Bab 50

722 69 6
                                    

Fang menarik tangan Solar dan mereka terus berlari sepantas mungkin. Solar masih lagi tergamam teruk hingga muka nya menjadi pucat lesu. Terkejut punya pasal. Mereka menyorok di belakang papan tanda besar di sebelah premis kecil.

"Kita kena pergi ke belah utara tapi dia ada pulak! Macam mana ni??" Fang bermonolog

Solar berfikir seketika untuk membantu Fang. Dan dia mendapat idea.

"Hah! Aku--"

KTANG!

Kata-kata Solar terhenti sama juga Fang apabila sebilah pisau tertacap di sebelah muka Fang. Hanya beberapa cm je untuk mengenai nya. Solar memandang ke arah dari mana pisau itu datang. Kelihatan Hali berada di atas bangunan  tak jauh di hadapan mereka. Fang terus menarik semula tangan Solar dan lari dari situ. Mereka dapat rasa yang Hali sedang mengejar mereka.

"Aku tahu nak buat camne!" Kata Solar.
"Ha--?"
"Gerakan Cahaya!"

ZUP!

Bayangan mereka berdua lenyap dari pandangan Hali.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ZUP!

Mereka berdua muncul di satu tempat di belah utara. Jauh dari kedudukan Hali. Fang terus terduduk sambil tercungap-cungap. Muka nya masih pucat. Begitu juga Solar.

"Nasib baik..." kata Fang.
"Yeah.."

Solar menanggalkan spek mata nya lalu mengelap nya. Fang bangun dari duduk nya.

"Jom..kita pergi tempat aku sebelum dia jumpa kita."

Solar hanya mengangguk lalu mengikut Fang berjalan dengan spek mata nya masih di tangan. Tak lama kemudian mereka tiba di sebuah rumah besar yang dipenuhi barang-barang lama di sekeliling nya. Ia juga agak jauh sedikit dari rumah-rumah yang lain.

"Dah sampai."

Fang berkata lalu menuju ke arah pintu. Dia menyedari yang Solar masih tidak berganjak ke mana-mana. Dia menoleh ke belakang untuk melihat Solar.

"Oi..! Kau tunggu apa lagi tuh? Sini lah!" Kata Fang.
"Arr..ok"

Solar berlari anak ke arah Fang kemudian mereka masuk ke dalam rumah itu secara serentak. Rupa dalaman rumah itu memang sama seperti rumah agam Fang cuma ia kelihatan lebih antik kerana banyak perabot lama disitu. Fang baru sahaja hendak duduk di sofa tiba-tiba...

"FANG!! KENAPA BARU BALIK SEKARANG HAH?!?! TAHU TAK DAH PUKUL BERAPA NIH??! KALAU KAU MATI TADI CAMNE HAHH?!?!?!"

Terus berdiri tegak Fang dibuat nya. Solar menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Seorang lelaki kelihatan lebih tua dari mereka berdua. Dia memiliki rupa yang agak tampan (Tampan...?😑) Dan rambut nya berwarna biru tua atau violet yang hampir sama seperti Fang.

"Ka..kaizo..err...sorry aku...kau kan suruh aku cari pengasah pisau! So..aku cari lah! Susah tau!"

Kaizo mengulingkan mata nya lalu mendekati Fang.

"Kau jumpa ke?" Soal Kaizo.
"Ni hah.."

Fang menyerahkan satu batu besi berbentuk segi empat tempat yang bersaiz tapak tangan dari kocek kot nya. Kaizo mengambil nya lalu dijenguk batu itu. Solar hanya memandang Kaizo dengan senyap dan dia dapat rasa yang Kaizo masih belum perasan 'kewujudan' nya.

"Errm.." Solar berkata perlahan.
"Ni siapa pulak kau bawak balik ni?" Soal Kaizo yang baru sedar 'kewujudan' Solar.
" Aku jumpa dia tadi kat luar. Dia kata dia baru kat sini jadi dia tak tahu tentang kejadian kat sini."

Fang menjawab sambil tangan kanan nya dimasukkan ke dalam kocek seluar nya lalu duduk di atas sofa. Kaizo memandang Solar dengan tajam hingga Solar tidak mampu memandang muka nya dan menunduk ke bawah.

"Nama dia apa?" Soal Kaizo.
"Erm..dia........" Fang memandangkan Solar.
"Solar. Nama saya Solar"

Kaizo mengangguk kecil begitu juga Fang.

"Aku Kaizo ni pulak Fang." Kaizo berkata sambil tangannya menepuk bahu Fang.
"Oh..erm..selamat berkenalan..."

Solar menundukkan badan nya sedikit tanpa memandang ke arah Kaizo. Tiba-tiba dia berasa janggal apabila berkenalan dengan dengan orang yang dia dah lama kenal.

"Duduk.." Kaizo berkata.
"Hmm?"

Solar mengangkat kepala nya sedikit. Dia boleh nampak mata merah Kaizo memandang muka nya dengan pandangan malas.

"Duduk lah.."

Kaizo mengulang lagi sekali perkataan nya dan Solar terus duduk di Sofa.

"Kalau kau baru kat sini..kau kena tahu satu benda"

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now