ELEVEN

5 2 0
                                    

Berita penurunan kes di negara Gorjan telah tersebar luas dan menjadi bualan ramai di serata tempat hingga ke seluruh dunia. Semestinya berita ini telah sampai ke telinga Dato' Zain. Apabila mendengarkan perkara tersebut, Dato' Zain telah marah besar kerana rancangan terbesarnya telah gagal sekali lagi.

"Macam mana Gorjan boleh melawan virus yang aku hantar?! Macam mana la penawar yang Gorjan hasilkan boleh melawan virus terkuat aku!! ARGHHHHHHH", amuk Zain sambil menghempaskan dan membaling semua barang diatas meja kerjanya.

Melihatkan amukkan ketua mereka, konco-konco Zain tidak berani bersuara kerana jika mereka bersuara sudah pasti mereka akan dibunuh dengan kejam. Walaupun Zain kejam dan mempunyai tenaga setanding dengan orang muda namun dia tidak pandai dalam perlawanan fizikal. Oleh hal yang demikian, dia sangat bergantung dengan kebolehan anak-anak buahnya sahaja.

"Panggilkan PJ!", arah Zain setelah meredakan sedikit amarahnya.

Tak lama kemudian munculkan sosok lelaki yang memegang komputer riba didalam bilik tersebut.

"Apahal?", soal PJ atau nama sebenarnya Park Joon.

"Aku nak kau hack sistem keselamatan Gorjan dan cari tahu kenapa mereka boleh bebas dari serangan virus aku.", arah Zain kepada PJ yang merangkap hacker di negaranya.

"Kau nak bila? Aku sibuk sekarang", soal PJ sambil merenung skrin telefonnya.

"SEKARANG! Persetankanlah kerja kau sekarang. Dengar arahan aku! Aku yang bayar gaji kau bodoh!!", tempik Zain.

"Semak babi, bising la. Malam sikit aku kasi. Cau", kata PJ dan terus melangkah keluar dari bilik Zain tanpa menghiraukan Zain yang sudah menjerit memanggil namanya.

"Haish, cair taik telinga aku sial. Babi la orang tua tu. Kalau tak sebab misi aku, takde makna aku nak bertahan anjing. Kalau kuat tak apa jugak, ini pegang pisau pun tak pandai. harap berduit tapi macam badut, eh blah la luh", omel PJ. "Arghh telinga aku menangis", sambungnya lagi sambil mengorek telinganya menggunakan jari kelingking. "Tu kan?! Apa gue bilang? Cair sudah taiknya", teriak PJ sambil melihat jarinya, selepas itu, dia terus melangkah kearah keretanya untuk ke tempat yang sudah dijanjikan dengan seseorang.



DI NEGARA GORJAN

Bilik yang menempatkan Sun Lee telah kecoh kerana Sun Lee telah bertindak agresif menyerang doctor dan jururawat yang masuk ke biliknya. Mendengarkan bunyi bising, Xin dan Zirqo bergegas kesana.

"Kenapa ni? Apa yang berlaku?" soal Xin kepada seorang jururawata yang melintas di sebelahnya.

"Tuan Xin, maaf saya tak boleh lama-lama. Pesakit dalam bilik ni mengamuk tanpa sebab", jawab jururawat tersebut dan meminta izin untuk pergi. Manakala Xin hanya mengangguk menghantar pemergian jururawat tersebut dengan tanda tanya.

"Mari masuk tanya akak sendiri", kata Zirqo apabila melihat Xin hanya berdiri tegak ditematnya berhenti tadi.

"Hah? oh a'aa jom", kata Xin apabila sedar dari lamunannya. Sejurus tu, mereka memasuki bilik rawatan dan melihatkan keadaan bilik yang kucar kacir seperti dirempuh garuda namun kelibat Sun Lee yang terbaring di katil mengundang persoalan di benak fikiran mereka.

"Akak kenapa? Apa yang jadi?", soal Zirqo keada Dr. Alyn yang sedang bercakap dengan seorang doctor sambil memeriksa file kesihatan pesakit.

Mendengarkan soalan Zirqo, Dr. Alyn memalingkan badannya kearah mereka dan selepas itu melihat Sun Lee yang terbaring kaku diatas katil. Sejurus itu, dia melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Aug 22, 2020 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

The Emperor FighterOnde histórias criam vida. Descubra agora