sugachip: CREEPYPASTA

176 8 2
                                    


Pada akhirnya, hanya aku seorang yang tinggal. Rumah Hazrina yang menjadi sunyi sepi selepas aktiviti paranormal berlaku dirumahnya.

2 minggu sebelumnya...

"Haz, kau pernah dengar tak kisah paranormal yang pernah berlaku dekat bandar kita ni?" Soal Nadhirah. "Aku rasa dia tak pernah dengar." Sambung Akasya. "Memang, kau pun tahu kan aku tak suka dengar creepypasta ni." Balas Hazrina. "Tapi, ni lain. Benda ni berlaku setiap 5tahun, dan benda tu akan berlaku tahun ni." Kata Nadhirah.

"Cerita dia pasal apa? Kau jangan nak menipu Nad!!" Marah Hazrina. Nadhirah dan Akasya menutup pintu bilik dan menarik kerusi menghampiri Hazrina yang berada diatas katil.

"Cerita dia macam ni, 50tahun lepas. Rumah atas bukit dekat pinggir bandar tu ada keluarga bahagia. Tapi sejak anak lelaki dengan anak perempuan mereka balik dari 'camping' dalam hutan semua berubah. Dengar cerita anak lelaki dia dengan kawan-kawan dia main 'Spirit-spirit of the coin' aku rasa masa tu benda tu mula ikut anak lelaki dia. Anak lelaki tu nama Amran dan yang perempuan tu Ayu." Hazrina tekun mendengar sahabat karibnya bercerita.

"2bulan lepas tu, Ayu mula diganggu. Lepas tu, Ayah dengan Mak diorang ni pasang cctv dalam rumah sebab takut ada orang sengaja nak kacau keluarga mereka. Seminggu lepas pasang cctv. Keluarga ni tengok balik semua rakaman sepanjang minggu tu, dan memang ada kelibat yang ada orang dalam rumah tu. Tapi sebab mereka semua tak percaya, sorang demi sorang dari keluarga tu mula sakit dan mati. Yang paling akhir mati adalah Amran, dengar cerita Amran bunuh diri." Sambung Akasya.

"Ahli keluarga dia mati sebab benda tu ke?" Soal Hazrina kepada sahabatnya. "Aah, tapi benda tu tak bunuh Amran sebab, Am punca dia kembali ke dunia ni. Tapi bila Amran mati, dia dah tak ada tuan dan setiap 5tahun dia akan buat kacau dalam salah satu keluarga dalam bandar ni. Tapi takda siapa tahu keluarga mana pilihan dia kali ini. Lagipun susah nak tahu sebab benda tu hidup dalam bayang bayang manusia." Kata Syaza yang masuk ke dalam bilik Hazrina.

" Kata Syaza yang masuk ke dalam bilik Hazrina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu berlalu selepas Hazrina mendengar cerita dari sahabat-sahabatnya. Kerisauan sentiasa ada dalam fikirannya. Hazrina melihat ke laman rumah dan dia terkejut apabila melihat bayang manusia pada buaian tetapi tiada siapa disitu.

Bayang-bayang, itu tiba tiba menoleh ke arah Hazrina. Dia terus menutup langsir.

 Dia terus menutup langsir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Benda tu perasan aku?Tak mungkinlah. Mungkin aku punya perasaan je kot." Hazrina bebelnya seorang diri.

Jam menunjukkan 11malam Hazrina dan keluarganya masih diruang tamu, menonton filem bersama-sama. "Haz, kamu kenapa muka resah ni?" Kakaknya menyoal. "Oh, takde apa." Balas Hazrina ringkas. Semasa sedang menonton filem tersebut, Hazrina melihat bayang-bayangnya bergerak sendiri dan dia terdengar bisikan. "Keluarga kau bahagia, macam keluarga tuan aku. Mereka patut mati." Suara tersebut jelas kedengaran.

Hazrina terus bangun dan meninggalkan ruang tamu. Hazrina terus naik ke bilik dan cuba untuk tidur. Hazrina mula merasa rimas, dia mengubah posisinya beberapa kali. Dia dari posisi baring terus berubah kepada posisi duduk. "Kak Haz! Tolong" Suara adiknya jelas kedengaran. Hazrina bergegas bangun dan berlari ke tangga. Langkahnya terhenti apabila melihat Ibu bapanya terbaring tidak sedarkan diri.Hazrina merasakan badanya seperti ditolak seseorang, dia terjatuh dari tangga dan tidak sedarkan diri.
———————————————
Bunyi siren polis dan ambulans jelas kedengaran dan menyebabkan Hazrina tersedar. Hazrina menoleh ke belakang dan melihat mayat ahli keluarganya terbaring di ruang tamu. Ruang tamu dibanjiri darah ahli keluarganya. "Adik, bawa bertenang. Jangan bergerak, kita akan ke hospital selepas ini." Paramedik cuba menenangkan Hazrina. "Keluarga aku, menjadi mangsa kali ini. Kenapa mesti keluarga aku? Kenapa kau mesti pilih aku? Apa salah keluarga aku dengan engkau?!" Geram Hazrina. Air matanya mengalir dipipinya. Hazrina dibawa keluar oleh paramedic dan dibawa pergi. Pada akhirnya, hanya aku seorang yang tinggal.

-TAMAT-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Antologi Fiksyen MikroWhere stories live. Discover now