SEVEN

3 2 0
                                    


Mendengarkan kesudian Drake tambah-tambah lagi Sir Richard yang mengesyorkannya, maka Dr. Alyn dan Dr. Kay telah memberikan satu makmal kepada Drake untuk menjalankan misi penawar tersebut. Namun begitu, mereka juga tetap melawat Drake atau Prof. Drake di makmalnya untuk membantu.

Mereka telah mengkaji dan membuat pelbagai kajian keatas bahan dan herba bagi menghasilkan kembali vaksin tersebut. Hal ini kerana, data yang sedia ada telah dirampas oleh Virza. Oleh hal yang demikian mereka terpaksa membuat kembali ramuan tersebut. Tambahan lagi, vaksin yang dicipta oleh Drake semasa di Virza hanya mempunyai kemampuan sebanyak 70% sahaja penyembuhannya.

Prof. Drake telah melakukan kerjanya dengan baik kerana telah menginggati bahan-bahan ramuan vaksin dalam masa yang singkat dibantu oleh saintis Al'gela. Setelah mendapatkan data, Drake mula merangka cara-cara memproses bahan untuk dijadikan vaksin tersebut telah berjaya menghapuskan semua sekali syak wasangka para saintis Al'gela.

Mengikut pengalamannya dalam mencipta vaksin, hal ini amat mustahil untuk disiapkan dalam waktu semalaman dan herba yang berkesan 99% untuk digunakan juga amat sukar untuk di dapati kerana herba tersebut sangat unik dan telah diisyhtiharkan sebagai tanaman dilindungi oleh dunia

Menurut mereka juga, vaksin yang dirampas oleh Zain hanya bertahan selama 3 bulan kerana Drake menggunakan herba lain bagi menggantikkan herba tersebut. Apabila disebut nama tumbuhan tersebut, mereka beranggapan ianya sangat sukar kerana tumbuhan tersebut hanyalah tumbuh di kaki gunung berapi yang sudah lama tidak meletup.

Gunung berapi itu dinamakan sebagai Apokalips kerana letusannya yang mengeluarkan lahar yang sangat tebal dan kepanasannya dikatakan boleh dirasai sejauh 1000kilometer. Lahar Apokalips juga dikatakan mengandungi banyak zat-zat yang penting untuk dijadikan bahan dalam perubatan dan pelbagai lagi. Hal ini menyebabkan tumbuhan terpenting dalam ramuan vaksin tersebut mampu menjadi antibiotic yang kuat kerana dapat memberikan ketahan yang kuat kepada metabolisma tubuh badan manusia.

Dan untuk ke Apokalips, mereka terpaksa meredah beberapa buah bukit dan juga beberapa batang anak sungai sebelum sampai ke sana. Perjalanan ke sana juga tidak semudah yang disangka kerana bukit yang mereka akan hadapi amat tinggi dan curam, jika tersilap langkah mereka mungkin akan terjatuh kedalam gaung yang setinggi 2000 meter dari aras laut begitu juga dengan sungai kerana didalamnya terdapat pemangsa seperti buaya besar dan ular anaconda.

Gunung berapi ialah bukaan atau rekahan pada permukaan atau kerak bumi yang membenarkan gas, abu dan batu cair yang panasa bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan penyemperitan batu yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa. Gunung berapi biasanya terdapat di mana plat tektonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Altlantic Ridge) ialah contoh plak tetonik berpisah.

Lingkaran api pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat rengganan pada kerak bumi dan di mana kerak bumi menjadi nipis seperti di Lembah rengkahan Afrika, Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnye, lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rengkahan Rio Grande di Amerika Utara.

Gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas dan titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti . Menariknya, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di , terutamanya pada dan planet berbatu. Letusan gunung berapi mengeluarkan lava, tefra iaitu abu, lapilli, bom vulkanik dan blok gunung berapi yang dikelarkan dari lubang vulkanik atau fisur. Ianya sering dikatakan demikian selepas gunung berapi terkenal di mana jenis tingkah laku itu telah diperhatikan. Sesetengah gunung berapi mungkin hanya mempamerkan satu jenis letusan dalam tempoh aktiviti sementara yang lain mungkin memaparkan keseluruhan ururtan jenis dalam satu siri letusan.

Terdapat tiga jenis letusan yang berlainan. Yang paling kerap terjadi adalah letusan magmatic yang melibatkan penyahmampatan gas dalam magma yang mendorongnya ke hadapan. Letusan Phreatomagmatic adalah satu lagi jenis letusan gunung berapi yang didorong oleh pemampatan gas dalam magma. Ia dikatakan bertentangan dengan proses yang menjanakan aktiviti magmatic. Jenis letupan yang ketiga ialah letusan freatik iaitu letusan yang didorong oleh superheating wap melalui sentuhan dengan magma. Jenis letusan ini sering tidak memperlihatkan pelepasan magmatic, sebaliknya menyebabkan granula batu yang ada.

Menurut ahli volkanologi, mereka mengatakan dalam jenis letusan luas ini terdapat beberapa subtype. Yang paling lemah ialah Hawaiian dan kapal selam, kemudian Strombolian, diikuti oleh Vulcanian dan Surtseyan. Jenis letusan yang lebih kuat adalah letusan Pelean, diikuti oleh letusan Plinian, tedapat juga letusan yang paling kuat yang dikenali sebagai letusan Ultra-Plinian. subglasier letusan dan air tanah ditakrifkan oleh mekanisme letusan mereka dan kekuatan yang berbeza. Satu ukuran penting kekuatan letusan ialah indeks letupan gunung berapi (VEI), iaitu suatu susunan skala magnitude antara 0 hingga 8 yang sering berkolerasi dengan jenis letusan.


RAY

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now