THREE

7 3 0
                                    


Suasana sunyi menyelubungi makmal tempat membaiki peralatan dan juga memasang komponen-komponen gentian tangan dan kaki milik Zirqo dan Xin. Mereka berdua adalah manusia cyborg kerana kehilangan anggota tubuh badan akibat virus covid-18 7 tahun lalu.

Nasib menyebelahi mereka apabila mereka ditemui terbaring di tepi jalan oleh Prof. Ali dan telah dipasangkan tangan besi kepada Zirqo dan kaki besi juga mata yang dipasangkan cip komputer kepada Xin kerana dikatakan virus covid-18 telah memakan sel-sel dan tisu otot mereka.

Namun sayang, Prof. Ali telah meninggal dunia beberapa tahun selepas mereka mulai selesa dengan suasana baharu akibat dendam manusia hingga menyebabkan seorang anak kehilangan kasih sayang seorang ayah. Kini, tugas Prof. Ali diambil alih oleh anak dan menantunya iaitu Dr. Alyn dan Dr. Kay yang telah menganggap Zirqo dan Xin sebagai adik kandung mereka.

"Akak dan abang sudah menaik taraf sistem mata, tangan dan kaki kamu. Diharapkan kamu berdua tidak merosakkannya lagi terutamanya kamu Zir, kawal amarah tu, akak pun marah tadi lepas tahu siapa pembunuh papa.", nasihat Dr. Alyn.

"Maaf", ucap Zirqo mengakui kesalahannya

"Emm, akak. Sistem mata ni masih sama dengan yang Prof ciptakan? Akak dan abang tak tukarkan?",soal Xin kerana baginya pemberian mata tersebut merupakan nikmat dan hadiah terakhir dari Prof. Ali.

"Kami hanya memasukkan sistem dan komponen baharu sahaja Xin. Kami faham kamu sayang sangat dengan mata cyborg kamu", kata Dr. Kay menghapus segala keraguan Xin.

"Terima kasih bang, akak. Terima kasih kerana memahami. Emm, tentang misi kita tu Sir Richard memang tidak mahu teruskan ke?", soal Xin lagi dan berhasil membuatkan Dr. Alyn dan Dr. Kay berbalas pandangan.

"Kalau ikutkan perancangan yang diberikan macam itulah. Tapi, sir masih inginkan kita mencari penawar untuk virus ini. Ini bukan virus sembarangan, ini virus yang lagi kuat dari dulu, makna kata virus ini diolah dari virus dulu." Terang Dr. Kay

"Ini virus yang sama? Jadi penyebaran virus ini macam mana?", soal Zirqo tidak sabar.

"Mungkin dari udara, kita tidak tahu. Tapi kamu jangan risau Sir Richard sudah mengarahkan penutupan dan melakukan sekatan kemasukkan ke negara kita", jelas Dr. Kay

Setelah itu, mereka beransur berehat kerana esok akan diadakan perbincangan tergempar untuk memutuskan perancangan untuk menghasilkan penawar dan menjaga keamanan juga kemakmuran negara Gorjan.

Namun belum sempat mereka merebahkan diri, terdengar siren kecemasan yang menandakan berlakunya masalah yang besar. Mereka terus bergegas ke bilik pemerhati dan disana Dr. Alyn dan Dr. Kay sudah menanturalkan keadaan yang kecoh ini.

"kenapa ni akak? Abang?" soal Xin

"Sir Richard telah menghantar satu signal kecemasan dari pejabatnya dan setelah diperhati kawasan udara kita telah diceroboh oleh jet pemusnah dari negara Virza. Mereka betul-betul ingin menghancurkan kita.", jawab Dr. Alyn.

"Akak, abang. Izinkan kami menangani masalah ini", pinta Xin.

"Baiklah, tapi hati-hati. Kamu tidak berlatih lagi menggunakan sistem baharu ini", pesan Dr. Kay

"Menurut arahan!", serentak

"Kau nak buat apa dengan mereka?" soal Zirqo

"Kau Nampak bangunan pencakar langit itu? Kau Nampak jet tu berlegar-legar di sana?", tanpa menjawab pertanyaan Zirqo, Xin mengajukan pertanyaan.

"Nampak. Kau mahu aku buat apa?", soal Zirqo balik tapi aura disekeliling mereka sudah berubah. Ini bermakna mereka dalam keadaan serius dan tegang.

"Aku akan naik ke atas dan kau ikut aku. Lepas aku bagi signal. Kau lancarkan graviti dan letak di kawasan lapang. Faham?", arah Xin.

"Hidup atau mati?" soal Zirqo balik
"Hidup. Kalau mereka tidak memberikan kerjasama. Macam biasa", balas Xin, bermaksud mereka lebih memilih pilihan kedua.

Selesai memasang strategi, Xin mula memanjat bangunan pencakar langit tersebut diikuti Zirqo. Mata Xin yang dilengkapi pengecaman berkuasa tinggi dapat melihat dan mengecam jet pejuang musuh dalam suasana malam itu. Apabila mendapat arahan dari Xin, tanpa berlengah, Zirqo telah menggunakan kuasa untuk menghentikan jet tersebut dan mendaratkan jet tersebut di kawasan lapang.

Manakala Xin bertindak untuk menyoal mereka tentang keberadaan mereka yang menceroboh ruang udara negara Gorjan.

Ketika dibawa ke markas dan disoal, mereka memberikan kerjasama yang baik walaupun pada mulanya mereka berkeras menutup mulut.

Namun setelah melihat pandangan mata Xin, terus mereka memberika kerjasama yang baik.

Walaupun Xin seorang yang peramah namun dia boleh menjadi kejam malah lebih kejam dan teruk dari amukan Zirqo bila dicabar kesabarannya.

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now