Bab 18

710 65 0
                                    

Solar masuk ke dalam bilik iaitu bilik tetamu. Bilik itu macam dah lama tak guna. Dah berhabuk dan bersawang. Tapi syukur je la..

"Berhabuk betul..kena kemas ni.."

Solar mengangkat lengan baju nya untuk kemas bilik itu.

S
I
P

T
I
M
E

Sudah pukul 10 malam. Solar sudah terbaring penat di atas katil. Kemas betul dia buat. Semua nya disusun rapi. Tok Aba masuk ke bilik untuk melihat Solar. Terkejut Tok Aba melihat dia sudah tertidur sambil memegang penyapu.

"Hmm..penat sangat budak ni..rehat lah ya?"

Tok Aba mengambil penyapu itu dan mengangkat Solar ke atas sedikit kerana dia tidur di hujung katil. Dia menyelimut kan Solar dan mencium dahi nya lalu pergi.

Pagi Kemudian..

"Huah.."

Perkataan pertama yang disebut sebelum mengeliat. Lenguh satu badan sebab kemas bilik tetamu ni.
Dia mengubah posisi kepada duduk sambil menggosok mata.

"Solar dah bangun ke?" Soal Tok Aba.
"Hmm..dah pukul berapa ni tok?"
"Pukul 10 pagi" Jawab Tok Aba.

Terbeliak mata Solar mendengar jawapan itu. Dah pukul 10? Lambat nya dia bangun.

"Apa?! Dah pukul 10? Kenapa atok tak kejut Solar?"

Solar mengambil tuala yang berada di situ dan berlari ke bilik mandi. Tapi dia tersedar sesuatu..

"Aku tak bawak baju tukar! Apa yang aku nak pakai nanti?"

Solar patah balik ke bilik untuk tanya Tok Aba.

"Atok.. Solar tak de baju untuk tukar nanti.. macam mana ni?" Soal Solar.
"Hmm..Tak pe! Kamu mandi dulu, nanti atok bagi"
"Ok"

Solar menjawab ringkas lalu pergi semula ke bilik mandi.

S
I
K
P

T
I
M
E

Selesai mandi, Tok Aba memberikan satu baju T lengan panjang berwarna putih dan seluar jeans pada Solar.

"Baju siapa ni?" Soal Solar.
"Oh..ini baju lama.. memang ada dekat almari bilik tu..atok pon dah lupa baju siapa ni"

Solar menggangguk dan terus pergi ke bilik untuk menukar baju. Baju Solar sebelum ni Tok Aba telah meletakkan nya di mesin basuh.

"Muat.."

Selepas memakai baju, dia mengambil topi nya dan keluar dari bilik. Ketika Solar hendak memakai cermin mata, dia terlanggar Ice yang juga lalu di situ.

"Jalan tu tengok la depan! Bukan tengok bawah!"
"Er.. sorry aku tak.."
"Ah! Semua sorry je! Dah la!"

Ice sempat melanggar lengan Solar dengan sengaja. Solar memandang Ice yang sedang turun tangga dengan perasaan tak puas hati.

"Apasal la dia tu marah sangat kat aku.. pencuri tu terlepas je."

Solar membebel sorang-sorang sambil berjalan ke tangga. Tapi dia perlu pujuk Ice juga untuk kembali ke dimensi asal kalau tak, mesti Adudu akan buat sesuatu. Solar mencari kelibat Ice di sekitar rumah tapi tiada.
Dia memutus kan untuk ke laman belakang. Dia membuka pintu dan terkejut melihat Ice berada di situ sambil duduk di balkoni. Solar mendekati Ice dan...

"Ice..aku nak bagitahu sesuatu ni..aku harap kau boleh.."
"Tak nak!!"

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now