TEN

4 2 0
                                    

"Kita nak buat apa sekarang?", tanya Xin

"Bawak balik?", soal Zirqo.

"Wah tak sangka abang macho kita bawak balik perempuan", kata Xin dan ianya mengundang kemarahan Zirqo.

"MEMANG MATI KAU HARINI GILAAAA", jerit Zirqo sambil mengejar Xin sekeliling susuk tubuh wanita yang terbaring tidak sedarkan diri.

Setelah penat dikejar Zirqo, terus Xin berhenti dan mengalah.

"Ok weh dah dah, kita kejar mengejar ni. Kang terbangun perempuan ni", kata Xin.

"Kau start dulu. Oklah, habis tu kita nak buat apa sekarang?", soal Zirqo

"macam kau cakap, bawak balik.", putus Xin.

Sejurus itu, mereka terus mengangkat susuk wanita misteri tersebut dan membawanya pulang ke bangunan Al'gela. Apabila mereka sampai di bangunan Al'gela, mereka terus menyerahkan tumbuhan tersebut kepada Drake untuk dibuat vaksin. Dan menyerahkan wanita misteri tersebut kepada Dr. Alyn dan Dr. Kay untuk dirawat.

Selepas itu, Xin dan Zirqo pulang membersihkan diri masing-masing dan menukar pakaian baru. Apabila mereka kembali semula ke makmal tersebut, vaksin cov sedang dihasilkan dan mereka telah berjumpa dengan Dr. Alyn dan dr. Kay bagi menanyakan keadaan wanita misteri yang dijumpai mereka.

"Macam mana keadaan dia?", tanya Zirqo apabila menyedari Xin yang senyap memerhati wajah wanita misteri tersebut. "kena sampuk ke budak ni?", bisik hati Zirqo.

"keadaan dia stabil. Nanti dalam beberapa minit dia sedarlah, nasib baik kamu berdua cepat kalau tidak dah mati anak orang ni", kata Dr. Alyn.

"cepat apanya kalau nk bawak balik pun makan masa 5 minit bergaduh", bisik hati Zirqo lagi sambil menggaru pipinya.

Sambil-sambil mereka berbual, mereka dikejutkan dengan suara erangan dan ianya datang dari wanita misteri yang terbaring di atas katil tersebut.

"Kamu dah sedar? Macam mana rasa badan kamu? Ok ke tak?", tanya Dr. Alyn

"Kat mana ni? Korang semua siapa?", tanya wanita itu kembali tanpa menjawab soalan Dr. Alyn.

"Kamu sekarang dekat hospital. Kami hanyalah orang biasa yang bekerja dibawah organisasi Al'gela untuk membantu negara Gorjan". Terang Dr. Alyn.

"Gorjan? Bukan Virza?", kata wanita misteri itu.

"Virza? Maksud kamu, kamu dari negara virza? Siapa kamu? Dan apa uang kamu buat di sempadan Gorjan?", kata Dr. Alyn

"Sun Lee, panggil Sun je. Aku lari dari sana last aku ingt. Bebudak Zain kejar aku lepas tu semua jadi gelap.", terang wanita misteri tersebut atau lebih dikenali sebagai Sun Lee.

Mendengarkan itu, terus Xin keluar dari bilik itu dan pergi ke makmal Drake. Zirqo yang perasan akan hal itu terus mengikuti Xin kerana dari reaksi Xin ada sesuatu yang menganggu jiwa pemuda itu.

Sesampainya disana, Drake telah memaklumkan bahawa vaksin telah berjaya dihasilkan. Bagi memastikan keberkesanan vaksin tersebut, mereka mencubanya kepada pesakit yang mengalami gejala covid-19 yang kronik dan selang beberapa jam, kondisinya semakin membaik. Melihatkan keadaan tersebut, mereka berasa amat senang hati dan gembira kerana berjaya berbakti kepada Gorjan namun yang merisaukan mereka adalah jika tumbuhan ini pupus bagaimana pula dengan nasib generasi akan datang?

Adakah mereka akan merana kerana ketiadaan herba ini? Segala persoalan mereka terjawab apabila Drake mengatakan bahawa tumbuhan ini sudah di tanam untuk memeliharanya dari pupus, kerana semasa Zirqo mengambilnya dia membawa sekali lahar gunung berapi yang berfungsi sebagai baja semula jadi tumbuhan tersebut.

Mendengarkan hal itu, semua saintis Al'gela menarik nafas lega dan selepas itu mereka terus memaklumkan kepada Sir Richard tentang kejayaan vaksin ini. Sejurus selepas itu, presiden telah mengarahkan agar mereka memberi vaksin ini kepada semua penduduk Gorjan.

Kerja membahagikan vaksin ini berlarutan selama sebulan kerana mereka menjejaki penduduk Gorjan yang tinggal di ceruk-ceruk kampung dan hutan kerana presiden tidak mahu ada rakyanya yang ketinggalan dalam mendapatkan bantuan vaksin tersebut.


RAY

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now