Chapter 6 ~Dream...

2.6K 161 2
                                    

Stella bangun dari tidur dengan peluh di muka.Nafasnya turun dan naik dengan laju.

"M...mi..mimpi apa tadi tu??" Tanya Stella kepada dirinya.

Flashback

"Tuanku kami minta maaf atas kecuaian yang kami lakukan." Ucapa seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang jeneral.

Stella cuba menuju kearah mereka tetapu dia seolah² seperti roh. Lalu Stella mengambil keputusan untuk mendengar dan melihat sahaja perbualan tersebut.

"Kanda....anakanda kita..." Tangis seorang wanita yang menggunakan gaun diraja dan terdapat mahkota kecil di kepalanya.

"Cari anakanda beta sehingga jumpa." Arah sang raja tegas.

"Baiklah tuanku." Jeneral itu berlalu pergi setelah menundukkan badannya.

"Kanda...dinda rindu pada putera kita..." Ujar permaisuri itu dalam keadaan menangis sambil mengusap lembut perutnya yang berisi itu.

"Sabar kanda pasti anakanda kita akan ditemui...Jika tidak kanda sendiri akan turun mencari anakanda Crys." Beritahu raja itu lalu mengucup lembut perut isterinya sambil menahan air matanya dari jatuh.

*********

Uwek~

Uwek~

"Tahniah tuanku mendapat seorang puteri." Ujar tabib wanita itu.

"Terima kasih." Ucap raja itu lalu terus masuk ke dalam bilik sang isteri.

"Kanda...." Panggil sang isteri perlahan.

"Ye sayang.." Jawab raja itu dengan lembut.

"Jikalau putera kita masih disisi kita mesti dia gembira melihat adindanya kan kanda??" Tanya permaisuri itu sambil menahan tangisannya.

"Maaf...kanda tak dapat menjejaki anakanda kita." Ucap raja itu lalu menunduk memandang puteri nya.

"Apa nama puteri kita??" Tanya raja itu kepada isterinya untuk menukar topik.

"Kandanya Putera Crys jadi dindanya Puteri Crystal." Beritahu sang permaisuri sambil tersenyum.

"Puteri Crystal." Sebut sang raja yang sedang mendukung puterinya itu.

Tiba² mimpi yang indah tadi terus berubah menjadi mimpi yang menakutkan.

"Kanda...selamatkan puteri kita." Kata permaisuri itu sambil menangis apabila puterinya hampir mati disebabkan anak panah yang dilepaskan oleh tentera² pihak lawan.

"Baiklah." Balas sang raja lalu mendekati dengan laju ke tempat tidur puterinya itu.

"Cepat bawa cucu ayahanda ke tempat selamat." Arah bekas raja kerajaan itu.

"Cepat...." Tiba² badan bekas raja itu tertusuk panah.

"Ayahanda." Jerit raja itu lalu berlari kearah ayahandanya.

"Han...tar..Crystal...ke...sana." Ujar bekas raja itu lalu mula hilang menjadi kilauan² di udara.

"Baiklah." Jawab sang raja.

Endflashback

The Secret Power (COMPLETE)Where stories live. Discover now