JANJI JADI ISTERI

0 0 0
                                    

"SUDIKAH awak menjadi isteri saya yang sah?"

Gadis yang mula dinodai hatinya tersipu sipu malu. Mahu angguk tetapi segan. Mahu menggeleng tapi takut pula lain difikirnya. Alah! senang kata, Mahu tapi malu!

"Hm.. mm", gadis itu tersenyum manis mula menunduk pandangan dan angguk perlahan.

"Saya janji... awak akan jadi isteri saya.", kata si jejaka berhidung mancung dan tersenyum.

"Alah dalam cerita boleh lah!", jerit kakakku yang iri hati tu.

"Biarlah! nak tengok ni, syok ni!", betahku.

"Okay, kak. Aku nak tanya kau kak, umur kau dah masuk 28 kenapa kau tak kawin kawin kak?",

"Kenapa kau persoalkan kerja tuhan pada aku?", balas kakakku sinis.

"Mesti kau trauma lelaki eh kak?", gurauku.

"Senyap. Kalau mulut kau tu buka kerjanya nak menyakitkan hati aku baik lupakan.",

Kakakku beredar. Aku yakin ada perkara yang kakakku sembunyi berkenaan dengan cinta cintun ni. Dan bila sebut pasal kisah lama la, kisah kahwin la memang itu sahaja jawapan dia.

Dua hari lepas, kakakku terima sebuah bungkusan pada hari jadinya. Bungkusan yang pelik dan dikirim dengan sekuntum mawar putih dicat merah.

Kakakku tidak terkejut dan tidak teruja. Malah dia membuang terus ke dalam tong sampah. Aku cuba menyelidiki apa yang ada dalam tong sampah itu. Hanya la bungkusan sahaja dan sekuntum bunga.

Aku mematikan suis televisyen dan mula masuk ke ruang tidur. Aku melihat kakakku masih sibuk menulis dalam gelap samar di biliknya.

Ingatan ku masih segar ketika kakakku dulu dipinang oleh seorang lelaki yang segak. Dan bagaimana akhirnya kakak ku menjadi bujang semula... tidak muncul dalam fikiran aku. Lama aku kerah ingatan tu, tidak satu muncul. Sudah lama. Atau aku yang tidak tahu.

Esuk aku cuba pujuk kakakku. Moga lembutlah hatinya.

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora