EIGHT

3 1 0
                                    

Xin dan Zirqo yang mendapat tahu akan hal ini telah mengatakan kesudian mereka untuk mendapatkan tumbuhan tersebut. Namun apa yang paling merisaukan mereka ialah gunung berapi itu dikatakan semakin aktif sejak beberapa minggu yang lalu. Tapi mereka berjaya meyakinkan mereka semua bahawa mereka berdua akan berhasil mendapatkan tumbuhan herba tersebut.

Dan pada hari mereka ingin berangkat bagi mendapatkan tumbuhan tersebut, presiden Gorjan telah menemui mereka secara peribadi bagi mengatakan penghargaan mereka yang sanggup menjalankan misi yang boleh dikatakan sukar dan mencabar ini tetapi Xin dan Zirqo mengatakan ianya adalah tugas mereka sebagai rakyat Gorjan dan mereka amat berbesar hati jika dapat berjasa kepada Gorjan yang telah menerima mereka setelah keluarga mereka tiada di dunia.

Perjalanan mereka dimulai dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dikhaskan untuk perjalanan mencabar yang mengambil masa kira-kira dua jam sebelum diteruskan dengan berjalan kaki untuk sampai di kaki bukit yang pertama. Hal ini kerana laluan menuju ke bukit tersebut amat sempit untuk sebarang kenderaan melaluinya termasuk basikal sekalipun dan laluan tersebut hanya muat untuk seorang besar sahaja.

Setelah menempuh perjalanan selama beberapa jam dengan matahari terik yang terpacak di atas kepala dan kejadian Zirqo yang hampir-hampir terjatuh gaung, mereka telah sampai di sebatang anak sungai yang boleh dikatakan jernih airnya. Mereka yang keletihan dan kepenatan ditambah bekalan yang dibawa habis, Xin dan Zirqo bergegas memasuki sungai tersebut untuk menyejukkan badan sekaligus mengambil bekalan air dari sungai tersebut.

Tanpa mereka sedari, beberapa pasang mata telah memerhati mereka sejak dari tadi. Zirqo yang mula menyedari mereka berhadapan dengan bahaya segera memaklumkan kepada Xin dan mereka mula berjaga-jaga.

"Xin, hati-hati. Arah barat daya dan timur kita", amaran Zirqo.

Mendengarkan kata itu, Xin terus mengaktifkan kuasa indra matanya, dia mendapati terdapat 5 ekor buaya dan seekor ular besar sedang menghampiri mereka. Benarlah kata orang dulu-dulu. Air yang tenang jangan disangka ada buaya dan tindakan mereka dikatakan berani mati kerana mandi di sungai yang dipenuhi dengan pemangsa yang berbahaya. Namun, jika mereka manusia biasa mungkin saja mereka terbunuh tetapi mereka adalah manusia cyborg yang mempunyai kuasa dan kejadian ini dianggap sebagai kejadian yang biasa bagi mereka yang pernah menghadapi musuh yang beribu-ribu dan pernah melawan seekor naga berkepala lima.

Berbalik kepada keadaan genting ini, Zirqo dinasihati oleh Xin untuk bertenang dan mengikuti semua rancangannya.

"Zir, macam biasa. Tapi kali ini guna kuasa pelenyap dan penghapus", kata Xin

"Bahaya bodo kuasa tu, kau ingat kita tengah final war ke?", balasa Zirqo yang sudah panik.

"Kau boleh tenang sikit tak? Lagi kau mengelinjang macam bapuk ni lagi dorang datang.", kata Xin.

"Makyah tak makyah natang ni dah dekat bengong!", bengang Zirqo.

"Jangan gerak sebab dorang lihat haba dan bau darah tapi kita tak ada sebab teknologi ini. Mereka kesan kita dengan gerakkan sisik dan libasan air. Sebab tu aku suruh kau diam", terang Xin sambil menjulingkan matanya keatas.

"oo mana tahu, Eh asal tak cakap awal-awal? Aduhhh jatuh reputasi aku.", jerit Zirqo.

