Bab 21

746 61 1
                                    

Pada malam itu Solar tidak boleh tidur kerana syarat baru yang Adudu buat. Dia menekup muka dengan kedua-dua tangan.

"Macam-macam betul si Adudu ni.."

Solar bercakap dengan muka nya yang masih ditekup. Setelah beberapa minit barulah dia tertidur.

Pagi Kemudian...

Ice dengan yang lain berada di Gerai Tok Aba berbual kosong manakala Solar dan Tok Aba sedang membersihkan meja. Tak ramai yang datang hari ni..

"Atok tak tahu nak pujuk macam mana lagi Solar.."
"Hmm..tak pe..saya terima je yang saya akan lenyap macam tu je..😞"

Solar menunduk ke bawah dengan muka sedih. Bukan setakat dia akan lenyap saja..dia tak dapat menyelamatkan pecahan dia. Tiba-tiba..

Kaboom!!(Erk..😅)

Satu bunyi letupan kedengaran dari pekan. Mereka bergegas ke sana. Keadaan disitu agak teruk. Banyak bangunan dan rumah yang musnah seperti ditembak meriam.

"Apa yang jadi kat sini?" Soal Yaziq.
"Teruk nya keadaan kat sini.."

Disebalik asap tebal, kelihatan satu susuk tubuh yang sedang memegang sesuatu. Ia pencuri yang terlepas tu!

"I..itu kan pencuri tu!" Kata Ying En.
"Hahaha! Aku akan hapus kan bandar ni!"

Pencuri itu memegang bazooka yang sama. Dia menembak satu pondok kecil dan ia musnah.

"Berhenti sekarang!!" Arah Ice.
"Tak kan! Dengan hasil curian aku, aku akan lebih mudah untuk dapat senjata dan hapus kan seluruh bandar ni kemudian perintah nya!"

Dasyat juga penjahat macam ni. Pencuri itu gelak dengan jahat nya kemudian sambung buat kerja gila nya iaitu hapus kan benda.

"Kita kena halang dia!" Kata Ice lagi.
"Baik"

Mereka mula menyerang pencuri tu.

"Graviti pemberat!"

Pencuri itu jatuh ke tanah akibat graviti pemberat itu. Tiba-tiba satu peluru pepandu terkena Yaziq dan membuatkan dia tercampak jauh ke belakang akibat impak yang kuat.

"Yaziq!!"

Ying En berlari ke arah Yaziq yang terbaring agak jauh dari mereka. Namun Yaziq tidak sedar kan diri.

"Dari mana datang nya peluru tu?" Soal Fani.
"Tu! Ada sesuatu kat situ!" Kata Gina.

Mereka menoleh ke arah yang dikatakan oleh Gina. Terdapat satu meriam gergasi yang diperbuat daripada besi terkuat. Tapi bukan satu, tapi banyak lagi. Mereka semua terkejut.

"B.. banyak nya!😨" Kata Gina.
"Kita kena lawan jugak! Meriam Pembeku!"

Ice menghasilkan Meriam Pembeku dan menembak sebanyak mungkin ke semua meriam besi milik pencuri itu.

"Tembakan Pembeku bertubi-tubi!"

Kesemua meriam besi itu terkena tembakan tersebut lalu membeku. Tapi sesuatu yang tak dijangka berlaku..

"Meriam tu jadi robot?!" Kata Ice.

Meriam itu bertukar menjadi sebuah robot gergasi dan tembakan Ice tadi tidak memberi kan sebarang kesan.

"Alamak..t.. tembakan molekul!"
"Tendangan Laju!"
"Harimau Bayang!"

Gina, Ying En dan Fani membuat serangan secara serentak. Keadaan menjadi berangin dan berdebu akibat serangan tadi.

"Kita berjaya!!...Eh?!" Kata-kata Gina terhenti.

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now