farisjamalFJ: Culik

127 7 0
                                    


"Aku sudah siap. Kamu orang?" Zahied menanyakan rakan komplotnya yang lain dari dalam bilik persalinan. Dia mengenakan uniform pengawal keselamatan lapangan terbang, lengkap dengan rompi kalis peluru dan pistol Sig Sauer tersisip rapi dipinggang. Radionya dihidupkan, kemudian dia memakai fon telinga.

Rakan komplotnya yang lain, sudah menunggu diluar bilik persalinan turut mengenakan uniform yang sama seperti Zahied.

"Ok kita rumuskan kali terakhir langkah kerja kita. Aku dan Fatah akan iring rapat sasaran bila dia keluar dari pesawat, bawa terus ke bilik kuarantin dan gantikan dengan kamu Syahril. Kau akan menyamar jadi Kang Gary sebagai galang ganti untuk alihkan perhatian dibalai ketibaan nanti. Pakai topeng muka supaya tak dicam oleh sesiapa. Aidi dan Faruq akan iring kamu sepanjang masa sampai keluar dari lapangan terbang. Nanti kita ketemu semula di RNR Dengkil. Setakat ni ada soalan?"

Semua menggelengkan kepala tanda faham keseluruhan rencana.

"Mudah saja kerja kita kali ni. Cepat tangkap cepat kita lepas."

***

Pesawat KAL 0091 mendarat dengan selamat di KLIA1 setelah terbang selama 4 jam dari Seoul. Terdapat 232 orang penumpang didalam pesawat B777 itu, termasuk selebriti Korea yang menjadi kegilaan gadis muda bernama Kang Gary. Wajahnya tidaklah tampan mana, tapi disebabkan dia berperilaku bodoh-bodoh alang dalam rancangan televisyen dia disukai peminat yang fanatik mengalahkan pelaku terror dari Selatan Mindanao. Lawatan ke Kuala Lumpur kali ini adalah untuk mempromosikan filem. Filem apa Zahied dan rakan-rakan komplotnya tidak peduli, kerana yang mereka tahu lelaki bernama Kang Gary harus diculik dan dibawa kepada klien mereka.

Sejurus keluar dari pesawat Zahied dan Fatah menyambut Gary dan mengiringi beliau ke pusat kuarantin. Kakitangan dan pengiring selebriti itu mahu menuruti tetapi dihalang keras dan diminta menunggu dibalai ketibaan sahaja. Disana nanti Syahril akan menjadi galang ganti tanpa sesiapa sedar.

***

Syahril berjalan keluar menuju tempat bagasi, dimana kakitangan Gary tadi sudah menunggu. Bagasi diambil lalu mereka berjalan keluar melalui pintu ketibaan. Diluar kalangan peminat sudah menanti dengan kalungan bunga, sepanduk dan telefon bimbit menjerit seolah terkena histeria. Dengan pantas kumpulan itu menyerbu sebaik sahaja Gary dilihat melepasi pintu utama.

Kalangan pengiring rapat mengawal keadaan, begitu juga pengawal keselamatan lapangan terbang dan polis bantuan yang bersedia menghadapi kekecohan.

***

Zahied dan Fatah membawa Gary diatas kerusi roda yang mana dia sudah pening lalat akibat suntikan sedatif ketempat letak kereta dimana seorang lagi rakan mereka Johan, menunggu didalam MPV berwarna hitam. Sebaik tiba mereka masuk kedalam kenderaan tersebut, Gary bersama Zahied dan Fatah disambut oleh seorang gadis.

"Bagus kerja kamu. Saya sangat berpuas hati. Cuma kenapa Gary macam mamai?" Ann membuka bicara.

"Mabuk tu. Lagi lima minit sedar." Zahied membalas,

***

Di RNR Dengkil, pertukaran berlaku antara galang ganti dan selebriti sebenar tanpa sebarang masalah. Gary kembali kepada kakitangannya yang mengiring manakala Syahril kembali kepada kumpulannya. Tiada siapa yang sedar apa yang berlaku.

Apapun, Anna adalah orang yang paling gembira. Swafotonya eksklusif bersama Gary dan autograf selebriti tersebut dimuatnaik ke laman Instagram dan mencapai tahap tular dimedia sosial merebak seperti virus MERScoV. Anna sangat berpuas hati.

"Encik Zahied, bayaran khidmat kamu saya sudah majukan." Kata Anna sambil tersenyum.

Antologi Fiksyen MikroWhere stories live. Discover now