AURA

2 0 0
                                    

AKU percaya rata-rata antara kita semua ada aura.

aura  : suasana atau perasaan halus yg menyelubungi diri seseorang atau sesuatu.

"Aku suka tengok dia. Dia macam ada aura",

"aku suka dia. aura dia positif!"

Aura.
Yang aku nampak ialah asap atau cahaya yang menyelebungi seseorang yang dikawal oleh unit emosi manusia itu sendiri.

Sudah lama aku nampak perkara ini. Sekarang, aku bekerja sebagai perawat pesakit psiko.

Pada suatu hari...

Ada seorang wanita yang datang ke hospital ni dengan berbusana luar biasa. Berbaju hitam semuanya. Kepalanya dihias dengan pelbagai aksesori.

Pertama kalinya aku nampak wanita yang begitu cantik mempunyai aura hitam yang menyelebungi seluruh tubuhnya. Hitam.

Dia masuk ke ruang rawatan dan aku diberi tugas merawatnya.

"Bagaimana aku mahu memandang wajahnya? semakin dekat, semakin hitam." - detik hati.

"Cik, ada apa masalah dekat sini ke?"
tanyaku.

Matanya membulat. Asap hitam sekeliling tubuhnya mula memudar.

"Cik, ada kaitan dengan tempat ni ke?"

"awak ni dokter baru. awak tak tahu... saya siapa.",

Sikit pun aku tak angkat muka  lihat wajahnya kerana terlalu hitam.

Dia hanya mendiamkan diri

Sebelum habis rawatan, aku memberi dia segengam gula-gula. Aku menulis secebis nota:
Awak cantik kalau awak makan ni

Setelah itu, dia mula makan dihadapan aku. Sedikit demi sedikit auranya hilang. Wajahnya sangat cantik.

Aku menyentuh sedikit auranya itu. Aku ternampak auranya semakin pudar. Persoalannya aku sahaja yang dapat lihat aura ini?

Dia keluar meninggalkan ruang rawatan.

"Fuh, hitam betul.", degusku.

"haah doktor, hitam betul.", kata pembantu aku.

"apa awak ni? apa yang hitam", aku sedikit kebingungan

"baju dia... seluar semuala.. hitam semua tu", katanya lagi.

Oh... nasib baik baju..

Okay, senang ceritalah aku cakap, aku seorang sahaja nampak aura ni. Masa aku sentuh aura tadi tu, aku akan nampak sekilas tragedi hidupnya.

Perempuan tadi pernah depresi teruk. Dia juga memegang pisau di tangan kirinya untuk mengerat urat nadi.

Itu sahaja aku nampak.
Aura itulah...
Tapi betul kah nama dia aura?

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaWhere stories live. Discover now