˗ˏˋcʜapᴛᴇʀ 08

280 48 1
                                    

Keesokkannya~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokkannya~

Jungkook P.O.V•

"Kringggggggggg..." jam loceng di sebelah aku berbunyi. Aku lantas bangun dan mematikan jam loceng tersebut. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Aku menggosok sedikit kepala ku lalu bangun mengambil tuala untuk mandi.

Seketika kemudian, aku keluar drpd bilik mandi, sudah lengkap memakai baju untuk hari ini. Aku mengambil ip11 pro aku kemudian turun melalui tangga. Kelihatan omma sudah berada di dapur

"Eoh omma, joh eun achim!" Ucapan selamat pagi aku berikan kepada omma. Kelihatan omma sedang memasak breakfast iaitu heoddeok yang bermaksud sweet syrup pancake.

"Haa meh sini duduk. Makan nii omma buat special tuk kamu" pelawa omma

Aku mengambil sekeping lalu memakan nya

"Nii kamu tak kerja ke hari nii?" Soal omma

"Ani. Hari ni bos tutup kedai sebab dia nak balik kampung dia dekat Busan. So semua staff dapat cuti"

"Omma, Jungkook keluar dulu laa yee" kata aku lantas bangun daripada kerusi ku.

"Kamu nii. Sepanjang masa keluaaaaarrrr jee. Haihh. Haa yelah yelah, tapi ingat jangan balik lambat sangat" pesan omma. Aku melemparkan senyuman yang lebar kepada omma. Kemudian, aku menuju ke Gangnam Apartment untuk melihat keadaan sekeliling. Mencari mangsa juga mungkin.

•End Jungkook P.O.V•

•So Yeon P.O.V•

Awal-awal lagi aku sudah berada di pejabat. Rasanya aku tidak balik semalam. Semua angkara terlebih minum soju. Adoi pening kepala aku. Nasib baik pejabat aku mempunyai bilik mandi dan ini bukan kali pertama aku tidur di pejabat aku sendiri.

Pakaian aku pon ada aku tinggalkan sedikit mana tahu tiba-tiba mood tak nak balik rumah datang jadi aku persiapkan awal-awal supaya tak perlu lah aku nak berulang alik ke rumah dan pejabat.

Selepas mandi, aku terus berfikir tentang semalam. Temu bual bersama penduduk di kawasan kejadian.

'Nama saya Jeon Jungkook'

'Ouhh saya mmg selalu ada dekat sini, tapi nak kata setiap masa tidak, nak kata hari-hari pun tidak'

'JK'

Ayat-ayat tersebut, terngiang-ngiang di kepala dan telinga aku. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang aneh tentang permuda bernama Jeon Jungkook tersebut.

"OUHH YAHH! SEMALAM ENCIK MIN ADA BAGI KETERANGAN TENTANG BILA ORANG YANG DIKATAKAN MENCURIGAKAN SELALU MUNCUL!" Teringat kembali apa yang telah Encik Min beritahu semalam

'Dia seorang lelaki, selalu dtg ke sini pada setiap sejam pada waktu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam'

"Dan semalam Jungkook kata yang dia selalu berada di sana tidak lama, lebih kurang sejam" kata aku pada diri sendiri. Encik Min juga ada menyebut bahawa lelaki yang dianggap mencurigakan olehnya itu selalu berpakaian gelap. Dan semalam, Jungkook hanya mengenakan hoodie hitam, jeans hitam dan kasut berjenama nike yang berwarna putih.

[✔] The Psychopath | 전정국Where stories live. Discover now