BAB 4

3.2K 52 0
                                    

DIA duduk tegak di katil, tercungap-cungap mencari nafas. Memori yang datang dalam bentuk mimpi ngeri itu masih mengisi ruang fikiran. Dia meraup wajah. Apabila sudah mula rasa tenang, barulah telefon pintarnya dicapai. Skrin memaparkan pukul 6.15 pagi. 13 missed calls daripada Arsyad. Dia segera bangun untuk ke bilik mandi.

Jam 8.00 pagi, Shita keluar dari bilik motel. Isi dalam bilik semuanya sudah usang, tapi okeylah daripada bermalam dalam hutan.

Turun ke lobi, dia nampak seorang lelaki tua sedang berdiri di depan meja kaunter, berbual-bual dengan pekerja yang bertugas di situ. Tiada lagi pekerja tua yang menakutkan malam tadi. Digantikan dengan seorang pekerja lelaki yang jauh lebih muda. Nasib baik.

Terpandangkan dia, lelaki tua yang berdiri di kaunter itu merenungnya tajam. Shita memperlahankan langkah, mula rasa tak sedap hati.

Apahal ni? Dia ada buat salah apa-apa ke? Kenapa orang tua ni pandang dia macam dia ni hantu?

Beberapa minit begitu, lelaki tua itu akhirnya berpaling. Dia meminta diri dan terus keluar dari motel itu.

"Okay, that was creepy," kata Shita perlahan sambil meneruskan langkah ke kaunter.

Pekerja lelaki yang sedang bertugas itu ketawa. "Itu Pak Halim. Biasalah dia tu. Tak boleh nampak orang baru sikit, mulalah rasa macam orang tu tak selamat. Terutama sekali perempuan muda macam cik ni."

Shita terkebil-kebil. "Tak selamat? Maksudnya?"

"Pak Halim tu rasa yang mana-mana perempuan muda yang datang ke sini tak akan dapat balik semula dengan selamat," jelas pekerja itu. "Bukan perempuan aje sebenarnya. Boleh dikatakan sesiapa saja orang luar yang datang ke sini tak akan dapat balik semula. Itu yang Pak Halim cakaplah."

Jantung Shita berdetak satu rasa. "Kenapa ya?"

Pekerja itu jongket bahu. "Saya pun tak pasti. Rasanya ada kena-mengena dengan hutan kat sini kut."

Shita teruja. "Hutan Baria? Boleh saya tahu kenapa?"

"Pak Halim cakap dalam hutan tu ada 'benda'. Orang luar tak boleh masuk sewenangnya. Nanti tak dapat cari jalan balik." Suara pekerja itu berbisik, sebelum dia tergelak sendiri.

Shita tersenyum hambar sambil cuba berlagak tenang. Kunci diserahkan semula. Selepas selesai prosedur daftar keluar, dia bergerak mendapatkan pintu.

Baru selangkah, benaknya ditujah satu idea. Dia menoleh semula.

"Boleh saya tahu kat mana saya boleh cari Pak Halim?"

RUMAH kayu yang sudah terlalu usang itu direnung dengan penuh minat. Dengan satu nafas yang ditarik dalam-dalam, Shita membuka langkah mendekati rumah itu. Pintu terkatup rapat. Cuma ada satu tingkap yang terkuak sedikit di bahagian kiri rumah.

"Assalamualaikum!" ucap Shita kuat. Bola matanya bergerak ke kiri dan kanan rumah. "Assalamualaikum!"

Masih tiada sebarang bunyi. Shita tarik nafas panjang.

"Assa..."

Bunyi selak ditarik mengejutkan Shita. Pintu akhirnya dibuka dari dalam. Pak Halim menjengulkan kepalanya. Sepasang matanya masih tajam seperti tadi.

"Assalamualaikum... Pak Halim?" Shita bersuara ragu-ragu.

"Waalaikumussalam." Perlahan dan garau suara Pak Halim menjawab. "Kamu nak apa?"

"Saya Nashita. Hmm... Boleh saya cakap dengan Pak Halim sekejap?"

Pak Halim diam. Mata terus merenung tajam.

Shita telan liur. "Saya..." Telefon pintarnya berbunyi. Dia berdecit sambil mengeluarkannya dari dalam poket. Arsyad. Panggilan itu ditolak sebelum kembali fokus ke arah Pak Halim.

NAFSUWhere stories live. Discover now