MAJEK

2 0 0
                                    

"KEPADA ibu bapa yang kehilangan anak, boleh la datang ke kaunter 1".

Noriah masih lagi mencari anaknya. Ya. Memang marah sangat dapat anak tak pandai.

Di mata mak, anaknya sepatutnya bijak. Sepatutnya handsome, sepatutnya hidup normal macam orang lain.

Lama sangat mencari Rafa tak dijumpai. Dia menelefon Rafa.

"Kau gi mana.."

"ada ni dengan budak kecil ni. Mana tah aku pun tak tahu mak dia ni. Risau pula tinggal seorang-seorang macam ni."

"Okay. Aku ke sana."

Noriah laju ke kaunter 1. Daripada belakang susuk tubuh anak itu seperti dia kenal. Dia semakin hampir dan anak itu semakin menjauh. Zaid menyorok belakang kain Rafa.

"Aku rasa Zaid ni. Zaid. Kamu ke tu?", tanya Noriah dengan hiba. Air mata mula membasahi pipinya.

"Mak... Zaid tak nak balik. Mak cik tolong la Zaid. Mak.. garang", kata Zaid sambil menyeka air matanya.

Noriah cuba melutut dan memegang tangan anaknya.

"Mak minta maaf nak. Mak minta maaf sangat."

"Mak tak suka Zaid. Zaid bodoh. Mak tak suka, Zaid tak pandai.", kata Zaid sambil menangis.

Rafa memeluk Zaid cuba memujuknya pulang ke rumah.

"Mak baik sayang. Mak Zaid ni penat cari Zaid. Zaid kan anak yang soleh, boleh bantu Mak masuk syurga."
kata Rafa memujuk.

"Betul ke mak sayang Zaid?", tanya Zaid.

Noriah mengangguk sambil mendepankan tangannya.

Zaid memeluk Noriah dengan erat.

"Noriah, kau berkeras sangat ke dengan Zaid?"

Noriah mendiamkan diri.


"Kau tak faham weh, kau tak ada anak.", jelas Noriah dengan masam muka.

"Ya. aku memang tak ada anak. Dan aku tak pernah kahwin pun. Kau tengok sendiri Zaid ni, daripada tadi pegang dan peluk tangan aku.  Sekarang ni pun tidur atas aku.", jelas Rafa.

"Habis kau nak aku buat apa? budak tak tahu untung ni boleh lari rumah pula", marah Noriah. 

"Kau ni macam mana ni? Sayang Zaid ke tak? kadang-kadang aku pun pelik dengan kau ni.", kata Rafa dengan kebingungan.

"Sayang....", perlahan sahaja suara Noriah.


"Depan sikit, belok kanan. Aku nak bawa Zaid ini jumpa specialist ni. Kau tak nak bayar pun tak apa. Aku yang bayarkan semua", kata Rafa dengan tegas.

*************************************

"Minta maaf terlebih dahulu, apa yang saya nak cakap ini mungkin menguris pihak ibu anak ini.", kata Doktor Rahmah.

"tak apa doktor, saya akan faham", balas Noriah.

"Anak puan ini sakit visual dyslexia. Kemampuan dia untuk mengenal huruf-huruf adalah susah. Puan kena banyak bersabar. Saya cadangkan puan letakkan anak puan di Sekolah yang mesra oku dan sesuai dengan keadaannya. Puan tidak boleh membandingkan kemampuan anak puan dengan pelajar yang seumurnya. Memang sangat berbeza. Saya harap puan bersabar.",


*****************************************************

Setelah pulang daripada klinik tersebut, Noriah hanya mendiamkan diri. Dia juga meminta Rafa untuk menjenguk dan menjaga Zaid. Hatinya berat untuk menerima kenyataan tersebut. Tambahan lagi, dia adalah ibu tunggal.


Noriah masuk ke ruangan anaknya. Kertas yang bersepah sepah dibuka dan dibaca perlahan-lahan. Banyak betul tulisan yang terbalik-balik keadaanya. 

"Mak Majek."

"Mak dak kisahkan Zaid. Zaid tak bandai macam orang lain. Mak benci Zaid"

"Mak Majek"

Noriah menulis perkataan majek diatas kertas lalu diterbalikkan "Kejam"

Baru dia sedar tatacara dan didiknya terhadap Zaid adalah kejam. Mungkin bila lama lagi, Zaid boleh membenci ibunya sendiri.

Tangannya memukul mukul dirinya sambil berkata "Ibu macam apa aku ni?"

Matanya mengalirkan air matanya yang deras. 


Rafa kembali bersama Zaid. Rafa yang pemurah sering membelikan Zaid permainan kesukaannya. 

"Noriah.. ni Zaid ni..", belum habis kata-kata Rafa. Tubuh Zaid dirangkul erat oleh ibunya. 

"Kenapa mak nangis?" tanya Zaid menyeka air mata Noriah.

"Mak sayang Zaid", kata Noriah memandang anaknya Zaid.

************************* Tamat***************************


Benarlah anak adalah kekuatan ibunya. Tanpa anaknya di sisi ibunya boleh tidak tentu arah dan tidak sempurna. Selagi anak di depan mata, hargailah. Ingat! anak itu hanya pinjaman Allah taala kepada kamu, maka jagalah dengan penuh amanah. 

Terima kasih membaca!

Jangan lupa support saya selalu <3

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora