Urstlkr: Giant Hyrab

153 7 0
                                    


Aku werewolf terakhir yang hidup di belantara InderaSakti ini. Werewolf lain sudah berhijrah kerana menghindari GiantHyrab yang tak pernah puas menyalahkan werewolf dalam kepupusan kaum mereka.

Hanya tinggal aku disini, serigala jadian lagenda. Nanti aku pun turut ingin berhijrah, tapi buat masa ini. Aku mahu berehat di sini sahaja.

Sudah 7 tahun lamanya aku merantau. Mencari emas dan membunuh makhluk yang mengganggu perkampungan manusia atau bunian.

Sekarang aku mahu berehat dari dunia luar. Cukuplah haiwan di hutan ini sebagai makanan aku.

Malam sudah menjelma, baru saja aku ingin terlena, deria serigala aku menangkap seseorang memerhati aku dari tingkap.

"Lagenda..."

Aku bangun mendadak, terus aku terdengar seseorang melarikan diri menempuh semak yang tebal di persekitaran rumah ini. Sempat aku menangkap kelibatnya, gadis bermantel merah. Berambut panjang dengan telinga bak arnab. Aku sangsi. Dia tahu aku lagenda?

Pagi itu, aku keluar memburu rusa. Tangkas aku membaham lehernya. Darah terpercik di hidung. Ah, nikmatnya bauan ini. Bauan yang tidak puas dihidu walaupun sudah berzaman aku hidup dengan aromanya.

Apabila rusa itu sudah tinggal tulang, aku mencari sungai untuk bermandi pula. Selama 7 tahun ini, memang aku tak pernah mandi dengan rasminya. Selalu mandi guna air hujan saja.

Usai mandi, aku lalu ke kawasan rusa tadi. Aku berkerut. "Dimana tulang-tulang tadi?"

"Krak!" Bunyi ranting dipijak.

Bulat mataku mencari arahnya. Sekali lagi aku ternampak kelibat gadis bermantel merah itu. Tak sempat aku menangkapnya, dia sudah menghilang sekali lagi.

"Isk! Jika aku temui sekali lagi. Takkan aku lepaskannya!" gumamku sebelum kembali ke rumah.

Malam itu, aku keluar awal sendirian di hutan nan gelap. Bosan, selalunya malam-malam begini, aku langsung tiada masa untuk tidur. Sibuk berjalan dan melakukan pemburuan.

Aku berbaring di tengah hutan, melihat bintang yang bergemerlapan di langit sambil melapah seekor burung. Cantik saja, tenang aku dibuatnya.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi derap kaki seseorang berjalan menyusuri semak. Aku pantas mengikutinya dari belakang dengan senyap. Gadis bermantel merah itu lagi, dia mengendap rumahku!

"Ish! Di mana lagenda itu?" monolognya dengan geram.

"Hey gadis! Kenapa kau ke mari?" Aku menegurnya dengan kasar. Dia berpaling dengan wajah yang terkejut memandang aku. Mungkin terkejut kerana aku memunculkan diri dengan fizikal manusia.

"A—awak siapa?" tanyanya takut-takut. Dia menunduk dan menggentel mantel merahnya.

"Aku pengembara hutan. Kau?" tipu aku.

"Awak tak takutkah pada sang lagenda?" tanya dia dengan riak teruja, mengubah topik. Namun aku langsung terpedaya kerana terlalu berminat untuk mengetahui tentang matlamat gadis arnab ini.

"Siapakah itu?"

"Dia serigala jadian dari keturunan lagenda! Amat gagah orangnya! Saya ke sini untuk menghendapnya. Jangan beritahu sesiapa. Sebenarnya, saya jatuh cinta..." Tanpa sebab gadis itu memberitahu aku. Sungguh naif bila dilihat. Dengan rupa yang comel dan cantik. Dia gadis hybrid arnab.

"Oh. Bukankah kau sedang mengganggu privasinya dengan melakukan sedemikian?" Sejujurnya aku sedikit terkesima. Dia cinta aku?

"Iyakah? Saya—saya cuma... Hiks." Tiba-tiba dia menangis. "Habis bagaimana?"

"Bertemulah dengannya esok pagi. Aku yakin dia sudi terima kau sebagai tetamu."

Gadis itu senyum kembali. "Iya! Terima kasih pengembara!" Terus dia pergi dengan wajah yang sungguh gembira. Aku tersenyum, aku jatuh cinta juga?

Pagi itu, seperti yang aku jangka, gadis itu datang walaupun dengan wajah gentarnya.

"Siapa kamu?" Aku memulakan perbualan memandangkan dia sungguh malu untuk bersuara.

"A... Aeya Ran."

"Cantik nama itu. Seperti tuannya."

Wajahnya bertukar merah. Ekornya juga tak habis menggedik.

"Sebenarnya... Saya suka kamu," jujurnya.

"Tapi... dendam lagi penting untuk aku langsaikan." Tubuhnya berubah kepada GiantHyrab atau Hibrid Arnab Gergasi. Aku terlalu terkejut. Tak sempat aku bertindak, dia terus memenggal kepalaku.

"Kekallah kau sebagai lagenda, sang pemusnah kaumku. Bodoh, ingat aku tidak tahu? Yang semalam itu kamu? Terima kasih, kau mudahkan kerjaku."

-Tamat-

Antologi Fiksyen MikroWhere stories live. Discover now