FOUR

10 3 0
                                    

"Nampaknya mereka dah berani menceroboh, apa tindakan selepas ini Sir Richard", soal Dr. Kay semasa mereka mengadakan pembincangan tergempar.

"Melampau, Zain memang sengaja cari pasal.", bisik Sir Richard.

Sementara itu Xin mendongak kelangit seperti sedang memikirkan sesuatu. Zirqo yang menyedari perkara ini tersebut hanya memandang sahaja kerana Xin masih dalam mood serius.

"Kuasa simpanan masih banyak? Boleh guna?", soal Xin tiba-tiba sambil memandang ke luar tingkap.

"Hah?", soalan Xin yang tiba-tiba mengejutkan semua orang kecuali Zirqo, kerana Zirqo tahu Xin sedang mmasang strategi.

"Rasanya masih banyak, kenapa Xin?", balas Dr. Alyn menjawab pertanyaan Xin.

"Xin nak mintak sikit kuasa untuk buat barrier bagi menghalangan ancaman musuh dari serangan udara dan darat", jawab Xin.

"Bagus juga idea tu, saya serahkan kepada awak untuk memasang barrier. Boleh?", sokong Sir Richard.

"Boleh Sir. Dalam masa terdekat", jawab Xin sambil tersenyum.

"Baiklah kalau ada apa-apa masalah, maklumkan kepada saya. Nanti saya akan hantar orang-orang untuk membantu kamu semua", putus Sir Richard sebelum melangkah keluar.

"Maklum Sir."

"Kamu yakin kamu mampu Xin?", Soal Dr. Alyn.

Namun Xin hanya tersenyum. Dr. Kay yang melihat adegan ini hanya mampu menghela nafas sebelum menyampuk.

"Abang akan bantu kamu berdua, sekarang dah lewat kamu boleh pergi masuk berehat. Esok jumpa abang.", putus Dr. Kay

"Ok"


Dibilik mereka Zirqo tertanya-tanya bantuan apa yang dimaksudkan Dr. Kay. Hal ini menjadi pertanyaan dibenak fikirannya. Malahan, bukan sahaja Zirqo yang merasa hairan, tetapi Xin juga turut merasakannya.

"Zir, kau rasa apa yang dimaksudkan abang Kay?", soal Xin

"MAKKK!!" jerit Zirqo terperanjat hingga terjatuh katil.

"Kau ok tak ni ZIr? Kau Nampak hantu ke? Mana weh mana? Cakap la weh, mana", asak Xin sambil menyorok dibelakang Zirqo.

"Kau bukan pergi mandi ke?", soal Zirqo yang masih dalam shock.

"A'aa, tapi aku dah siap amndi, weh jawab la. Kau kenapa? Betul ke kau nmpak hantu? Kau pandang siling macam sikit lagi nak tembus oo. Kenapa weh jawab la wehh. Aa aku nangis kan aa", asak Xin dengan mata berair.

"KAU YANG HANTU TETIBA DATANG TAK KETUK TAK SALAM TERUS ASAK AKU MACAM TU KENAPA?!", marah Zirqo.

"oo ye eh? Hahahhha sorry la. Eh tapi salam? Kau Islam? Ingat tak sebab tak semayang. MUahhahhahaha", ejek Xin.

"Blah! Aku nak tidur", halau Zirqo

"Eh jap la, jawab dulu soalan aku tadi", desak Xin apabila melihat Zirqo sudah menarik selimut untuk tidur.

"Tidur, esok baru tahu", kata Zirqo yang membantutkan persoalan Xin.

"Pakcik Pelit", desih Xin sambil menyiapkan tempat tidurnya



Keesokkan harinya sesuai dengan janji Dr. Kay, mereka telah berjumpa untuk mengetahui bantuan apa yang Dr. Kay nyatakan. Disana, mereka diminta untuk berbaring di atas katil seperti di hospital.

"Kenapa kami kena baring ni? Kami bukan ada virus kobis tu. Aduh parah la", adu Xin

Dr. Kay hanya tersenyum kerana ini adalah kejutan untuk mereka. Dia dan Alyn sangat mengetahui perangai Xin, walaupun dia peramah dan ceria namun apabila dalam mood tempur Xin boleh menjadi lebih kuat, lagi kuat dari Zirqo. Satu sisi yang membuatkan mereka menyenangi Xin apabila sifat keanak-anakkan Xin terselah dan disitulah kemanjaannya diperlihatkan.

"Xin boleh sabarkan? Xin kan penyabar? Boleh?", soal Dr. Kay sambil mengusap rambut Xin

"heee, bolehhh bolehh bolehh.", jawab Xin dalam mood bermanja.

