Chapter 8 ~Academy (iii)

2.5K 142 1
                                    

"Yeay dah sampai!! Jom gi dewan." Ajak Yuki lalu menarik tangan Stella dan Windy.

"Woi tangan aku." Marah Windy sambil cuba menarik² tangannya. Stella hanya mengikuti langkah Yuki dan akhirnya merwka sampai di amfiteater untuk pemilihan kelas.

"SELAMAT datang pelajar sekalian!!! Hari ini kita akan mengadakan proses pemilihan kelas. Seperti pengetahuan kamu kita akan mengadakan peperiksaan mengenai fizikal dan mental. Fizikal akan dilakukan di sini dan mental akan dilakukan di dewan tertutup FAHAM!!!" Beritahu seorang guru lelaki.

"FAHAM!!" Jawab kesemua yang berada di situ kecuali Aerl.

"Korang...aku tak yakin aku boleh." Ujar Stella setelah habis pengumuman itu diberikan.

"Kau kenalah yakin." Ucap Windy.

"Masalahnya aku dapat nombor 1 weyh!!" Rungut Stella kerana sesampai sahaja mereka di sini mereka perlu mencabut undi dan rupanya Stella merupakan orang pertama yang akan bertarung.

"Hehehe~aku lupa!!" Jawab Windy sambil tersengih cantik.

"Dah tua!" Kata Stella perlahan tapi masih didiengari oleh Windy mungkin sebab dia ni Elf..Yelah Elf kan ada telinga yang runcing tu!!

"APA!!! SINI KAU AKU MUDA LAGILAH...BARU 13 TAHUN KOT!!" Marah Windy lalu memulas telinga Stella sehingga merah.

"Huhuhuhu...janji tak kutuk depan² lagi tapi tak tahulah dekat belakang." Ucap Stell lalu memperlahankan suaranya pada ayat yang terakhir.

The Secret Power (COMPLETE)Where stories live. Discover now