"S.E.N.Y.A.P", eja Xin dengan suara dalam.

"Baiklah, bagus. Ok sekarang aku nak kita serang secara serentak. kau ambik buaya aku ambik ular.", kata Xin selepas Zirqo senyap dan mula bertenang.

"Dengan kiraan 3 kita akan mulakan", terang Xin lagi.

"1"

"2"

"3, SEKARANG ZIRR!!!", jerit Xin sambil mereka berdua menyerang secara serentak.

Dan tidak sampai 2 minit, pemangsa tersebut berjaya dikalahkan oleh mereka berdua berkat dari rancangan Xin dan mereka telah meneruskan perjalanan mereka dengan merentas 2 buah bukit lagi untuk sampai ke gunung berapi tersebut.

Setelah sampai di kaki gunung berapi Apokalips, mereka berhenti melepaskan lelah sebelum memeriksa keadaan di kawasan tersebut kerana semasa mereka sampai hari sudah mulai gelap. Xin dan Zirqo memutuskan untuk menyambung usaha mereka mencari tumbuhan tersebut apabila fajar menyising. Setelah selesai membuat unggun api dan memasang khemah. Mereka terus merebahkan badan dan terus diulit lena yang datang mengundang kerana seharian memanjat dan juga hampir-hampir kehilangan nyawa.

Tiba-tiba Xin terjaga dari lena kerana merasakan gegaran, pada mulanya dia tidak menghiraukannya namun apabila diingati bahawa mereka berada dalam hutan yang tebal dan berada di kaki gunung berapi Xin terus segar dari kantuk dan menggerakkan ZIrqo. Zirqo yang terlena bagai bayi yang kenyang bangun mendadak kerana Xin mengejutkannya dengan kasar. Belum sempat dia memarahi Xin, Zirqo merasakan gegaran yang kuat di tanah yang mereka duduk.

"Kita kena kemas sekarang, aku rasa dah tiba masa ni. memang tak sempat kit acari bunga tu", kata Xin

"Terpaksa lah, nak bujat macam mana", balas Zirqo.

Sejurus selepas itu, mereka terus terburu-buru mengemaskan barang mereka dan ingin bergerak pulang. Dalam kekalutan itu, Xin telah melihat satu kilauan di tebing gunung berapi terbabit dan selepas diperhati dengan mata supernya, Xin melihat tumbuhan itu adalah herba utama yang diperlukan untuk ramuan vaksin terbabit. Menurut saintis tersebut tumbuhan itu berwarna keemasan dan bersinar dalam kegelapan. Setelah itu Xin terus memaklumkan kepada Zirqo akan hal tersebut dan memutuskan bahawa mereka akan mendapatkan tumbuhan tersebut sebelum pulang ke Gorjan.

"Kau sambung kemas barang dengan lipat khemah. Tugas ni, biar aku sahaja.", putus Zirqo.

"Dasar suka kerja mudah. Oii khemah berat oi aku sorang", jerit Xin.

"Buat jela mata arnab, eh suka komplen la kau bunny.", balas Zirqo sambil mengamati keadaan sekeliling.

"Balik ni belanja aku sbb khemah ni berat", ugut Xin

"Sukati kau la gila", balas Zirqo. "Betul-betul gila, gunung berapi dah nak meletup tu masih cari gaduh lagi", bisik Zirqo perlahan.

Setelah selesai memerhati,Zirqo telah menggunakan kekuatan kakinya untuk memanjat batu batan dan lahar-lahar hasil letusan gunung berapi seratus tahun yang lalu. Namun sebelum sempat mencapai tumbuhan tersebut, tiba-tiba gunung berapi itu mengeluarkan asap yang tebal dan gegeran di bawah permukaan bumi semakin kuat.

Xin yang sudah siap mengemas telah merasakan bahaya yang datang telah menarik Zirqo dan terbang membawanya ke tempat yang jauh tidak dilupakan juga tumbuhan tersebut yang sempat dicapai oleh Zirqo semasa Xin menarik Zirqo.


RAY

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now