˗ˏˋcʜapᴛᴇʀ 01

621 68 16
                                    

Langit yang membiru mewarnai hari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langit yang membiru mewarnai hari itu. Burung berkicauan seolah-olah sedang menyanyi. Sedang Seo Yeon menikmati pemandangan kota Gangnam, iaitu kota yang dipenuhi dengan bangsawan-bangsawan ataupon keluarga-keluarga yang elit daripada balkoni rumah ny..

PANG!

PUNG!

BUKK!

Kedengaran barang-barang dilontarkan ke semua arah. Ada yang terpelanting keluar daripada balkoni lalu jatuh daripada tingkat 5 apartment elit tersebut.

"Oppa ckp betul-betul. Oppa ada affair dgn kiah janda anak lima tuu kan?!" Laungan suara cik senah kedengaran lantang sekali

"Apa nii yeobo. Mana ada. Oppa setia dgn yeobo laa. Dah-dah laa tuu malu dekat jiran-jiran dengar kita gaduh" kata suami cik senah menenangkan isterinya.

Haishh pasangan suami isteri nii kalau tidak gaduh sehari memang tidak sah. Ada sahaja hal yang akan dibangkitkan

Seo Yeon yang sudah malas hendak mendengar pertengkaran tersebut terus mengambil beg galas ny yang berjenama CHANEL itu lalu menuju ke pejabat.

Naik nanah telinga nya kalau berada di situ lama-lama. Sebelum sampai ke Pejabat Polis Gangnam, Seo Yeon sempat berhenti di sebuah cafe lalu membeli secawan coffee americano kesukaannya.

Tanpa berlengah, gadis ini terus memandu keretanya menuju ke Pejabat Polis Gangnam. Dia tidak minum di cafe tersebut kerana takut lambat sampai

×Pejabat Polis Daerah Gangnam×

Seo Yeon terus menjejakkan kakinya ke dalam bangunan besar tersebut. Dia menaiki lif dan menuju ke pejabatnya yang berada di tingkat 4 bangunan tersebut.

Gadis berambut perang ini keluar daripada lif lalu bergerak pantas ke bilik pejabat nya. Namun, dia hanya meletakkan beg nya dan mengambil sebuah kotak pensil miliknya dan beberapa helaian kertas.

Setelah itu, Seo Yeon bergegas keluar daripada biliknya terus menuju ke bilik mesyuarat yang berada di hujung lantai 4 bangunan tersebut. Seo Yeon memasuki bilik tersebut dan kelihatan semua sudah sampai kecuali Tuan Inspektor.

Dia segera mengambil tempat duduk nya yang bersebelahan dengan Koperal Jimin. "Aku tak lambat kan? Kan? Kan?" Soal Seo Yeon

"Kau lambat tapi nasib Inspektor tak sampai lagi klau tidak tak jadi meeting nii" ujar Jimin

"Hehe.." sengih Seo Yeon. Tidak lama selepas itu, kedengaran seseorang menghampiri bilik tersebut.

Pintu bilik itu dibuka. Ternyata, itu merupakan Inspektor Kim Taehyung. Beliau merupakan orang yang selalu dicari bagi menyelesaikan kes-kes yang susah untuk diungkapkan atau misteri.

"Baiklah. Saya taknak buang masa. Koperal Jin, sila perjelaskan tentang kes nii" ujar Inspektor Kim dengan riaksi muka yang penuh serius.

"Baik Tuan. Pada tanggal 23 Februari 2020, jatuh hari Isnin iaitu semalam. Saya mendapat satu laporan tentang penduduk setempat menemukan mayat seorang perempuan di dalam semak berhampiran dengan kawasan perumahan elit Gangnam" jelas Jin dengan se detail nya.

"Tubuh tersebut dijumpai pada pukul 2.15 petang dengan kondisi sudah tidak bernyawa. Mangsa telah dibawa ke pihak forensik bagi mengenal pasti mayat tersebut. Daripada apa yang dapat pihak forensik informkan ialah mangsa bernama Kim Subin, berumur 19 tahun dan mangsa tinggal sendirian" kata Jin lalu memaparkan foto biodata mangsa ke skrin LED.

"Baiklah. Ada apa-apa lagi?" Soal Inspektor Kim

"Ada Tuan. Mangsa dikatakan telah meninggal kira-kira 2 hari lepas. Cara mangsa dibunuh ialah dikatakan mangsa ditikam sebanyak lebih daripada 15 kali. Pihak forensik menganggarkan pembunuh menggunakan pisau yang berukuran 21cm. Tetapi, setelah penelitian saya di sana, saya tidak dapat menemukan apa-apa bukti atau kesan atau clue yang menunjukkan siapakah pelakunya" jelas Jin panjang lebar

'Hmmm ditikam? Tapi tiada clue tentang si pelaku. Mangsa-mangsa yang sebelum nii pon dibunuh dengan cara yang sama. Takkan si pelaku ialah orang yang sama? Pelik' kata Seo Yeon dalam hati

"Haish takkan takde satu pon clue yang menunjukkan siapa pembunuh tuu?!" Marah Inspektor Kim

Fuhh mana tidak nya. Ini merupakan kes yang ketujuh tentang pembunuhan seorang wanita tetapi tiada clue tentang siapakah pelaku yang harus bertanggungjawab.

"Maaf Tuan tapi saya tidak dapat menemukan apa-apa bukti.." kata Jin lalu tunduk

"Hmm takpe, awak boleh duduk" arah Inspektor Kim. Raup wajahnya kelihatan bengang, marah, stress, serabut.

"Macam nii. Esok, Koperal Jin, saya nak awak bawa Detektif Jimin dan Detektif Seo Yeon ke tempat kes. Lagi satu, saya tak nak kes ini di expose ke mana-mana media. Saya bagi tempoh seminggu untuk awak bertiga siapkan laporan penuh tentang kes nii. Cari sampai ke lubang cacing, siapakah pelakunya. Klau tidak saya sendiri yang akan turun padang. Paham?!" Ujar Inspektor Kim panjang sepanjang karangan Bahasa Melayu dengan 300 patah perkataan.

"Baik Tuan!" Kata mereka bertiga serentak. Tanpa bersuara lagi, Inspektor Kim terus keluar daripada bilik tersebut.

"AAAAAA SERABUT NYAA!! Aku baru ingt nk pegi berkelah dekat Han River.." rungut Jimin dengan suara yang meminta untuk disepak.

"Banyak lah kau punya berkelah. Dah, esok pukul 9 jangan lupa masing-masing dah kene ada dekat kawasan kejadian" arah Jin












-----×××-----

Haaa begitu lah kesudahan untuk chapter 1. Sorry yee klau agak boring, author masih berjinak-jinak dalam buat ff nii huhu

Maka jgn lupa vote yee anuck ii, tak vote author cepuk sekor ii amboi beshe tuu -_- klau nk comment pon dipersilakan tapi sewajibnya vote lah yee.

Biuu <3

[✔] The Psychopath | 전정국Where stories live. Discover now