MAJEK

12 1 0
                                    

"SUDAH BERAPA KALI AKU ULANG!", jerit mak. "Ini huruf B, yang ini huruf D".

"Bukan mak, dua dua ini huruf b", kata anaknya.

Ibunya bingkas bangun mengambil sebatang rotan.

"Ini apa?!" matanya mencengil. Nadanya tinggi dan keras. Mata anak tidak memandang kearahnya. Ketakutan.

"B mak. B.", matanya berair dan mulutnya mencebik menahan air mata.

"Apa kau cakap? B?. Ini D!", tangan anaknya dirotan.

__________________________________

KEESOKAN HARINYA, matahari menyinari alam semesta dan masuk mencerahkan kawasan rumah si mak.
Mak membuka matanya dan mencapai getah rambutnya. Rambutnya yang ikal diikat. Tuala dirampas dan laju meluru ke kamar mandi.

Usai mandi, mak meluru ke dapur. Menyiapkan sarapan pagi.

"Zaid! Zaid!" jerit mak.

Zaid muncul dengan baju tidurnya. Maknya mengambil sehelai kertas lalu menulis.

"Ini apa?"

"Kambing yang begil". jawab anaknya.

Maknya bingkas bangun mencari rotan.

"Baca semula!"

"KAMBING YANG BEGIL", jerit anaknya..

"Kau sahaja je menaikkan darah aku pagi pagi ni. Kau tak payah makan. Duduk kat sana. Baca semula.", perintah maknya dituruti.

Maknya makan sarapan pagi dengan lahap sedangkan anaknya melihat daripada jauh.

Beberapa minit kemudian, Zaid datang dengan kedua tapak tangannya disatukan.
"Mak.. saya nak makan. Boleh?" 
Mukanya sedih.

Walaubagaimanapun, amarah maknya masih tidak hilang lagi.

Purrrrrr....
perut anaknya berbunyi. Kencang sekali.

"Baca!"

"mmmmmm...."

"BACA!"

"kambing yang begil"

Kerana sangat marah, maknya mengambil makanan yang basi lalu disuakan kepada anaknya.

___________________________

Seterusnya, maknya bangun seperti hari biasa. Mandi seperti biasa.. Mengerjakan sarapan.

Lalu menjerit memanggil anaknya, "Zaid! Zaid!"

Anaknya tidak muncul lagi.

"Zaid!!!", sekuat hati jeritan ibunya.

Ibunya menyambar rotan dan meluru ke bilik anaknya. 

"Zaid!!!" jerit ibunya.

Ibunya mendekati katil dibuka kain selimut. Tiada..Hanya bantal dan selimut sahaja.

Ibunya membuka almari. Tiada. Zaid tiada.

Ibunya mulai rasa cemas. Dia berlari kehulur hilir mencari anaknya yang entah mana hilangnya.

"Anakku..", dia mulai rasa sedih. Dia mengeledah semua alatan anaknya.

Banyak sangat dia jumpai perkataan "majek", anaknya melukis seorang perempuan tua dan ditulis ditepinya "Majek.

Maknya membuka buku tulis anaknya. Jumpa lagi perkataan "Majek". Dia terus membelek buku itu, "mak majek".

Zaid takut. ..

"Ding dong. Ding dong.", bunyi loceng rumahnya.

(sambung)

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz