Bab 42

598 59 0
                                    

Solar memandang benda yang dipijaknya tadi.

"Hah!?"

Terkejut Solar hingga terundur ke belakang apabila dia melihat benda yang dipijaknya tadi. Riaksi muka nya terus berubah.

"D..darah??"

Solar berkata dengan tegagap apabila melihat satu tompokan darah di lantai kereta api itu lalu memandang ke pintu gerabak yang berada di hujung sekali. Pintu gerabak itu penuh calar-balar. Entah kenapa Solar jadi berani lalu mendekati pintu gerabak itu dengan perlahan. Dia mengintai-gintai di sebalik pintu gerabak yang penuh calar itu. Dia ternampak tiga susuk sedang berdiri membelakanginya.

"Orang ke tu??" Soal Solar perlahan.

Tapi apabila diperhatikan betul-betul, alangkah terkejutnya apabila nampak salah satu dari susuk itu tiada tangan kiri dan baju dipenuhi darah. Lantas Solar kebelakang tapi..

KEDEBUK!

Solar terjatuh apabila terpijak satu tin minuman kosong.

"Grrrh?.."
"Erk!" Rial muka Solar berubah.

Ketiga-tiga susuk itu memandang tepat ke arah nya dan terus berlari menuju ke arah Solar namun mereka dihalang oleh pintu gerabak itu.

" Warghh!! Zombie..!"

Solar mengesot kebelakang kerana terkejut dengan muka zombie-zombie itu. Zombie itu cuba memecahkan pintu gerabak itu tapi tidak kesampaian kerana pintu itu cukup kuat.

"Graagh!!"

Salah satu zombie itu mengaum (?) Sambil menghentukkan kepala nya di pintu gerabak itu. Solar terus bangun dan pergi balik ke gerabak yang pertama. Takut nak tengok zombie tu.

"Haish! Seram betul tadi.." keluh Solar sambil menggosok dada nya yang hampir luruh jantung bila tengok zombie tadi.
"Kenapa Solar?" Soal Blaze melalui radio kereta api itu.
"Tak..tak de ape!"

Jawab Solar lalu terus duduk di kerusi. Solar memandang keluar tingkap. Kawasan di sekeliling mereka hanya lah bangunan kosong yang rosak.

"Dasyat juga zombie-zombie ni.."

Solar bermonolog sambil mata nya masih tak lari dari melihat bangunan-bangunan itu. Macam-macam dia fikir..kadang-kadang fikir pasal Adudu, kadang-kadang fikir pasal elemental nya yang lain dan lain-lain.

"Haish!..stress pulak.."

Solar berkata sambil menepuk-nepuk dahi nya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu..

"Eh..."

Dia teringat tentang pintu gerabak yang calar-balar itu. Dia perasan yang pintu itu bergoyang-goyang apabila ditolak jadi maksud nya..pintu gerabak tu tak berkunci..

GDANG!

"Alamak!!.."

Solar terus berlari untuk menutup pintu gerabak pertama namun ketika dia hendak menutup pintu itu, dia boleh nampak ketiga-tiga zombie itu berlari ke arah nya. Lantas Solar mencapai pemegang pintu itu dan menolaknya lalu..

DANG!

"Wargh!!"

Tangan salah satu zombie itu mengahalang pintu itu dari ditutup. Solar cuba menolak pintu itu dengan kuat. Namun tangan itu masih tidak berganjak malah ia cuba untuk menolak pintu itu semula.

" Tutup la cepat!!"

Solar berkata lalu cuba menolak pintu itu dengan lebih kuat lagi walaupun susah dengan zombie-zombie tu cuba untuk menolak pintu itu dan...

KRAK!

(Yo readers. Sorry sangat sebab lambat update! Jangan marah plis...ok bye!)

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now