˗ˏˋcʜapᴛᴇʀ 03

342 53 6
                                    

Seminggu berlalu

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Seminggu berlalu...

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti iaitu hari di mana Seo Yeon, Jimin dan Jin perlu bertemu dengan Inspektor Kim bagi merungkaikan misteri disebalik kes pembunuhan ini.

Mereka bertiga awal-awal lagi sudah berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Muka mereka kelihatan pucat dan takut. Debaran yang dirasakan di level yang tinggi. Mereka takut akan dimarahi oleh Inspektor Kim.

Siapa sahaj yang tidak mengenali Inspektor Kim. Orang penting di Gangnam. Bukan itu sahaja. Inspektor Kim juga terkenal di seluruh Korea kerana beliau selalu dapat merungkaikan kes-kes jenayah yang misteri.

Kecerdikan nya tidak dapat dipertikaikan. Otak nya yang bergeliga dan pandai dalam mengatur strategi diakui oleh semua pihak polis. Namun, kes yang ini cukup rumit. Beliau sendiri agak bingung.

Seo Yeon Jimin dan Jin menyiapkan diri mereka dengan mengingat kembali apa yang telah di bincangkan dan apa yang harus dibentangkan sekejap lagi.

Sedang mereka khusyuk mempersiapkan diri, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka.Inspektor Kim yang ditemani secretary nya itu berjalan masuk. Mereka bertiga terkejut lalu bangun. Tunduk hormat diberikan kepada Inspektor Kim.

"Takpe ii, duduk.." arah Inspektor Kim. "Okay so dah ready?" Tanya Inspektor Kim. Mereka bertiga hanya menganggukkan kepala mereka. "Silakan..saya nk dengar.."

Seo Yeon yang nervous itu bangun lalu membentangkan kes tersebut.

"Baiklah, terima kasih Tuan. Pada tarikh 23 Februari 2020 telah ditemukan seorang mangsa yang telah mati di dalam semak berhampiran rumah elit Gangnam. Mangsa bernama Kim Subin, berumur 19 tahun dan dikatakan mangsa tinggal sendirian. Daripada jawapan penduduk Kim Subin kali terakhir ternampak oleh penduduk ialah pada tarikh 21 Februari pada pukul 1 petang..." kata Seo Yeon sambil menunjukkan biodata mangsa pada skrin LED.

"Penduduk menyatakan bahawa Subin yang merupakan pekerja di sebuah cafe berhampiran rumahnya itu sedang berjalan untuk ke tempat kerjanya. Jirannya mengatakan bahawa sepatutnya Subin telah pulang daripada kerja pada pukul 6 petang namun, sehingga pukul 9 Subin tidak balik..."

"Mesti semua tertanya, kenapa jirannya tidak melaporkan hal ini kepada pihak polis? Yahh dah nama pon jiran jadi tak ada sebab kenapa mereka nak campur tangan dalam hal Subin. Katanya lagi, mereka beranggapan bahawa mungkin Subin pergi ke kampung nya kerana Subin selalu menjenguk halmeoni nya di sana. Jadi mereka sangka bahawa Subin pulang ke kampung." Jelas Seo Yeon. Habis part nya kemudian Jimin pula yang perlu bentang.

"Baiklah, saya teruskan. Mangsa dikatakan mati dengan keadaan luka parah di bahagian perutnya kerana mangsa ditikam berulang kali. Pihak forensik menemukan 21 bekas tikaman pada tubuh mangsa.." jelas Jimin sambil menunjukkan gamba mangsa di skrin LED.

[✔] The Psychopath | 전정국Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin