soalku hairan.

Pakcik itu senyum.

"Bumi akan mati."

Sepatah ayat membuatku kelu.

"Bumi tidak mampu bertahan. Suhu bumi akan mencecah -400°C. Semua makhluk hidup akan mati. Bintang-bintang akan jatuh kerana kehilangan tenaga. Kemungkinan akan jatuh ke bumi." Ujarnya.

Aku mengangguk. Aku lihat kawasan perumahanku. Penduduk-penduduk di situ agak kecoh. Mereka terjerit melolong ingin hidup.

"Sekarang, suhu sudah mencecah -180°C." Pakcik itu bersuara.

Aku hairan. Bagaimana pakcik itu tahu segala-galanya? Suhu semakin sejuk, tapi dia tidak kelihatan menggeletar.

Bumi kembali bergegar. Aku lihat pakcik itu masih cekal berdiri sedangkan aku dan manusia yang lain sudah jatuh ke tanah.

"Itu tanda matahari meledak?" Aku menyoal.

"Matahari tidak cukup besar untuk meledak dalam supernova yang luar biasa." Balasnya.

Bumi bergegar lagi. Kali ini, aku lihat langit. Kelihatan sesuatu objek mula jatuh menghujani bumi. Aku lihat pakcik itu masih diam berdiri.

"Pakcik, tempat ni tak selamat. Jom!" Aku menarik lengan pakcik itu dan meneruskan berlari sebelum objek itu jatuh ke tubuh.

Aku toleh ke belakang. Semua manusia rentung dihempap objek itu.

"Objek itu adalah meteor." Terang pakcik itu.

Aku masih berlari bersama pakcik itu sejauh yang mungkin ke tempat yang agak selamat.

Kami berhenti setelah mendapati tiada lagi meteor jatuh. Aku terduduk menahan lelah. Pakcik itu masih kelihatan tenang.

"Penduduk-penduduk bumi yang masih hidup, kami akan cuba selamatkan anda semua. Mohon bertahan."

Setelah mendengar pengunguman itu, aku bersorak gembira.

"Pakcik! Ada kapal angkasa datang selamatkan kita!"

"Penipu. Mereka hanya memberikan harapan palsu. Mereka selamatkan orang tertentu dan terpilih saja. Kapal mereka muat-muat 500 000 penumpang. Kita ini bukan siapa-siapa. Lagipun, kapal mereka bakal meletup."

Kata-katanya mematikan keterujaanku. Kemusykilan menjentik akalku.

"Siapa pakcik untuk tahu semua ni?" Soalku ingin tahu.

Sebelum dia menjawab, ada kapal angkasa besar berada di atas kami. Aku melambai tangan memberi isyarat. Belum sempat kapal angkasa itu pergi, ia meletup jatuh meredah bangunan.

"Aku merantau ke masa depan menggunakan mesin masa. Kerana itu, aku tahu segala-galanya." Jawabnya.


 -Tamat-

Antologi Fiksyen MikroWhere stories live. Discover now