Bab 51

725 69 13
                                    

"Apa dia?"

Solar mengubah posisi duduk nya supaya lebih selesa.

"Pekan ni..bukan aman macam apa yang kau fikir. Aku rasa..kau dah tahu pasal apa yang jadi kalau kau berada di luar rumah pada pukul 7:30 malam?"

Solar menggangguk tanpa sebarang suara dikeluarkan.

"Sebab tu lah kehidupan penduduk kat sini terancam..mereka semua hidup dalam ketakutan..setiap masa pasti akan ada kematian.." Kata Kaizo.

Solar mengangguk kecil. Tapi dia masih berasa pelik. Kenapa Hali jadi macam tu? Dia tak pernah ada niat untuk membunuh orang. Dia kenal Hali macam mana.

"Kenapa dia jadi macam tu? Mesti ada sebab..kan?" Solar bertanya.

Kaizo memandang Fang lalu Fang mengambil nafas kecil dan dihembuskan.

"Dulu..dia merupakan hero kat sini. Selalu tolong orang guna kuasa dia..tapi..ada satu hari tu, ade seseorang datang ke sini dan buat kacau. Hali cuba halang dia tapi Hali..terkena sumpahan dari orang tu.." Jelas Fang.
"Sumpahan..? So..sebab tu lah dia jadi macam tu?" Soal Solar.

Fang menggangguk. Dia mengeluarkan sebilah pisau dari poket kot nya lalu membelek setiap penjuru pisau itu.

"Dan sekarang ni..kami nak hentikan mimpi buruk penduduk kat sini.." Fang berkata dengan serius.
"He..hentikan?....maksudnya..?" Soal Solar lagi.

PAP!

Fang mencucuk pisau itu di atas meja dihadapan mereka. Kaizo tidak kelihatan marah dengan perbuatan Fang sebab kalau dilihat semula, meja itu mempunyai kesan tikaman di seluruh nya. Solar memandang Fang.

"Kitaorang kena bunuh Hali."

Solar berasa seperti dipanah petir apabila mendegar kata-kata itu.

"Ap..apa..? Bunuh dia..?"
"Ye."
"Ta..tapi...tak..tak boleh! Aku perlukan dia!"

Riak muka Fang dan Kaizo berubah. Solar menceritakan segalanya pada mereka.

S
K
I
P

T
I
M
E

"Hmm..tapi macam mana kau nak suruh dia ikut kau?" Soal Kaizo.

Solar tidak dapat menjawab. Dia hanya diam sambil mata nya memandang lantai. Dia sendiri pun tak tahu macam mana nak suruh Hali ikut dia kalau Hali jadi camtu. Kang tak pasal-pasal kena bunuh.

"A..aku yakin mesti ada car--"
"Mustahil.."

Solar memandang Kaizo.

"Tak..! Mesti ada cara lain untuk suruh dia ikut aku!" Solar meninggi kan suara.
"Kalau dia ikut kau pon, masalah kat sini takkan selesai! Kau kata dimensi ni akan restart semula maksud nya mesti akan ada orang lain pula yang jadi macam dia dan penduduk kat sini akan hidup ketakutan lagi! Lebih baik kitaorang bunuh Hali dan masalah ni terus selesai!!"

Solar terkelu. Kaizo menengking nya hingga berdiri. Fang hanya berdiam saja. Tak masuk campur nanti dia kena jugak.

"Kalau kau bunuh dia..aku macam mana..?aku akan lenyap dari dunia ni dan elemental aku yang lain akan terperangkap dalam dimensi tu semula selama-lamanya...aku tak nak hilang diorang..."

Mata Solar memandang tepat ke arah Kaizo. Muka nya mula merah kerana ingin nangis tapi dia menahan. Kaizo mengeluh.

"Dah malam ni..Fang bawa dia ke bilik tetamu."

Fang mengangguk lalu membawa Solar ke bilik tetamu di tingkat atas rumah agam itu.

"Kalau kau perlukan baju untuk tukar, ada dalam almari tu.." Kata Fang.
"Aku tahu"
"Hah..??"

Belum sempat Fang hendak bertanya, Solar menutup pintu itu. Dia memandang keseluruhan bilik itu. Dia cam bilik itu kerana dia dan Gopal pernah bermalam disini dulu.

Boboiboy 7 DimensionsWhere stories live. Discover now