Dia senang dimanjakan oleh Dr. Kay dan Dr. Alyn sementelah dia adalah ahli termuda dalam organisasi Al'gela sekaligus dia kehilangan keluarga dalam usia yang sangat muda iaitu pada usia 6 tahun apabila keluarganya dibunuh di depan matanya sendiri, dia masih menyiasat pelaku yang membunuh keluarganya sehingga ke hari ini.

PPSSSSTTTT

"Biy, dan complete", sampuk Dr. Alyn

"Thank you sayang", jawab Dr. Kay sambil tersenyum kearah isterinya

"Jom", ajak Dr. Kay sambil menekan butang di tangannya bagi menggerakkan katil yang diduduki oleh Zirqo dan Xin

"Abang, bang, abang. Pening pening erkk. bwerkkkk", muntah Xin

"Aish? Tak makan lagi Xin?", soal Dr. Alyn kerisauan

"Heheh,, lupa? Kot?", jawab Xin sambil mengosokkan belakang kepala dan terjelir lidah sedikit,

"Bukan lupa, bangun lambat", sampuk Zirqo yang diam dari tadi.

"Spoil la lu ZIr. ahhh", kata Xin

"Apa? Lu piker lu besar? Datang hadap gua sini meh", asak Zirqo sambil tersenyum sinis

"wah wah wah, lu cakap tak pandang kiri kanan lintas atas jalan zebra berak merata-rata kan? Besepai gigi tu karang", jawab Xin bengang

"Dah-dah, cukup. Abang suruh datang bukan nak tengok kamu bergaduh. Aish budak ni. Lu kalau langsi gua cabut kaki dgn tangan baru lu tau langit biru ke merah", jawab Dr. Kay

"Pergh! Penuh lemak berkrim rempah ratus ugutannya, oklah bang Xin senyap", kata Xin diselit dengan canda manakala Zirqo sudah terbeliak mata melihatkan Dr.Alyn yang sudah memegang file untuk dihempuk ke kepala suaminya.

"HAHAHHAHAHHAHAHAHHAGVHGHGAHGAHAGAHGAHAGHAGAHAHAHA KUAT LAGI KAK", sokong Zirqo

"Yang, dah la yang aduh aduh sakit.. adedededeh", adu Dr. Kay

"Macam budak-budak la abang ni, haish ni abang kamu panggil sbb nk tunjukkan satu cip baru yang di cipta semalam menggunakan kuasa dari D.M.E.", kata Dr. Alyn untuk menyedarkan mereka tentang maksud sebenar dipanggil.

"D.M.E? yang kita jumpa dekat hutan ke?", tanya Zirqo

"D.M.E tu duk mane eh, kan?", canda Xin tidak serius yang mengundang tamparan Dr. Alyn di bahunya.

"Sekali lagi kamu macam ni, akak potong elaun bulan depan", ugut Dr. Alyn yang berjaya membuatkan Xin terdiam.

"D.M.E atau Diamonds Meteor Euro adalah satu bongkah kuasa yang mampu bertahan dan sangat kuat, walaupun dengan serpihan kecil. Oleh hal yang demikian, kita harus melindunginya dari jatuh ketangan musuh lagi-lagi si senget Zain.", terang Dr. Kay.

"ooo, jadi cip ini untuk apa?", soal Zirqo kerana Xin memang sudah senyap akibat tidak menginginkan elaun dipotong

"Untuk memberi kamu kuasa, bila cip ini dimasukkan, kamu akan dapat menggunakkan sistem baru kamu kerana cip ini akan menyalurkan kuasanya", terang Dr. Kay

"Wah macam ultraman yang fire makhluk hodoh tu eh? Eh nak nak, cepat la bang, Xin nak pweishh", mintak Xin dengan muka yang sedia comel

"Macam mana kamu boleh membunuh beribu askar Burpee dulu? Kalau orang tengok ni dia tak percaya dengan muka macam gini, pijak semut tak mati ni", kata Dr. Kay.

"Dia pijak babi je mati bang", sampuk Zirqo

"Diam la pokok kerengga", balas Xin yang menggundang Zirqo untuk membulatkan matanya

"ok stop stop.. aduh pening aku peninggg", jawab Dr. Alyn sambil melangkah keluar

"ha ha tataukk, dah jom abang pasangkan. Nanti cari akak dan mintak maaf. Kamu tu dah besar aduii", nasihat Dr.Kay.

Zirqo dan Xin berpandangan sesama sendiri mnyampaikan maksud "KAU YANG MULAKAN DULU, KAU YANG PERGI PUJUK"

"Sama-sama salah, sama-sama minta maaf", kata Dr.Kay sambil tersenyum

"GULP, ok ini seram" bisik hati kedua-duanya




RAY ICARUS

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now